Bincangkan dengan ringkas tentang kepentingan Adab dan Etika bagi profesion sebagai pensyarah universiti. Bagaimana Adab dan Etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama dari aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah?
Guru mahupun Pensyarah adalah merupakan seorang Pendidik, individu yang mengabadikan dirinya untuk menyampaikan suatu ilmu, mendidik, membimbing dan melatih seseorang individy atau kumpulan tertentu. Ia merupakan salah satu profesion yang paling tua di dunia. Dalam konteks kini, peranan guru tidak terbatas kepada pengkhususan sesetengan bidang pengajaran sahaja, tetapi ia juga melibatkan pembentukan akhlak dan sahsiah para pelajar. Secara umumnya, pembentukan akhlak yang baik secara dasarnya perlu dibentuk melalui jiwa dan rohani yang baik. Justeru itu, Adab dan Etika adalah elemen penting bagi profesion sebagai seorang Pensyarah universiti. Bagi mewujudkan Ekosistem Akademik yang sihat dan produktif, kita boleh menerapkan konsep Quadruple Helix. Sebagai Pensyarah, adab dan etika memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam mengeratkan talian antara pelajar dan rakan sekerja di university sahaja secara khusus, tetapi juga stakeholders yang lain seperti ibu bapa, industri, komuniti secara umumnya. Sehubungan itu, pensyarah perlu menunjukkan dedikasi terhadap tanggungjawa yang dipikul, perlu mengamalkan professionalism yang tinggi dalam penyeliaan pelajar dan memastikan pengajaran adalah relevan dan terkini bagi memenangi kepercayaan, prestasi pelajar serta kredibiliti. Pensyarah yang bersikap pedagogi yang positif, bertindak adil dan telus dalam penilaian serta sering berinteraksi denga pelajar akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih kondusif untuk belajar. Pengalaman industri telah menyiapsiagakan saya dengan kemahiran dan pengetahuan yang unik dan berharga, yang melangkaui teori-teori yang tertera dalam buku teks. Aset ilmu yang terkumpul ini bukan sahaja boleh meningkatkan kredibiliti saya sebagai pensyarah tetapi juga membolehkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang lebih mendalam, relevan, dan bermakna kepada pelajar. Justeru itu, saya percaya bahawa pengalaman ini adalah aset professionalism yang sangat bernilai dalam dunia akademia dan membantu universiti untuk menggraduankan future-ready professional yang hebat.
Kenal pasti dan analisa beberapa cabaran Adab dan Etika yang mungkin dihadapi oleh pensyarah di universiti. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?
Antara cabaran adab dan etika yang saya perhatikan walaupun baru menyertai dunia academia adalah Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar. Sehubungan itu, Pensyarah yang berprofessionalism, bersikap pedagogi yang positif, bertindak adil dan telus dalam penilaian serta sering berinteraksi denga pelajar akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih kondusif untuk belajar.Secara logiknya, kita tidak akan menghasil insan yang sebiji sama walaupun menggunakan acuan yang sama atau menilai pelajar semata-mata berdasarkan rubric atau skema jawapan sahaja. Pelajar datang dari pelbagai latar belakang budaya, sosial, dan ekonomi yang berbeza, yang boleh menyebabkan perbezaan dalam nilai dan persepsi etika. Sebagai seorang pensyarah, kita perlu meneliti abiliti dan tahap pengadatasian setiap individua tau golongan pelajar. Ia memerlukan pendekatan yang komprehensif dan berterusan seperti mana melaksanakan strategi PDCA. Strategi PDCA (Plan-Do-Check-Act) adalah pendekatan berstruktur yang digunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Dengan menggunakan strategi ini, saya dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran, merancang pelan pembelajaran yang terstruktur, melakukan refleksi pelajar dari semasa ke semasa, dan kemudian menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (T&L) supaya menjadi lebih efektif dan kondusif. Dalam usaha menggraduankan future-ready professional, saya perlu memberi keutamaan kepada critical thinking dan problem-solving. Pendekatan ini bukan sahaja membantu pelajar menguasai kandungan akademik tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia sebenar kelak.