ABOUT ME
paklong jb
Sentiasa bersyukur.
“Jangan lupa bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita pada hari ini”
011-5678 2946
maizushah@utm.my
-
Recent Posts
Recent Comments
Archives
Categories
Meta
utm news
Majlis Sanjungan Budi UTM 2023
Posted in Uncategorized
Comments Off on Majlis Sanjungan Budi UTM 2023
MPP sambut baik penubuhan Fakulti AI pertama negara di UTM
JOHOR BAHRU, 19 Okt. – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena pembentangan Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” bagi menubuhkan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan Pertama Negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di UTM dengan peruntukan awal bernilai RM20 juta pada Jumaat lepas.
Usaha ini menjadi satu penghormatan yang besar kepada seluruh warga UTM sebagai institusi ilmu pertama yang diberikan kepercayaan bagi melahirkan warga intelektual berteraskan teknologi digital pada masa hadapan sekali gus memacu Malaysia bergerak pantas menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan tranformasi digital global.
Dalam pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM16.3 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2024 kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berbanding RM15.3 bilion tahun ini. Usaha murni ini jelas menggambarkan komitmen tinggi Kerajaan MADANI dalam memperhebat usaha membangunkan bakat terbaik pelbagai bidang demi pembangunan dan kemajuan tanah air.
Penumpuan khusus yang diberikan dalam Belanjawan 2024 untuk membangunkan bakat yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam bidang kecerdasan buatan dan robotik adalah bertepatan dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing dalam industri teknologi digital yang kian pesat berkembang.
Kewujudan pusat-pusat kecemerlangan penyelidikan di UTM seperti Pusat Kecemerlangan Kepintaran Buatan dan Robotik (CAIRO), Pusat Data Raya (BDC), Pusat Penyelidikan Kardiovaskular IJN-UTM, Institut Kejuruteraan Berpusatkan Manusia (iHumEn) dan Institut Sistem Kenderaan dan Kejuruteraan (IVeSE) juga dilihat mengabsahkan status UTM sebagai Universiti Peneraju dalam bidang kecerdasan buatan, teknologi digital, teknologi hijau dan robotik di peringkat nasional.
Selain itu, peruntukan RM300 juta untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia turut menjadi tumpuan MPP UTM. Usaha oleh pihak kerajaan ini dapat memastikan prasarana di IPT mampu menyediakan suasana yang lebih kondusif kepada mahasiswa di dalam kampus.
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 kepada seluruh peminjam turut dilihat sebagai satu inisiatif murni Kerajaan MADANI bagi membantu mengurangkan beban kewangan mahasiswa daripada keluarga B40.
“Saya menzahirkan ucapan syukur dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan atas keperihatinan dalam mempertingkatkan usaha memperkukuh wadah Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan pada masa yang sama turut menjamin suara dan kebajikan mahasiswa terus terpelihara”, ulas Saudari Nadratul Huda, Yang Di-Pertua MPP UTM sesi 2022/2023 seusai mendengar Pembentangan Belanjawan 2024.
Barisan MPP UTM sesi 2022/2023 meyambut baik inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat yang lalu.
MPP UTM menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi serta bersedia menerima tanggungjawab ini bersama pihak pengurusan universiti dengan penuh amanah untuk bersama membangunkan negara sepertimana yang dihasratkan dalam acuan dan kerangka Ekonomi Malaysia MADANI.
*sumber dari :
https://news.utm.my/ms/2023/10/mpp-sambut-baik-penubuhan-fakulti-ai-pertama-negara-di-utm/
Posted in Uncategorized
Comments Off on MPP sambut baik penubuhan Fakulti AI pertama negara di UTM
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) Pertama Negara di Universiti Teknologi Malaysia
KENYATAAN MEDIA
Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.
Justeru, UTM mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri sempena pembentangan Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” bagi menubuhkan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan Pertama Negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal bernilai RM20 juta.
Penumpuan khusus yang diberikan dalam Belanjawan 2024 untuk membangunkan bakat yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam bidang kecerdasan buatan dan robotik adalah bertepatan dalam meyakinkan pelabur serta industri.
UTM juga merupakan universiti awam yang mempelopori bidang ini dengan meluas dan mempunyai pusat kecemerlangan seperti Pusat Kecemerlangan Kepintaran Buatan dan Robotik (CAIRO), Pusat Data Raya (BDC), Pusat Penyelidikan Kardiovaskular IJN-UTM, Institut Kejuruteraan Berpusatkan Manusia (iHumEn) dan Institut Sistem Kenderaan dan Kejuruteraan (IVeSE).
Selain itu, UTM telah menghasilkan pelbagai inovasi berteraskan kecerdasan buatan seperti aplikasi robotik untuk industri, aplikasi perubatan & kesihatan dan perisian pintar. Contoh produk yang telah dihasilkan adalah seperti ARTECH INSPECTO (Robot pintar berteknologi tinggi bagi melakukan pemeriksaan dan pembersihan di ruang yang sempit); A2TECH X3CATOR (robot pintar untuk pencarian tanpa wayar); aplikasi DIANA Hologram Pintar untuk keselamatan digital dan pembantu sosial pintar; dan lain-lain perisian yang telah digunakan oleh industri.
Kejayaan inisiatif ini dapat dilaksanakan kerana terdapatnya jumlah pakar yang sedia ada dalam bidang kecerdasan buatan merentasi pusat pengajian di UTM yang melebihi 100 orang.
Tenaga pakar ini terdiri daripada ahli akademik dari Fakulti Komputeran, Fakuti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Fakulti Alam Bina dan Ukur, Jabatan Matematik – Fakulti Sains, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak dan Fakulti Pengurusan.
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) ini akan bercorak multi-disiplin yang mampu menjadikan kecerdasan buatan sebagai pemangkin kepada inovasi dalam pelbagai bidang, antaranya industri pembuatan, kewangan, kesihatan, pertanian, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.
UTM menzahirkan penghargaan dan amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi dan menerima tanggungjawab ini dengan penuh amanah untuk bersama membangunkan negara sepertimana yang dihasratkan dalam kerangka Ekonomi Malaysia Madani.
UTM juga optimis bahawa fakulti ini berupaya memajukan peradaban manusia mengikut acuan Malaysia Madani.
Prof. Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail
Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia
13 Oktober 2023
#TAMAT
*sumber dari :
Posted in Uncategorized
Comments Off on Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) Pertama Negara di Universiti Teknologi Malaysia
MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR (MEI) 2023
Posted in Uncategorized
Comments Off on MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR (MEI) 2023
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2023
Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 8 Mei 2023 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dataran Agora
Sehubungan itu, semua staf UTM adalah dijemput hadir.
Posted in Uncategorized
Comments Off on Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2023
JADUAL PEMBAYARAN GAJI & ELAUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TAHUN 2023
Posted in Uncategorized
Comments Off on JADUAL PEMBAYARAN GAJI & ELAUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TAHUN 2023
UMRAH AL BALAD 20/12 -31/12/2022
Posted in Uncategorized
Comments Off on UMRAH AL BALAD 20/12 -31/12/2022
Sambungan Kuliah Dhuha Tasawuf Moden HAMKA
Penyampai Ustaz Ab Gani Jalil
=================================================
Sambungan ……..
17 / 10 / 2022
10 /10 / 2022
3 / 10 / 2022
26 / 9 / 2022
19 / 9 / 2022
12 / 9 / 2022
5 / 9 / 2022
29 / 8 / 2022
22 / 8 / 2022
15 / 8 /2022
8 / 8 / 2022
1 / 8 / 2022
25 / 7 / 2022
18 / 7 / 2022
4 / 7 /2022
27 / 6 /22022
20 / 6 / 2022
25 / 4 / 2022
11 / 4 /2022
Posted in Uncategorized
Comments Off on Sambungan Kuliah Dhuha Tasawuf Moden HAMKA
Kuliah Dhuha Tasawuf Moden HAMKA
Penyampai Ustaz Ab Gani Jalil
============================================
14/2/2022
7/2/2022
31/1/2022
24/1/2022
17/1/2022
10/1/2022
3/1/2022
27/12/2021
20/12/2021
13/12/2021
6/12/2021
29/11/2021
22/11/2021
15/11/2021
8/11/2021
1/11/2021
25/10/2021
11/10/2021
4/10/2021
27/9/2021
20/9/2021
13/9/2021
6/9/2021
Posted in Uncategorized
Comments Off on Kuliah Dhuha Tasawuf Moden HAMKA