Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi Inspirasi Perkhidmatan Awam

KUCHING: Kejayaan 15 pegawai Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Geomatik melalui Program Pesisir bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi inspirasi bagi seluruh warga perkhidmatan awam negeri.

Pengarah JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood berkata majlis konvokesyen bakal diadakan pada November ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi pegawai yang menuntut ilmu walaupun sibuk dengan tugasan harian.

“Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat belajar boleh bertahan walaupun dalam rutin kerja yang padat,” katanya pada Majlis Penutupan Hari Inovasi Jabatan Tanah dan Survei (HIITS) 2025 malam tadi.

Majlis disempurnakan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Antara graduan, Penguasa Bahagian Sarikei dan Juruukur Profesional, Awan Amal, membentangkan tesis bertajuk Pemodelan Pengangkutan Sedimen dan Risiko Banjir di Sungai Rejang, Sibu, Sarawak pada Persidangan Antarabangsa Geomatik dan Teknologi Geospatial Ke-10.

Awang Zamhari berkata pengalaman membentangkan kajian di peringkat antarabangsa itu bukan sahaja pencapaian peribadi, malah meningkatkan kredibiliti jabatan di arena global dan membuka peluang penerbitan dalam jurnal berindeks antarabangsa.

“Selain itu, 16 pegawai lain kini mengikuti Program Pesisir Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah untuk meningkatkan pengetahuan teknikal, pengurusan dan membina pakar bidang (SME) dalam pentadbiran tanah, teknologi geospatial, penilaian hartanah serta perundangan tanah,” katanya.

Awang Zamhari mengakui cabaran menyeimbangkan tugasan harian dan pembelajaran akademik bukanlah mudah.

Namun katanya, semangat pegawai ini membuktikan ketekunan dan disiplin membuka pintu kejayaan serta meningkatkan keupayaan jabatan melaksanakan dasar, proses dan inovasi yang tepat.

“Sebahagian graduan juga bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) menunjukkan minat menimba ilmu tanpa batasan,” jelas beliau.

Beliau menambah kekangan Hadiah Latihan Dalam Perkhidmatan (HLDP) akibat had umur maksimum 45 tahun bagi pengajian PhD mengehadkan peluang pegawai berbakat menyumbang ilmu pada tahap lebih tinggi.

JTS berharap pertimbangan sewajarnya diberikan bagi permohonan melebihi had umur kerana pegawai bermotivasi tinggi dijangka menyumbang kepakaran, pengetahuan terkini dan nilai tambah signifikan kepada jabatan serta sektor tanah Sarawak.

“Kejayaan akademik ini bukan sahaja membangkitkan kebanggaan peribadi, tetapi turut memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam negeri dan memacu pembangunan sektor tanah serta teknologi geospatial Sarawak ke arah standard global,” katanya.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , | Comments Off on Kejayaan 15 pegawai JTS Sarawak jadi Inspirasi Perkhidmatan Awam

Teknologi Dron Termal Menjejak Pulau Haba Bandar, Lindungi Kawasan Kita!

C1.1 Teknologi Dron Termal Menjejak Pulau Haba Bandar, Lindungi Kawasan Kita!

🌡️ Makluman Terkini Projek Jejak Pulau Haba

Pada Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Sesi Transfer of Technology (😭) bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Bandwork Solution Sdn Bhd yang melibatkan perkongsian ilmu berkaitan penggunaan teknologi dron termal 🚁🔥 dalam pemantauan fenomena pulau haba bandar.

Melalui sesi ini, para pelajar berpeluang:

✅ Mendalami kaedah pengumpulan data suhu menggunakan dron

✅ Memahami kepentingan kajian pulau haba terhadap kesejahteraan bandar

✅ Melihat sendiri aplikasi sebenar teknologi di lapangan

Sesi berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan aktif daripada pelajar yang turut berkongsi pandangan serta bertanya soalan bernas 💬🤝

Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan pelajar, malah memperkukuh peranan UTM dalam melahirkan graduan yang peka terhadap isu alam sekitar serta mampu menyumbang kepada pembangunan mampan 🌍💚

🌇 Teruskan bersama kami dalam usaha melindungi kawasan kita untuk masa depan yang lebih sejahtera! 💪

Ikuti kami di Facebook dan Telegram untuk perkembangan projek seterusnya! 😎

#iskandarputerirendah#iprk5#rendahkarbon#bandaraejahtera#thermal#dronemapping#climatechange

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , , , | Comments Off on Teknologi Dron Termal Menjejak Pulau Haba Bandar, Lindungi Kawasan Kita!

Citizen Science Boot Camp 2025

 Is Climate Change Written in the Sky?

 8 – 9 September 2025

 Perpustakaan Sultanah Zanariah & Balai Cerap UTM

 Organized by: UTM Library

Are you a student, educator, librarian, researcher, or just passionate about science and community impact? This boot camp is for you!! 

Join us for an exciting 2-day boot camp where you’ll explore the sun, clouds, moon, and stars — and learn how YOU can contribute to science through real observations and hands-on learning.

 Special features:

Night Stargazing Session
 DIY Your Own Telescope

 Citizen science helps tackle climate change, promote environmental awareness, and connect communities through shared data and sky observations.
1. Learn how citizen science lets anyone join in collecting useful data and making a real impact on the environment.
2. See how sky observations and simple activities can teach you more about climate and inspire eco-friendly actions. 
3. Find out how working together on local projects builds stronger communities and helps everyone make smarter decisions. 

Registration Fees

 Student: RM100 |  Individual: RM250 |  Group of 3: RM670

 Accommodation not included – please arrange your own.

Closing Date: 24 August 2025

 Register now: https://library.utm.my/csbc2025/fees/

Questions? Reach us at:

cslibrary@utm.my |  07-5530027 / 07-5530529

 Follow us: facebook.com/library.utm | IG: @library.utm

 Website: https://library.utm.my/csbc2025

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Comments Off on Citizen Science Boot Camp 2025