KAJIAN MORFOLOGI BANDAR PENGGARAM

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) telah membentangkan kertas kerja Kajian Morfologi Bandar Penggaram pada 22.8.2019 di Majlis Perbandaran Batu Pahat. Barisan penyelidik UTM diketuai oleh PM Dr Raja Nafida Raja Shahminan, selaku Pengarah KALAM. Kajian awal ini melibatkan barisan pakar penyelidik dari pelbagai bidang seperti Perancang Bandar dan Wilayah, Arkitek, Arkitek Landskap dan ramai lagi.

Merujuk Draft Rancangan Kawasan Khas Bandar Penggaram (2016-2025), Bandar Penggaram berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negeri yang merupakan Pusat Petempatan Utama di dalam Daerah Batu Pahat. Dalam konteks Rancangan Kawasan Khas, pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan potensi dan keadaan semasa di kawasan pusat bandar yang mempunyai kepelbagaian aktiviti ekonomi dan kewujudan zon warisan di Bandar Penggaram.

Kawasan kajian untuk Bandar Penggaram merangkumi kawasan seluas 985.18 ekar (398.69 hektar). Justifikasi sempadan kawasan kajian secara amnya berdasarkan faktorfaktor sebagaimana yang berikut:
i) Keperluan dalam mewujudkan semula aktiviti Bandar Penggaram.
ii) Kawasan Bandar Lama Bandar Penggaram yang berpotensi dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
iii) Keperluan dalam menaik taraf kawasan persisiran sungai Batu Pahat dan lingkaran hijau.
iv) Keperluan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan yang mempunyai bangunan bersejarah dan warisan
v) Keperluan menaik taraf sistem infrastruktur dan utiliti yang lebih efisien serta rangkaian perhubungan dan pengangkutan yang komprehensif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *