9 Mei 2024 | Sesi Career Talk bersama pelajar Diploma Ukur Geomatik di Geospatial Science and Technology College (GSTC), Wisma LJT, Kuala Lumpur.
Program perkongsian ilmu dengan tajuk “Surveyors: Pillars of National Advancement” ini telah diadakan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar-pelajar Diploma Geomatik tahun akhir di Geospatial Science and Technology College (GSTC) untuk memahami peranan juruukur dalam pelbagai sektor seperti di industri, kerajaan dan juga dunia akademia. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata para bakal juruukur muda ini dan dapat mereka merancang hala tuju masing-masing ke arah menjadi Juruukur Tanah Bertauliah kelak.