Kaunter Cuepacscare: 7 Ogos 2017

Sebagai Staf UTM, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan  tanpa bayaran. Namun, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya  pesakit terpaksa menunggu rawatan yang  lama, manakala di hospital pakar swasta, walaupun menyediakan rawatan yang lebih cepat, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri.

CUEPACS dengan kerjasama SUN LIFE MALAYSIA Takaful Berhad  telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Speak Your Mind

*