Tips sambung pengajian: Struktur program

 

Assalamualaikum

Mungkin kita tak tahu, bila nak sambung belajar, struktur program juga perlu diambil tahu.

Apakah subjek yang perlu diambil? Berapa banyak jam kredit? Semua ini perlu diberikan perhatian kerana mungkin anda mengambil mod penyelidikan, kebiasaannya tidak banyak kelas seperti kelas penyelidikan dan falsafah.

 

Namun perkara yang paling penting ialah apakah kelayakan yang memboleh pelajar untuk menghantar tesis? Perkara ini nampak menakutkan kerana terdapat universiti mewajibkan pelajar-pelajar menerbitkan artikel di Journal ISI. Perkara ini agak sukar dicapai bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menulis. Walaupun terdapat penyelidik yang mampu, namun masih ramai yang tidak mampu untuk menulis di journal-journal yang berimpak tinggi. Tetapi kebaikannya ialah pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan dalam bentuk penerbitan yang berimpak tinggi.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik. Semoga anda membuat pilihan yang tepat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *