Misi Destinasi

MISI DESTINASI YANG DI IDAMKAN

MALDIVES

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.

TURKI

Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti), ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *