Kolokium Makmal Satelit FABU, UTM – JTS Sarawak

24 August 2023 | Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kolokium Makmal Satelit FABU, UTM – JTS Sarawak dan Program Cerapan Langit Malam. Sesi kolokium ini dijalankan sebagai platform untuk memupuk jalinan kerjasama UTM dengan Jabatan Tanah san Survei Sarawak (JTS) bagi melengkapkan konsep synergy iaitu menjalin kerjasama dan kolaborasi bersama industri serta perkongsian pencapaian semasa oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan juga FABU.