PERMULAAN SESI KULIAH SEMESTER BARU SESI 2022/2023

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi bermulany sesi kuliah semester 1 bagi sesi 2022/2023. Setelah hampir 2 tahun kuliah di jalankan secara atas talian disebabkan pandemik covid 19, pada semester ini kuliah mula dijalankan secara bersemuka. Debaran kembali terasa setelah lama tidak mengajar secara bersemuka. Suasana di UTM kembali meriah. Jalanraya di UTM kembali dimeriahkan dengan pelbagai pengangkutan yang menyusuri setiap lorong yang ada di UTM. Pelajar juga mula memenuhi dewan kuliah, perpustakaan, kafeteria dan segala ruang yang ada. MashaAllah. sangat indah. Alhamdulillah. Semoga segala urusan dipermudahkan, semoga kita dijauhi dari wabak-wabak penyakit seperti covid 19 ini lagi. Semoga UTM terus maju gemilang di persada dunia dalam menyumbang bakti kepada wata,

#kerana Tuhan untuk Manusia

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.