GALERI KALAM UTM

23 Julai 2020 | GALERI KALAM UTM | Perasmian Galeri KALAM telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, PROF. SR DR. HISHAMUDDIN BIN MOHD ALI bersama Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), AR. TS. NORASLINDA BINTI ABDUL RAHMAN dan Mantan Pengarah PM DR RAJA NAFIDA BINTI RAJA SHAHMINAN. Majlis diraikan dengan kehadiran daripada Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Pasukan FABU, Pasukan Institute for Smart Infrastructure and Innovative Construction (ISIIC) bersama gabungan Pusat Penyelidikan CRC, CRES, FEC dan GEOTROPIK. Majlis dimeriahkan dengan pemberian replika cek kepada Dekan PROF. SR DR. HISHAMUDDIN BIN MOHD ALI, Wakil Pengarah ISIIC PM. DR. ABDUL RAHMAN MOHD SAM dan Pengarah Senibina PM. DR. ALICE SABRINA sebagai simbolik menghargai kerjasama di antara mereka.

Khazanah di KALAM didokumentasikan bermula tahun 1975 dan menjadi pusat penyelidikan secara rasmi pada tahun 1995. Kini, KALAM menjadi pusat rujukan tempatan dan antarabangsa. Selain daripada penyelidikan, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan professional, penerbitan, jaringan industri, perundingan serta menganjurkan kursus/seminar/persidangan dan lain-lain perkhidmatan yang memacu kepada pembangunan masyarakat dan Negara.

Galeri KALAM menempatkan khazanah warisan Negara yang sangat unik dan harus dipelihara. Ruangnya mempamerkan karya seni bina untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan dan luar Negara. Selain itu, ia menjadi medium pendidikan untuk memperkenalkan warisan Negara kepada generasi muda kini. Galeri ini mampu memberi inspirasi kepada pengunjungnya agar dapat menanam sifat cintakan warisan dan budaya Malaysia. Ia juga menjadi medan sosial seni sebagai jambatan penghubung untuk mempertemukan masyarakat dari pelbagai lapisan bagi membincangkan kepelbagaian budaya, gagasan, gaya hidup, ideology dan sebagainya. Galeri ini sangat kaya dengan sejarahnya, temui kami dan kenali budaya anda di Galeri KALAM UTM. Selamat Berkunjung!

MAJLIS PERASMIAN GALERI KALAM

GALERI KALAM UTM (SELEPAS)

PROSES NAIKTARAF KALAM UTM (SEBELUM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *