SENI BINA WARISAN NEGERI SEMBILAN 2020

Tahniah diucapkan kepada Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Politeknik Port Dickson kerana telah berganding bahu menerbitkan buku “Seni Bina Warisan Negeri Sembilan 2020” – ISBN: 978-967-10869-8-8

Senibina turut menjadi teras utama dalam Adat Pepatih untuk diketengahkan kepada masyarakat selain daripada kepimpinan, persempadanan, kesenian, gotong-royong dan lain-lain. Jalinan kerjasama erat dalam penyelidikan di antara pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan bersama-sama dengan institusi pengajian tinggi adalah usaha murni yang harus diberikan pujian dan sokongan dalam memastikan khazanah warisan bangsa tidak terpinggir akibat kehebatan ledakan era globalisasi.

Y.A.B DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Keunikan rumah tradisional Negeri Sembilan ialah mempunyai identiti tersendiri dengan setiap perincian senibinanya yang mengandungi maksud tersirat. Ini menjadikan rumah tradisional Negeri Sembilan memiliki keistimewaan yang tersendiri iaitu masih lagi kelihatan gah walaupun telah mencecah usia ratusan tahun.

Y.B. DATO’ DR. RAZALI BIN AB MALIK, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Senibina rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan Adat Pepatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini. Adat Perpatih dan faktor kedaerahan juga telah mempengaruhi senibina rumah tradisional di Negeri Sembilan. Selain itu, ia juga sering dikaitkan dengan sistem pemerintahan di luak-luak dan wilayah beradat. Setiap struktur binaan yang dihasilkan mempunyai nilai dan falsafah yang tersendiri seiring dengan gaya hidup masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih sejak turun-temurun.

Y.B TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.

Sememangnya ciri-ciri dan keunikan senibina rumah tradisional tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat yang amat berpegang teguh kepada Adat Perpatih dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni dan falsafah yang terkandung dalam Adat Perpatih berkait rapat dengan rumah tradisional yang menjadi tempat kediaman penyandang-penyandang pesaka adat.

Y.BHG DRS. SHAMSUDDIN BIN AHMAD, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Keunikan rekabentuk seni binanya yang berbumbung gonjong pada kedua-dua hujungnya membentuk identiti tersendiri. Namun, konsep dan falsafah rekabentuk tradisi ini sering dikatakan menyamai rekabentuk tradisional dari Minangkabau. Tidak dinafikan bahawa Negeri Sembilan terbentuk daripada golongan masyarakat Minangkabau yang berhijrah ke Negeri sembilan. Selain golongan ini, Negeri Sembilan juga terdiri daripada etnik-etnik awal yang telah lama menetap di Negeri Sembilan seperti etnik Melayu dan lain-lain etnik. Asimilasi yang terbentuk dikalangan etnik tersebut membentuk sebuah identiti baru yang akhirnya menjadi rekabentuk tradisi di Negeri Sembilan.

Ar. Ts. NORASLINDA BINTI ABDUL RAHMAN, Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), UTM.

Senibina warisan terutamanya rumah-rumah tradisional di Negeri Sembilan perlu diketengahkan bagi memberi maklumat kepada mesyarakat terutamanya anak jati Negeri sembilan tentang keunikan senibina tersebut. Usaha pendokumentasian ini adalah merupakan satu usaha bagi memperluas penyebaran sumber maklumat serta memberi peluang kepada mereka yang berminat dan ingin mengetahui secara mendalam mengenai senibina warisan dan khasnya kepada senibina rumah tradisional Negeri Sembilan.

LAr. Dr. NOOR HAYATI ISMAIL, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia.

Penghasilan buku ini merupakan satu platform kepada para penyelidik untuk berkongsi ilmu kepada semua pencinta bangunan warisan dengan cara yang lebih rinngkas, santai namun padat dan penuh informasi.

Dr. Hj. ISHAM BIN HASSAN, Penyelaras Center of Architecture Technology (CArT), Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

2 thoughts on “SENI BINA WARISAN NEGERI SEMBILAN 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *