PKPD UTM : KOLEJ PERDANA

Kolej Perdana (KP) diketuai oleh Dr Syamsul Hendra selaku Pengetua dengan dibarisi oleh Felo, Pembantu Felo serta Pegawai-Pegawai Kolej Perdana berganding bahu bersama-sama membantu urusan PKPD di UTM. Kerjasama erat ini bagi memastikan arahan kerajaan dipatuhi serta segala keperluan kebajikan pelajar dan staf di Kolej Perdana sentiasa dititikberatkan. Semasa tempoh PKPD UTM yang berkuatkuasa 21.5.2021 sehingga 3.6.2021, pelbagai pihak telah tampil memberikan bantuan kepada para pelajar dan staff UTM yang berada di dalam kawasan kampus. Kebajikan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa juga dijaga.

Organisasi kolej kediaman dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pentadbiran kolej dan pembangunan pelajar. Pengetua adalah eksekutif universiti yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kolej. Pentadbiran kolej berperanan menguruskan prasarana dan logistik kolej, ia dianggotai oleh Penolong Pengurus Asrama, Kerani, Penyelia serta Pembantu Am Rendah. Manakala, bahagian pembangunan pelajar pula dianggotai oleh Felo dan Jawatankuasa Kolej Pelajar (JKP). Tanggungjawab dan Tugas Felo Kolej Kediaman UTM antaranya adalah;

  1. Membantu perlaksanaan program pembangunan pelajar untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan kemahiran generik.
  2. Kolej kediaman bukan sahaja sebagai tempat tinggal pelajar, ia juga adalah sebuah pusat yang berperanan untuk pengembangan ilmu dan pembangunan sahsiah pelajar.
  3. Membantu dari masa ke semasa perkara-perkara yang diperlukan.

Pandemik Covid-19 memberi sebuah pengalaman baru kepada Felo dalam melaksanakan tugas demi membantu dan menjaga kebajikan pelajar. Berikut disertakan gambar-gambar kenangan semasa situasi PKPD di Kolej Perdana UTM.

Agihan makanan daripada agensi kerajaan dan swasta kepada pelajar Kolej Perdana UTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *