Manusia dan pemikiran

https://youtu.be/hyU-b-eHCbA

•Pemikiran merupakan asas kepada perkembangan falsafah, ilmu, sains dan teknologi. Manusia dan pemikiran tidak dapat dipisahkan. Di dalam bab ini akan menjelaskan tentang Falsafah, Visi dan Misi UTM dalam perkembangan sains dan teknologi.

•Selain itu juga akan menjelaskan definisi  pemikiran secara umum serta pemikiran menurut Barat dan Islam.  Selain itu juga teras pemikiran sains dan teknologi menurut Islam dan Barat menjadi topik perbincangan di dalam bab ini.

Definisi Falsafah

•Daripada istilah Greek philosophia (φιλοσοφια); •(philein = “cinta” + sophia = (bijaksana) • cintakan kebijaksanaan •love (or passion) and wisdom (knowledge, understanding).

Pertandingan video faraid mais

Tajuk: ?????? ????? ?????? ?????
Pendeklamasi: Mohd Khairy Kamarudin
???? ??????? ℎ???? ???????,
???? ????ℎ ????? ???????,
????? ???????? ????????? ?????,
?????ℎ????? ?????? ??????? ???????.

??????: Islam menjamin kebajikan waris dari sudut pewarisan. Waris-waris mendapat bahagian tersendiri berdasarkan pembahagian faraid.

?????? ????????? ????????? ℎ??,
????? ????ℎ?????, ????? ?????,
?????????? ????? ????????? ????,
?????????? ???? ?????????.

??????: Isteri mempunyai bahagian faraid tanpa sebarang sekatan. Bahagian yang didapati ialah sebanyak 1/4 apabila si mati mempunyai anak. Manakala, jika si mati mempunyai anak, bahagian yang diwarisi oleh isteri adalah sebanyak 1/8.

????? ???? ????ℎ, ??????? ??????,
?????ℎ ????? ?? ??ℎ?? ℎ????,
???????? ???? ???? ???????,
????ℎ??? ???, ???? ??????????.

??????: Suami mendapat bahagian faraid iaitu sebanyak ½ jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak. Jika si mati mempunyai anak, suami akan mendapat bahagian sebanyak ¼.

??? ?????????? ??ℎ??? ??????????,
???? ????ℎ?ℎ, ℎ????? ????????,
???????? ?????? ???????,
??? ??????? ?????? ???????.

??????: Anak solehah merujuk kepada anak perempuan. Bahagian fardhu anak perempuan ialah ½ jika tunggal. Jika mempunyai lebih daripada seorang anak perempuan, bahagian mereka menjadi 2/3 dan perlu dikongsi bahagian tersebut. Kedua-dua keadaan ini berlaku apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki. Jika mempunyai anak lelaki, anak perempuan tersebut akan mendapat pusaka secara asabah bil ghayr (tidak dinyatakan di dalam pantun).

??? ??? ????? ???????,
??????? ????? ????? ℎ???????,
????? ????, ????????? ????????,
?????????, ????? ????????????.

??????: Ibu akan mendapat bahagian pusaka iaitu sebanyak 1/3 jika si mati tidak mempunyai anak (cucu jika merujuk kepada ibu) atau adik beradik (kandung, sebapa atau seibu) lebih daripada seorang. Manakala, jika si mati mempunyai anak atau adik beradik lebih daripada seorang, ibu akan mendapat bahagian 1/6. Terdapat pengecualian bagi kes umariyyatan iaitu ibu mendapat 1/3 daripada baki harta pusaka. Kes ini melibatkan si mati hanya meninggalkan suami atau isteri, ibu dan bapa (tidak dinyatakan di dalam pantun).

?????? ??? ℎ??????ℎ ???????,
????? ???? ???? ???? ???ℎ????,
???? ?????? ???? ???????????,
????????ℎ ?? ??????? ??????.

Maksud: Ilmu faraid merangkumi pelbagai aspek. Tidak hanya terikat kepada hukum tetapi mempunyai elemen matematik dan biologi bagi penentuan nasab. Oleh itu, bagi mendalam ilmu ini, perlukan merujuk pihak yang arif dan berautoriti bagi memastikan tidak berlaku kesilapan dalam pengiraan.

Marilah sama-sama kita menuntut ilmu faraid agar dapat disebarluaskan kepada umat Islam.

Maklumat lanjut berkaitan harta pusaka, sila layari www.mais.gov.my

#pertandinganvideofaraidmais

Rujukan
Zahari Mahad Musa & Mushaddad Hasbullah. (2015). Faraid: Pembahagian Pusaka dalam Islam. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia

Crowdfunding berasaskan derma – apa yang kita perlu tahu

Crowdfunding berasaskan derma ialah satu kaedah pengumpulan dana bagi tujuan sokongan kepada kebajikan, penyelidikan, pembiayaan mikro dan aktiviti sosial. Crowdfunding bertujuanmemobilisasi orang ramai untuk membiayai atau menjana sesuatu projek atau kempen yang disiarkan dalam platform yang dikhususkan untuk mengumpul dana secara besar-besaran (Rijanto, 2018).

Rujukan

Rijanto, A. (2018). Donation-based crowdfunding as corporate social responsibility activities and financing. Journal of General Management, 43(2), 79–88. https://doi.org/10.1177/0306307017748125

Tips sambung pengajian: Struktur program

 

Assalamualaikum

Mungkin kita tak tahu, bila nak sambung belajar, struktur program juga perlu diambil tahu.

Apakah subjek yang perlu diambil? Berapa banyak jam kredit? Semua ini perlu diberikan perhatian kerana mungkin anda mengambil mod penyelidikan, kebiasaannya tidak banyak kelas seperti kelas penyelidikan dan falsafah.

 

Namun perkara yang paling penting ialah apakah kelayakan yang memboleh pelajar untuk menghantar tesis? Perkara ini nampak menakutkan kerana terdapat universiti mewajibkan pelajar-pelajar menerbitkan artikel di Journal ISI. Perkara ini agak sukar dicapai bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja menulis. Walaupun terdapat penyelidik yang mampu, namun masih ramai yang tidak mampu untuk menulis di journal-journal yang berimpak tinggi. Tetapi kebaikannya ialah pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan dalam bentuk penerbitan yang berimpak tinggi.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah apa yang terbaik. Semoga anda membuat pilihan yang tepat.

 

Tips sambung pengajian peringkat pascasiswazah: Kenali bakal penyelia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai dalam kalangan lepasan ijazah Sarjana Muda berhasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD).

Antara tips yang perlu diberi keutamaan ialah Penyelia atau Supervisor. Tips ini dikecualikan kepada pelajar-pelajar yang mengambil mode coursework.

Bagi pelajar-pelajar yang mengambil mod penyelidikan, pelajar-pelajar akan dibekalkan atau diminta untuk mencadangkan penyelia.

Bagi sesetengah pendapat, penyelia ini sangat penting kerana akan mempengaruhi cara kita menulis. Ada penyelia yang memberikan galakan. Ada penyelia yang lepas tangan. Maka, pemilihan penyelia yang tepat diperlukan supaya perjalanan pengajian kita tak terhenti di pertengahan jalan.

Saya menggalakkan, sebelum menyambung pengajian, kenali dahulu sedikit sebanyak berkenaan bakal penyelia. Cuba kita kaji siapa penyelia kita. Pelbagai platform yang boleh digunakan seperti Google Scholar, Staff directory, Researchgate dan lain-lain bagi mengenalpasti area utama penyelidikan. Hal ini dapat menarik minat kita untuk menguasai bidang yang hampir sama. Kalau lebih extreme, carilah pelajar-pelajar di bawah seliaannnya. Kita boleh rujuk artikel-artikel yang ditulis. Biasanya akan ditulis bersama pelajar-pelajar di bawah seliaan. Tanyalah sikap penyelia macam mana, membantu pelajar atau tidak dan lain-lain.

Pastikan kita tahu gelaran dia. Elakkan panggil penyelia kita dengan gelaran tak sepatutnya, kerana terdapat penyelia yang sangat particular dengan gelaran ini. Jika beliau seorang profesor, perlu disapa dengan panggilan prof. Kalau Dr, panggillah Dr.

Kesimpulannya, bakal pelajar perlulah mengenali penyelia sebelum menyambung pengajian. Mengenali penyelia ini dapat membantu anda untuk menghabiskan pengajian.

Semoga berjaya.