DR. LEE TING HUN di Berita Harian Selasa, 12 Disember 2017
Pengarahnya, Sharifah Suziana Syed Ali, berkata tiga produk Aloeshafy adalah jus aloe vera, gel badan aloe dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembab muka.
“Produk Aloesyafy diperbuat daripada pati aloe vera Barbadensis Miller iaitu spesis aloe vera yang terbaik dunia. Tambahan pula, ia ditanam di ladang berstatus MyOrganic di Bio Desaru.
“PIJ Manufacturing juga adalah syarikat pertama dan peneraju dalam pengeluaran pati aloe vera di negara ini kerana kita menanam, menuai, mengekstrak dan memproses hasil tumbuhan berkenaan sebelum mengedarkannya ke pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Produk Aloeshafy di Ruang Event Space, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd, Rozan Mohd Sa’at; Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), Zulkiflee Abbas dan Pengurus Besar Syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd, Abdul Rashid Ismail.
Sharifah Suziana berkata, polisi keselamatan makanan serta kualiti produk menjadi keutamaan dan produk Aloeshafy mendapat akreditasi penting pengilangan iaitu IS0 22000: 2005, Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP), pensijilan Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
“Kami mula menanam aloe vera pada tahun 2012 di ladang organik seluas 48.5 hektar (120 ekar). Pada tahun 2015, percubaan pengeluaran pertama berjaya dilaksanakan dan pada awal tahun ini, kami mendapat semua akreditasi pengilangan,” katanya.
Sharifah Suziana berkata, produk Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau ‘dropshiper’ dan laman jualan atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90 hingga RM160.
Katanya, selain menumpukan jualan produk dalam negara, PIJ Manufacturing juga akan menembusi pasaran luar negara seperti Singapura dan Brunei.