Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) adalah acara tahunan yang disambut pada setiap 19 hari bulan Februari. Ia adalah bertujuan untuk mengingatkan masyarakat Malaysia dan mengukuhkan komitmen serta tanggungjawab semua pihak dalam menangani permasalahan dadah yang merupakan isu kesihatan dan keselamatan negara.
Agensi Antidadah Kebangsaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233. (Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri)