‘Organize skrin notepad’

Mohon kesempatan, ya Allah untuk aku turut dalam ‘organize’ skrin depan pc/notebook masing-masing. Jika telah ada level dalam mel kita, maka untuk membaca mel setiap kali ‘routine’ awal pagi dan sebagainya, maka pada masa akan datang ianya tidak memerlukan masa yang panjang dalam membaca mel yang baru sampai.

Hidup tanpa stres

Saya suka dengan ayat ini, ‘Jika kita kejar akhirat, maka dunia akan turut serta’. Yakin bahawa ianya pasti. Mungkin kita tidak yakin kerana balasannya kita tidak nampak dgn mata zahir.

Tahun 2023, berazam,  kejar akhirat paling utama supaya dunia akan turut  dikejar tanpa disedari, tanp sedar. Amin InsyaAkllah.

Inspirasi ruang solat di kediaman

Cadangan dan keinginan untuk menyediakan ruang solat. Jika tidak dapat sediakan ruang yang luas, sekadar dapat sediakan ruang yang selesa pun sudah cukup memadai. InsyaAllah niat yang baik akan Allah tunaikan.

Petikan dari : https://ohrumahidaman.com/40-inspirasi-ruang-solat/

 

Mencari pokok laman rumah

Sejak umur semakin bertambah, pokok-pokok di laman rumah telah difikirkan supaya ditukar kepada jenis pokok yang mudah diuruskan.

Antara pokok-pokok yang dikenalpasti adalah :

  1. Bunga Kertas (Bougainvillea)
  2. Bunga Siantan (Ixora)
  3. Bunga Raya (Hibiscus)
  4. Bunga Allamanda Kuning
  5. Daun Semun
  6. Pokok Ati-ati

Petikan dari : https://mediapermata.com.bn/10-bunga-tahan-panas-kering/

1.Bunga Butang (Gomphrena Globosa)

Digelar Bunga Butang disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Terdapat dalam beberapa warna pilihan antaranya yang paling diminati adalah ungu, merah jambu dan putih. Mudah dibiakkan mulai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

2.Belong Ayam (Celosia Argentea)

Dari keluarga yang sama dengan bunga butang, Bunga Belong Ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Bunga ini juga mempunyai ahli keluarga yang lain seperti pokok kucing. Cara pembiakkannya juga melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering.

3.Bunga Pentas (Pentas Lanceolata)

Tanaman renek ini mempunyai bunga yang berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Untuk memastikan ia sentiasa berbunga dan merimbun, lakukan cantasan di bahagian hujung daun. Jika tidak lakukan cantasan, tumbuhan renek ini akan naik tinggi lebih satu meter dan sukar berbunga.

Bunga Pentas ini mempunyai bunga yang berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan.
Bunga Cape (Plumbago Capensis). – Agensi
Bunga Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah. – Agensi
Dari keluarga yang sama dengan Bunga Butang, Bunga Belong Ayam ini mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Cara pembiakkannya adalah melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering. – Agensi
Bunga Ros Jepun adalah sejenis tumbuhan menjalar. Ianya mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 spesis portulaca di dunia dan ada diantaranya mempunyai khasiat terutamanya untuk kulit. – Agensi
Bagi anda yang ingin rasa laman ala-ala luar negara, Bunga Satay ini adalah antara yang sesuai membangkitkan tema tersebut. – Agensi

4.Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara)

Walaupun namanya Bunga Tahi Ayam, baunya tidaklah sebusuk yang digambarkan. Tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama-rama. Walaupun dalam satu gugusan yang kecil, ia mempunyai dua hingga tiga warna yang berbeza. Perlu kerap lakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman di samping menggalakkan penghasilan bunga yang optimum.

5.Ros Jepun (Portulaca Spp.)

Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 spesis portulaca di dunia dan ada diantaranya mempunyai khasiat terutamanya untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria, ia mudah dibiakkan melalui keratin batang.

6.Alamanda (Allamanda Spp.)

Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang tertentu. Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.

7.Marigold (Targetes Patula)

Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna orennya melambangkan kemewahan. Didapati bunga ini mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Oleh itu, tanaman berbunga renek ini menjadi pilihan sebagai tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaman organik.

8.Bunga Satay (Angelonia Biflora)

Bagi anda yang ingin rasa laman ala-ala luar negara, tanaman ini antara yang sesuai membangkitkan tema tersebut. Kerap lakukan cantasan setiap kali selesai berbunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang baharu.

Selain itu juga, tanaman ini amat mudah dibiakkan dari keratan batang walaupun kelihatan batangnya macam tak sesuai.

9.Bunga Kertas (Bougainvillea Spp.)

Ramai akui, tanaman ini antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah dijaga dan tahan panas. Namun, tidak semua mampu menghasilkan bunga yang lebat.

10.Bunga Cape (Plumbago Capensis)

Tanaman renek jenis belukar ini mempunyai bentuk bunga seperti hydrangea. Rona yang berwarna biru memberi kelainan dan tekstur di laman anda. Untuk memastikan tanaman renek ini sentiasa menghasilkan bunga setiap hari, lakukan deadheading (potong bahagia yang selesai berbunga). Selain itu juga, pemangkasan perlu dilakukan kerap untuk mengawal pertumbuhan tanaman. Jika tidak, ia akan menjadi terlalu merimbun dan semak. – Agensi

Projek Agihan baju

Baju-baju lama semakin hari semakin banyak. Maka beli baju yang betul kualiti dan akan pakai sahaja. Kalau ada ‘event’ atau lain-lain, sewa sahaja.

Kalau rajin boleh jual semula jika pakaiannya masih berkualiti dan selebihnya akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Simpan satu atau 2 sahaja baju yang dirasakan perlu disimpan untuk kenangan.

Barang Ikea

Jom kita semak produk Ikea yang menarik yang kita rasa tidak rugi untuk beli :

  1. Sylvass Lemon Squeezer
  2. Gladom Tray Table
  3. Raskog Utility Cart
  4. Branas Laundry Basket
  5. Lovbacken Side Table
  6. TJUSIG hanger
  7. Variera Pot Lid Organizer

Senarai blog untuk tips ‘organize your home’

Memang penat nak kemas rumah. Tipsnya sebelum banyak perlu dikemas, maka kena kemas mengikut jadual bagi setiap ruang.

  1. How to Organize Every Space in Your House in 8 Simple Steps
    https://justagirlandherblog.com/how-to-organize-every-space-in-your-house/
  2. 39 Best Tips for Organizing Your Home, According to Professional Organizers
    https://www.womansday.com/home/organizing-cleaning/g2801/life-changing-organization-tips/