Citizen Science Boot Camp 2025

🌟 Meet Our Experts at CSBC 2025! 🌟

Join us on 8 – 9 September 2025 at Perpustakaan Sultanah Zanariah JB & Balai Cerap UTM for an inspiring session with outstanding experts from UTM.

✨ Get valuable insights from:

👨‍🏫 Sr Gs Dr Othman bin Zainon – Director, Geoinformation Department, FABU UTM
👩‍🏫 Dr. Aimi binti Musa – Senior Lecturer, Geoinformation Department, FABU UTM
👩‍🔬 Dr. Amni Haslinda binti Alpandi – Senior Lecturer, Petroleum Engineering Department, FKT UTM
👨‍🔬 Ts. Sr. Dr. Kelvin Tang Kang Wee – Senior Lecturer, Geoinformation Department, FABU UTM

📅 Save the date and don’t miss this opportunity to learn, network, and be inspired!

🌐 More info: library.utm.my/csbc2025

#CSBC2025 #UTMLibrary #MeetOurExperts #sainswarga #citizenscience

See less
Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , | Comments Off on Citizen Science Boot Camp 2025

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68

31 Ogos bukan sekadar tarikh, tetapi detik bermakna yang menyatukan seluruh rakyat dalam semangat perjuangan dan kecintaan kepada tanah air. Sebagai warga UTM Sanjungan Bangsa, warga kampus akan terus menyumbang melalui ilmu, inovasi dan usaha bersama ke arah masa depan yang lebih lestari.

Dengan semangat ‘Kerana Tuhan Untuk Manusia’, UTM terus melangkah Menginovasi Penyelesaian Lestari.

‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , | Comments Off on SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68

Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi Inspirasi Perkhidmatan Awam

KUCHING: Kejayaan 15 pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Geomatik melalui Program Pesisir bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi inspirasi bagi seluruh warga perkhidmatan awam negeri.

Pengarah JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood berkata majlis konvokesyen bakal diadakan pada November ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi pegawai yang menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugasan harian.

“Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat belajar boleh bertahan walaupun dalam rutin kerja yang padat,” katanya pada Majlis Penutupan Hari Inovasi Jabatan Tanah dan Survei (HIITS) 2025 malam tadi.

Majlis disempurnakan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Antara graduan, Penguasa Bahagian Sarikei dan Juruukur Profesional, Awan Amal, membentangkan tesis bertajuk Pemodelan Pengangkutan Sedimen dan Risiko Banjir di Sungai Rejang, Sibu, Sarawak pada Persidangan Antarabangsa Geomatik dan Teknologi Geospatial Ke-10.

Awang Zamhari berkata pengalaman membentangkan kajian di peringkat antarabangsa itu bukan sahaja pencapaian peribadi, malah meningkatkan kredibiliti jabatan di arena global dan membuka peluang penerbitan dalam jurnal berindeks antarabangsa.

“Selain itu, 16 pegawai lain kini mengikuti Program Pesisir Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah untuk meningkatkan pengetahuan teknikal, pengurusan dan membina pakar bidang (SME) dalam pentadbiran tanah, teknologi geospatial, penilaian hartanah serta perundangan tanah,” katanya.

Awang Zamhari mengakui cabaran menyeimbangkan tugasan harian dan pembelajaran akademik bukanlah mudah.

Namun katanya, semangat pegawai ini membuktikan ketekunan dan disiplin membuka pintu kejayaan serta meningkatkan keupayaan jabatan melaksanakan dasar, proses dan inovasi yang tepat.

“Sebahagian graduan juga bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) menunjukkan minat menimba ilmu tanpa batasan,” jelas beliau.

Beliau menambah kekangan Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan (HLDP) akibat had umur maksimum 45 tahun bagi pengajian PhD mengehadkan peluang pegawai berbakat menyumbang ilmu pada tahap lebih tinggi.

JTS berharap pertimbangan sewajarnya diberikan bagi permohonan melebihi had umur kerana pegawai bermotivasi tinggi dijangka menyumbang kepakaran, pengetahuan terkini dan nilai tambah signifikan kepada jabatan serta sektor tanah Sarawak.

“Kejayaan akademik ini bukan sahaja membangkitkan kebanggaan peribadi, tetapi turut memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam negeri dan memacu pembangunan sektor tanah serta teknologi geospatial Sarawak ke arah standard global,” katanya.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , | Comments Off on Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi Inspirasi Perkhidmatan Awam