KAJIAN ORANG ASLI KANAQ

Kajian ini diketuai oleh Prof Dr Asan Ali Bin Golam Hassan @ Mohammad yang menggabungkan barisan penyelidik-penyelidik dari UTM, UMK, UNIMAS, KEJORA dan lain-lain. . Menurut kajian beliau, Orang Asli merupakan kaum minoriti yang terpingir daripada arus perdana pembangunan dan dikategorikan sebagai vulnerable segments of society. Di Semenanjung Malaysia terdapat seramai 178,197 Orang Asli sekitar 8% tinggal di negeri Johor. Di dunia hanya terdapat seramai 174 orang (30 keluarga) Orang Asli bangsa Kanaq (daripada suku kaum Melayu Proto) yang tinggal di Kg Selangi, dareah Kota Tinggi. Kajian ini akan mengenalpasti produk budaya dan hasil kesenian serta etnoarkeologi dan arkeologi masyarakat Orang Asli Kanaq (preserve local heritage) yang boleh dimajukan sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa. Kami juga melawat ke Cultural Village Meh Meri untuk mendalami dengan lebih dekat tentang budaya masyarakat orang asli.

Saya berterima kasih kepada Prof Dr Mohd Hamdan Bin Ahmad, kerana menjebakkan saya dalam kajian ini. Ia sebuah lagi pengalaman menarik untuk diteroka, mengenali seni budaya pelbagai orang asli serta berkerjasama bersama barisan penyelidik di dalam kajian ini merupakan pengalaman yang sangat berharga!

Lawatan ke Cultural Village Meh Meri

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *