13-14 Oktober 2021 PROGRAM PERBINCANGAN MEJA BULAT PELAN TINDAKAN PEMERKASAAN WANITA NEGERI JOHOR SIRI 2/2021

Alhamdulillah, 13 – 14 Oktober selesai Program Perbincangan Meja Bulat Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dalam sesi libat urus pengumpulan data bagi pembangunan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dengan kerjasama rakan strategik, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Program ini merupaan platform perkongsian ilmu, kepakaran, input dan pandangan daripada pelbagai agensi dalam usaha membentuk sebuah Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor bersandarkan kepada objektif, iaitu menganalisis tindakan, peranan dan tanggungjawab wanita Negeri Johor dengan menggerakkan inisiatif-inisiatif bersesuaian bagi mencapai hala tuju dasar-dasar kerajaan khususnya yang berkaitan wanita di Negeri Johor.

Saya selaku ketua penyelidik dalam projek pembangunan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor ini merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim memberi amanah kepada UTM dalam membangunkan pelan ini. Moga pelan ini dapat disiapkan dengan jayanya dan dapat memberi manfaat dalam memperkasa wanita di negeri Johor khususnya.

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *