
Tiga tahun berturut-turut menjuarai Piala Malaysia โ 2022, 2023 dan kini 2024/2025!
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru turut berbangga menyambut kejayaan ini dan meraikan cuti peristiwa yang diumumkan.
TAHNIAH JDT!