Kunci ke Syurga

https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/ketahui-kunci-masuk-syurga-ada-8-pintu-yang-perlu-kita-kenal/

Sabda Rasulullah SAW: “Dalam syurga itu ada lapan pintu.” (Riwayat al-Bukhari)

1. Pintu solat

Ia disediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat- solat sunat.

2. Pintu jihad

Disediakan khas kepada mereka yang berjihad pada jalan ALLAH bagi menegakkan kalimah ALLAH.

3. Pintu ar-Rayyan

Inilah pintu untuk mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.

4. Pintu sedekah

Pintu ini disediakan untuk orang yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu.

5. Pintu Aiman (pintu paling kanan)

Ia disediakan kepada umat Islam yang tidak dihisab amalannya. Mereka ini yang disebutkan ALLAH sebagai golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaannya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, baginda juga menyukai belah kanan dan akan memulakan sesuatu dengan belah kanan dahulu.

6. Pintu menahan marah dan memaafkan manusia

Mengawal amarah bukan sekadar sifat terpuji. Bahkan, pintu syurga ini disediakan khas kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.

Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sungguh ALLAH memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman.” (Riwayat Ahmad)

7. Pintu orang menyebut La haula wala quwwata illa billah

Pintu syurga ini disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada ALLAH.

8. Pintu hormat ibu bapa

Selama ini kita dengar syurga seorang anak ialah ibu bapa mereka. Ternyata ada benarnya kata-kata itu. Bahkan, ALLAH SWT menyediakan pintu syurga khas kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibu bapa dalam apa jua keadaan mereka.

Dalam banyak-banyak pintu syurga ini, kita tergolong dalam kumpulan yang mana? Jawapannya semua ada dalam diri masing-masing.

Apa pun, segala gambaran tentang syurga yang disebutkan dalam nas itu tak lain tak bukan, hanya untuk memotivasikan manusia supaya terus mencari keredaan ALLAH SWT.

Semoga kita semua beroleh syurga ALLAH yang sangat didambakan.

Ibadah Harian

Salah satu rujukan yang boleh diikuti untuk amalan seharian, Insyallah.
Masih banyak perlu diperbaiki dan ditambah. Insyallah kita berusaha.

Rujukan di https://www.shahidahtravel.com/wp-content/uploads/2020/01/IbadahHarian-2020.pdf

Aktiviti Harian Berkualiti Muslim

http://naziman.com/aktiviti-harian-berkualiti-muslim/

Jadikannya jadual kamu pada setiap hari:

  1. Solat pada setiap waktu.
  2. Membaca dua muka surat daripada al-Quran.
  3. Zikir pada pagi dan petang daripada kitab zikir-zikir ‘Husnul Muslim’.
  4. Baca tiga hadis setiap hari daripada kitab Riyadus Solihin.
  5. Sedekahlah seringgit setiap hari, jika kamu ada keluarga, berilah sedekah itu pada mereka.
  6. Tidak menipu dan mengumpat.
  7. Berjalan-jalan setengah jam pada setiap hari. (bersenam)
  8. Tekun dalam melakukan setiap amalan yang baik.
  9. Puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha, dan witir sebelum tidur.
  10. Maafkan semua orang muslim serta mendoakan keampunan untuk mereka pada setiap hari.

Jika di nilai, nasihat tersebut merangkumi pelbagai aspek rohani dan jasmani. Sesuai dengan agama islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

Walaupun nasihat tersebut kelihatan ringan tapi betapa ramai yang tewas dalam beribadah. Patut dimulakan dengan menjaga solat pada awal waktu. Insha Allah, jika dijaga solat dengan baik, ibadah yang lain juga menjadi ringan. Berat membuat dosa, ringan membuat pahala.

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;” [Al-‘Ankabuut 29:45]

Seseorang yang memelihara solatnya dengan bersungguh-sungguh agar diterima Allah akan memberi natijah hati yang sentiasa ketakutan dan berharap pada Rabbnya bukan sahaja lima waktu sehari semalam malah diluar waktu solat iaitu 24 jam 7 hari seminggu. Perasaannya juga akan merasa berdosa walaupun sekecil-kecil dosa.

“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya”. – Ibnu Masud

Seorang mukmin itu tidak akan membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah untuk islam. Jadualnya pula tidak tersenarai aktiviti mengumpat, menonton filem tidak berfaedah, berinternet bukan untuk mencari maklumat. Begitulah seorang mukmin dalam fikirannya cuma ada Islam, perbuatan duniawi untuk ukhrawi.

Aktiviti muslim itu sentiasa padat dengan amalan shalih dan berdakwah ummah beribadat padaNya. Sejajar dengan Surah Al-‘Ashr, aktiviti harian muslim yang berkualiti ialah orang yang beiman, beramal shalih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali

1. Orang yang beriman.
2. Beramal Shalih.
3. Berpesan-pesan dengan kebenaran.
4. Berpesan-pesan dengan kesabaran.”
[al-‘Ashr 103 : 1-3]

Ibnul Qayyim di dalam kitabnya “Miftahu Daris-Sa’adah” menerangkan ;

“Kalau keempat martabat telah tercapai oleh manusia, hasillah tujuannya menuju kesempumaan hidup.

Pertama : Mengetahui Kebenaran.
Kedua : Mengamalkan Kebenaran itu.
Ketiga : Mengajarkannya kepada orang yang belum pandai memakaikannya.
Keempat : Sabar di dalam menyesuaikan diri dengan Kebenaran dan mengamalkan dan mengajarkannya.

Jelaslah susunan yang empat itu di dalam Surah Al-‘Ashr.”

Jadual Harian Seorang Muslimah

http://matahati-mama.blogspot.com/2011/06/jadual-harian-seorang-muslimah.html

4.45 – 5.00 pagi
Bangun
Baca doa bangun tidur
Baca doa masuk tandas
Mandi dan membersihkan diri
Mengambil wudhuk
Baca doa keluar tandas
Baca doa lepas wudhuk 
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada malamnya)

5.40 pagi
Menjawab azan
Solat Sunat Fajar 2 Rakaat
Solat Subuh
Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa
Membaca Zikir al-Mathurat (pagi)

Mula melakukan tugasan r/tangga dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan niatkan agar semua pekerjaan menjadi ibadah semata-mata kerana Allah… Sentiasa membaca basmallah bila mulakan setiap kerja, cuba sentiasa berada dalam wudhuk(usahalah untuk bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat setiapkali memperbaharui wudhuk).

9.00 pagi
Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam
Baca Surah al-Waqiah
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.

Memasang kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja memasak, menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik mungkin tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan. Banyakkan berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada Allah. Sentiasa zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi luang waktu dengan mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat perkara sia-sia yang tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal diri dari terlibat dalam aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan.

1.30 tengahari
Bersedia untuk Solat Zohor
Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor
Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2m/s selepas solat.


4.30 petang
Bersedia untuk Solat Asar
Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2 m/s selepas solat.

7.15 petang
Bersedia untuk Solat Maghrib
Menjawab azan.
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib
Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.

Usaha luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid berhampiran. Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah. Teringat kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan lorongkan baginya kebaikan… aminn

8.30 malam
Menjawab azan bila azan dilaungkan
Solat Isyak
Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.


Usaha menambah ilmu dengan membaca Kitab-kitab Hadis dan kitab Sirah Nabi SAW. Membaca Surah al-Mulk. Bermuhasabah diri. Tidur awal dengan niat untuk dapat bangun Solat Malam. Sebelum melelapkan mata, baca doa sebelum tidur, baca ayat Kursi dan 3 Qul.

~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan  2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Jadual Beribadah

JADUAL IBADAH HARIAN YANG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)-mandi dan ambil wuduk.
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. Baca لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمين 40x
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Surah Yaasin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib-solt sunat selepas
18. Solat Isya’-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- Al-Quran- surah Al-Mulk- surah As-Sajadah- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
[Ustaz Ismail Kamus]

https://www.facebook.com/133074390603769/posts/jadual-ibadah-harian-yang-disusun-oleh-ustaz-ismail-kamus-1-bangun-malam-sekitar/146880962556445/