Projek Agihan baju

Baju-baju lama semakin hari semakin banyak. Maka beli baju yang betul kualiti dan akan pakai sahaja. Kalau ada ‘event’ atau lain-lain, sewa sahaja.

Kalau rajin boleh jual semula jika pakaiannya masih berkualiti dan selebihnya akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Simpan satu atau 2 sahaja baju yang dirasakan perlu disimpan untuk kenangan.

Barang Ikea

Jom kita semak produk Ikea yang menarik yang kita rasa tidak rugi untuk beli :

  1. Sylvass Lemon Squeezer
  2. Gladom Tray Table
  3. Raskog Utility Cart
  4. Branas Laundry Basket
  5. Lovbacken Side Table
  6. TJUSIG hanger
  7. Variera Pot Lid Organizer

Senarai blog untuk tips ‘organize your home’

Memang penat nak kemas rumah. Tipsnya sebelum banyak perlu dikemas, maka kena kemas mengikut jadual bagi setiap ruang.

  1. How to Organize Every Space in Your House in 8 Simple Steps
    https://justagirlandherblog.com/how-to-organize-every-space-in-your-house/
  2. 39 Best Tips for Organizing Your Home, According to Professional Organizers
    https://www.womansday.com/home/organizing-cleaning/g2801/life-changing-organization-tips/

Apa hobi baru tahun 2023 ?

  1. Saya ingin cuba ‘doodle’
    Doodle sebenarnya adalah sesuatu lukisan yang dibuat separa sedar (absent mind) tidak dirancang atau terlalu dikawal.


    https://stock.adobe.com/sg/search?k=doodleart&asset_id=489575637

Azam Tahun 2023

Apa azam baru untuk tahun baru, 2023?

Yang penting kita senaraikan dahulu, dan cuba usaha untuk memenuhi azam tersebut insyaAllah :

  1. Turunkan berat badan ke angka ‘Ideal’
  2. Mulakan membaca buku semula
  3. Mulakan banyak menulis dari menaip
  4. Akhir sekali, tidak boleh lupa azam untuk tambah amalan untuk hidup selamanya di Akhirat, InsyaAllah

 

Jom semak cuti 2023

Nampaknya cuti tahun 2023, cuti terkena pada hari sabtu hanya 2 hari sahaja. Yang penting, untuk menyambut Ramadhan kali ini, perlu persiapan awal. Bukan persiapan untuk beraya sakan, tetapi persiapan supaya tidak penat semasa berpuasa untuk mengemas nanti, itu sahaja.

Cuti Umum Johor 2023

Tarikh Hari Cuti
22 Jan Ahad Tahun Baru Cina
23 Jan Isnin Tahun Baru Cina Hari Kedua
5 Feb Ahad Hari Thaipusam
23 Mac Khamis Awal Ramadan
23 Mac Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor
22 Apr Sabtu Hari Raya Aidilfitri
23 Apr Ahad Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua
1 Mei Isnin Hari Pekerja
4 Mei Khamis Hari Wesak
5 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong
29 Jun Khamis Hari Raya Haji
19 Jul Rabu Awal Muharram
23 Ogos Rabu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan
16 Sep Sabtu Hari Malaysia
28 Sep Khamis Maulidur Rasul
12 Nov Ahad Hari Deepavali
25 Dis Isnin Hari Krismas
https://publicholidays.com.my/ms/johor/2023-dates/

Countdown Tahun 2023

Selamat tinggal tahun 2022 dan Selamat datang tahun 2023.

Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Baru sahaja rasa seperti awal tahun 2022, rupanya tinggal menghitung beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya tahun 2023. Allahhuakbar. Sangat cepat masa beredar dan dunia ini berputar.

Selain mengisi LNPT 2022, saya perlu semak KAI diri sendiri adakah tercapai atau masih di takuk lama. Masih banyak perlu diperbaiki, ya Allah panjangkan rezeki usia kami dalam penuh keberkatan, InsyaAllah Amin.