
C1.1 Teknologi Dron Termal Menjejak Pulau Haba Bandar, Lindungi Kawasan Kita!
Makluman Terkini Projek Jejak Pulau Haba
Pada minggu lepas telah berlangsungnya Sesi Pengumpulan Data menggunakan teknologi dron termal bagi memantau suhu di kawasan Taman Teratai, Skudai, Johor Darul Ta’zim yang disertai oleh komuniti setempat.
Sesi telah berjalan dengan lancar dan berjaya merekodkan data penting yang akan membantu dalam usaha:
Mengenal pasti kawasan panas kritikal
Menyokong perancangan bandar lebih sejahtera
Memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti tentang pulau haba bandar
Terima kasih di atas sokongan dan perhatian daripada semua pihak. Usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama bersama
Kami akan terus kongsikan perkembangan terkini daripada lapangan. Nantikan hasil analisis seterusnya!
Ikuti kami di Facebook dan Telegram untuk maklumat lanjut!
#iskandarputerirendah#iprk5#climatechange#rendahkarbon#bandarhijau#termal