Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan @UTM – 21 Mei Sehingga 3 Jun 2021

PKPD@utm

Situasi semasa pendemik COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Mei 2021 mempunyai jumlah kumulatif sehingga 505,115 yang terdiri dengan 449,694 kes sembuh 53,682 kes aktif dan 2,199 jumlah kematian (KKM,2021). Ujian saringan dan pengesanan kontak masih dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai dengan Kerjasama Pusat Kesihatan UTM. Sehingga 20 Mei 2021 sebanyak 54 kes positif daripada 351 saringan daripada Kluster Lingkaran Ilmu (BHonline, 2021).

Selaras dengan Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Kampus UTM Skudai telah dikuatkuasakan PKPD bermula 21 Mei 2021 sehingga 3 Jun 2021 yang bertujuan memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar. Pemasangan kawat besi berduri dilaksanakan di empat pintu keluar masuk UTM dengan hanya satu pintu utama sahaja dibuka sebagai laluan petugas khas PKPD dikawal ketat pihak berkuasa.

Sepanjang tempoh ini, staf UTM diminta untuk Berkerja Dari Rumah (BDR). Melalui data yang diperolehi dari Bilik Gerakan mendapati jumlah keseluruhan seramai 2,687 orang yang terdiri daripada 2,131 orang pelajar dan 237 keluarga iaitu kakitangan UTM yang membabitkan 556 orang berada dalam kawasan PKPD UTM. Segala keperluan dan kebajikan staf dan pelajar yang tinggal di dalam kampus akan diuruskan oleh MKN.

Berikut adalah antara pihak-pihak yang bertanggungjawab sepanjang PKPD@utm:

PDRM – Mengetuai hal berkaitan keselamatan dibantu oleh RELA dan Polis Bantuan UTM.

JKM dan APM – Agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan.

Felo dan Pembantu Felo UTM – Membantu urusan PKPD di UTM.

Ia juga membabitkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk MKN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Daerah Kulai, PDRM,Kementerian Kesihatan (KKM) , Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan (JKM), UTM, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), RELA dan Pejabat Kadi Daerah Kulai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *