Hebahan: Program Aircond Free Day UTM – Sept. 2017

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa, Pejabat Harta Bina akan menganjurkan program “Aircond Free Day pada setiap hari khamis setiap bulan yang akan bermula dari bulan September 2017. Program AFD yang dirancang merupakan inisiatif kearah kampus Cekap Tenaga dan Lestari iaitu :
1. Penjimatan kos servis sistem hawadingin sepusat (dilaksanakan secara in-house)
2. Penjimatan dari segi bil elektrik dengan mematikan 1 hari sistem hawadingin sepusat
3. Pengurangan pembebasan karbon daripada sistem hawadingin sepusat
Diharapkan semua warga kampus UTMJB dapat sama-sama memberi sokongan dalam menjayakan program AFD ini. Digalakkan pelanggan di blok yang terlibat memakai T-shirt untuk keselesaan.
Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan Jadual Pelaksanaan “Aircond Free Day untuk rujukan warga kampus UTMJB.Tarikh-tarikh yang ditetapkan adalah seperti berikut:
14 SEPT 2017 HAWADINGIN SEPUSAT BLOK C25 FKM
21 SEPT 2017 HAWADINGIN SEPUSAT BLOK C16
28 SEPT 2017 HAWADINGIN SEPUSAT PHB-BLOK F53
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Jurutera Mekanikal En.Imanurezeki Bin Mohamad ditalian 075531215 / 0137666052

 

Speak Your Mind

*