About Me

Dr. Nur Najwa Hanani Binti Abd Rahman dilahirkan  pada 08 April 1985 di Johor Bahru, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor Kluang (1992 – 2002). Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2003- 2006 dan telah menerima Anugerah Tokoh Tun Fatimah sebagai pelajar siswi terbaik pada majlis konvokesyen KUIS pada tahun 2006.

Seterusnya pada tahun Julai 2006, saya diberi peluang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006 hingga 2009 dan telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Di Raja pada majlis Konvokesyen UKM ke 37 pada tahun 2009.  Seterusnya saya di beri peluang untuk melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengajian Dakwah dan Kepimpinan pada  tahun 2009  hingga 2012 dan Ijazah Doktor Falsafah Dakwah dan Kepimpinan pada tahun 2014 hingga 2017 juga di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Memulakan kerjaya sebagai seorang tutor di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009  selama setahun sambil menyiapkan pengajian dperingkat sarjana. Kemudian menerima tawaran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara kontrak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan ditempatkan untuk berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selama 2 tahun (2010-2012). Setersunya setelah menamatkan pengajian di peringkat PhD saya ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pensyarah sambilan (sepenuh masa) (PTFT) selama 2 tahun di Universiti Teknologi Mara, Kampus Pasir Gudang, Cawangan Johor (2017-2018). Alhamdulillah pada 20 Januari 2019 saya telah berjaya melaporkan diri dan berkhidmat sebagai seorang Pensyarah Kanan, di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia sehingga kini. Sikap dan kesungguhan yang ditunjukkan saya telah dilantik sebagai Penyelaras bagi Matapelajaran Umum Universiti bagi kursus Falsafah dan Isu Semasa di peringkat UTM dan Penyelaras Sarjana Pengajian Islam secara Kerja Kursus. Saya juga diberi amanah untuk menjadi ahli jawatankuasa serta task force bagi beberapa program-program di akademi dan fakulti. Antaranya sebagai ketua kluster 3 (other publications) bagi jawatankuasa penerbitan peringkat Fakulti.

Saya sangat meminati bidang pendidika dan penyelidikan. Saya berhasrat menjadi seorang pendidik  yang berjaya serta dapat memberi manfaat kepada duniawi dan ukhrawi.  Saya berhasrat melahirkan pelajar-pelajar yang bukan berjaya dari aspek akademik sahaja malah melahirkan manusia yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang secukupnya supaya apabila mereka tamat pengajian dapat memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat. Alhamdulillah setelah 3 tahun  mengajar saya berjaya memperolehi anugerah blended learning untuk semua kelas yang diajar di samping mendapat penilaian E-PPP iaitu P5  beberapa  kali untuk tiap semester. Selain itu juga berpeluang melaksanakan kaedah aplikasi FREE bagi active learning dengan pelbagai pendekatan seperti Jamboard, group discussion, think pair shair, kahoot, quizziz, forum di e-learning  semasa sesi pengajaran dan pembelajran secara bersemuka dan juga secara dalam talian melibatkan semua kursus yang diajar. Berpeluang juga melaksanakan projek Tautan kasih dengan bertemakan “we care we share” bersama  golongan gelandangan di sekitar Bandaraya Johor Bahru yang mengenengahkan kaedah aplikasi FREE service learning di bawah kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) UICI1022  yang melibatkan pelajar dan staf FSSH pada tahun 2019 sebelum pandemik covid 19 melanda dunia.  Selain itu juga, dengan menggunakan kaedah Aplikasi FREE project based learning satu pertandingan inovasi sains dan teknologi secara prototype bagi kursus Pemikiran Sains dan Teknologi(UHIT/UICL2302).

Akibat dari penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia hari ini sesi pembelajaran dan pengajaran di UTM dijalankan secara dalam talian sepenuhnya terutama yang melibatkan kursus umum universiti. Maka pelbagai alternatif dan inisiatif pendekatan yang diusahakan bagi memastikan pelajar dapat menerima maklumat dengan baik serta dapat berinteraksi dengan pensyarah dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sama seperti pembelajaran secara bersemuka.Pembelajaran aktif dan  Pembelajaran berasaskan senario dengan  menggunakan kaedah digital dijadikan salah satu inovasi yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya Bersama para pelajar. Pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan senario ini sangat penting dan membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah. Jika sebelum ini, pelbagai aktiviti dijalankan secara bersemuka secara dalam kelas seperti debat, perbincangan dalam kumpulan, think pair share, one minute paper dan sebagainya, namun pembelajaran secara dalam talian tidak menghalang sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan aktif. Pelbagai kaedah digital dan aktiviti diinovasikan dalam kursus Falsafah dan Isu Semasa serta kursus Kaedah Dakwah dan Pengurusan yang diajar dengan menggunakan pelbagai sistem aplikasi yang pelbagai antaranya Jamboard, Mind Map dan Mentimeter, E-learning forum bagi menarik minat pelajar untuk terus aktif dan interaktif dalam kelas secara dalam talian. Selain itu juga pembelajaran berasaskan senario melalui online group discussion terutamanya dengan pelbagai kaedah digital dapat menanam sifat profesional dalam mengadakan perbincangan dalam kumpulan dan terbuka dalam menerima idea dan pandangan orang lain dalam menyelesaikan isu dan masalah yang diberikan. Akhir sekali, inovasi ini menunjukkan dengan pembelajaran berasakan senario bagi kursus umum ini pelajar dapat menghayati kursus yang dipelajari. Secara tidak langsung juga, mendorong pelajar untuk terlibat dalam sesi pembelajaran yang efektif antaranya faktor interaksi dan komunikasi yang baik antara rakan-rakan. Selain itu, hasil kajian turut menunjukkan kelebihan utama pembelajaran berasakan senario dengan menggunakan kaedah digitalisasi.

Di samping itu, saya juga meminati bidang penyelidikan dan berhasrat memperoleh geran dan dana penyelidikan mengikut kepakaran bidang saya yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk menyumbang kepada ummah hari ini. Bagi saya, pengajaran dan penyelidikan mempunyai hubungan yang sangat rapat.  Penyelidikan akan menjadikan  mutu pengajaran bertambah baik melalui  kajian-kajian yang dilaksanakan  manakala pengajaran dapat menjadikan penyelidikan lebih bermutu dan berkualiti  melalui perbincangan dalam  bilik kuliah bersama pelajar yang dapat mencambahkan idea-idea baru dan keperluan masyarakat hari ini. Alhamdulillah, beberapa bulan selepas melaporkan diri saya berjaya mendapatkan geran Fundemental Reseacrh Grant Scheme (FRGS) bertajuk Pembangunan Model Sokongan Sosial Berteraskan Komuniti dala Pemerkasaan Saudara Baru dengan memperoleh dana sebanyak RM48,000.00 dan juga Research University Grant Scheme Tier 2 bertajuk Keperluan Sokongan Sosial dalam Pemerkasaan Saudara Barudengan jumlah dana sebanyak RM10,000. Saya juga telah menyertai hampir 7 geran lain bersama rakan-rakan penyelidik  atas kemahiran serta kepakaran yang diperlukan dalam bidang saya bagi perkongsian serta pengetahuan dalam pengembangan ilmu. Satu networking grant bersama Universiti Teknologi Mara Kampus Pasir Gudang, Cawangan Johor iaitu Geran Pelancongan Penyelidikan Islam – Islamic Tourism Research Grant (ITRG) bertajuk Kajian Kesediaan dan keperluan Institusi Pondok untuk program “Pondok Stay” sebagai produk pelancongan Islam dengan jumlah dana RM25,000.