Latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik), Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik). Objektif latihan industri adalah melatih pelajar dalam pelbagai aspek profesion ukur tanah dan kejuruteran geomatik di industri serta meningkatkan kemahiran amali pelajar dalam kerja-kerja ukur tanah dan kejuruteraan geomatik. Pengalaman dan kerja-kerja yang terhasil dari latihan ini diharapkan bukan sahaja dapat mempertingkatkan pengetahuan pelajar-pelajar, malah adalah pelengkap yang penting dalam sebarang pengajian atau kursus profesional khususnya kejuruteraan geomatik.
Recent Comments