- Saya ingin cuba ‘doodle’
Doodle sebenarnya adalah sesuatu lukisan yang dibuat separa sedar (absent mind) tidak dirancang atau terlalu dikawal.
https://stock.adobe.com/sg/search?k=doodleart&asset_id=489575637
Azam Tahun 2023
Apa azam baru untuk tahun baru, 2023?
Yang penting kita senaraikan dahulu, dan cuba usaha untuk memenuhi azam tersebut insyaAllah :
- Turunkan berat badan ke angka ‘Ideal’
- Mulakan membaca buku semula
- Mulakan banyak menulis dari menaip
- Akhir sekali, tidak boleh lupa azam untuk tambah amalan untuk hidup selamanya di Akhirat, InsyaAllah
Koleksi lagu FIFA World Cup
Mengimbau kenangan kemeriahan bola kini hingga dulu.
Jom semak cuti 2023
Nampaknya cuti tahun 2023, cuti terkena pada hari sabtu hanya 2 hari sahaja. Yang penting, untuk menyambut Ramadhan kali ini, perlu persiapan awal. Bukan persiapan untuk beraya sakan, tetapi persiapan supaya tidak penat semasa berpuasa untuk mengemas nanti, itu sahaja.
Cuti Umum Johor 2023
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
22 Jan | Ahad | Tahun Baru Cina |
23 Jan | Isnin | Tahun Baru Cina Hari Kedua |
5 Feb | Ahad | Hari Thaipusam |
23 Mac | Khamis | Awal Ramadan |
23 Mac | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Johor |
22 Apr | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri |
23 Apr | Ahad | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua |
1 Mei | Isnin | Hari Pekerja |
4 Mei | Khamis | Hari Wesak |
5 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
29 Jun | Khamis | Hari Raya Haji |
19 Jul | Rabu | Awal Muharram |
23 Ogos | Rabu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar |
31 Ogos | Khamis | Hari Kebangsaan |
16 Sep | Sabtu | Hari Malaysia |
28 Sep | Khamis | Maulidur Rasul |
12 Nov | Ahad | Hari Deepavali |
25 Dis | Isnin | Hari Krismas |
https://publicholidays.com.my/ms/johor/2023-dates/ |
Countdown Tahun 2023
Selamat tinggal tahun 2022 dan Selamat datang tahun 2023.
Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Baru sahaja rasa seperti awal tahun 2022, rupanya tinggal menghitung beberapa hari sahaja lagi akan bermulanya tahun 2023. Allahhuakbar. Sangat cepat masa beredar dan dunia ini berputar.
Selain mengisi LNPT 2022, saya perlu semak KAI diri sendiri adakah tercapai atau masih di takuk lama. Masih banyak perlu diperbaiki, ya Allah panjangkan rezeki usia kami dalam penuh keberkatan, InsyaAllah Amin.
FIFA World Cup Qatar 2022
Sekian lamanya tidak menonton bola, paling tidak tahun ini semi final dan final kena tonton juga. Tidak rugi sengkang mata tonton pertandingan final, cemas setiap saat. Apa-apa pun memang hebat kedua-dua tim iaitu Argentina dan Perancis.
Kejuaran FIFA piala dunia 2022 jatuh kepada Argentina. Tahniah!!!
https://www.reuters.com/lifestyle/sports/drama-specialists-argentina-deserve-their-world-cup-title-2022-12-18/
Tahun 2022, Balik mengundi di kampung
Demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita balik mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.
Suasananya seperti beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya. Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
https://www.ruby.my/2022/11/tahniah-dato-seri-anwar-ibrahim-perdana.html
Kenali teman ke Syurga Firdaus
Alhamdullillah tahun 2022 ini bertambah teman baru untuk sama-sama kita menujuk ke Syurga Firdaus InsyaAllah ya Allah.
Mana sangka, seseorang yang tidak pernah rapat dengan kita, dengan rezeki dari Allah menjadi teman yang rapat dalam mengharung susah senang dan ujian di dunia yang sementara ini. Syukur Alhamdullillah.
Pengendalian STUM (Stand-up Meeting)
Salah satu agenda di dalam Kaedah Agile. Umumnya stand up meeting ini dilakukan dalam waktu yang singkat, sekitar 15 minit dan biasanya dilakukan dengan cara berdiri.
Biasanya pertanyaan yang perlu dimaklumkan kepada tim iaitu :
- Apa yang sudah dilakukan semalam?
- Apa yang akan dilakukan hari ini?
- Apa masalah dan kekangan yang ditemui dalam menjalankan tugas?
Percubaan untuk tahun 2022, jika ada masa terluang, Tim Support selitkan sedikit ‘Game’ ringkas untuk menghilangkan stres semasa bertugas. Alhamdullilah diterima baik oleh ahli tim semua, Terima Kasih.
Pengalaman Ketua Unit Sokongan
Tahun 2023 peluang diberikan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Unit Sistem Sokongan di bawah naungan En. Mokhles sebagai Ketua Seksyen, Pn. Siti Mariyam sebagai Timbalan Pengarah dan En. Nik Kamal sebagai Pengarah UTMDigital.
Ketua Unit : Ts. Hjh. Harliza binti Haris
Pegawai Teknologi Maklumat Kanan :
1. Pn. Noor Aneza binti Atan
Pegawai Teknologi Maklumat :
1. Pn. Nurul Husna binti Md. Zaini
2. Cik Noor Baidura binti Ismail
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat :
1. Zuraida binti Yahya
2. Nurul Jannah binti Mahmud
3. Norzemawati binti Zakaria
4. Siti Khadijah binti Kamaruddin
5. Siti Norain binti Mohd Taib
6. Nuriza Anisa binti Mohd Shahli