Di antara Soleh dan Musleh

Semalam saya diingatkan berkenaan pentingnya ada orang yang bukan sahaja fokus untuk menjadi orang baik tetapi terlibat di dalam memperbaiki masyrakat.

Selepas perbincangan tersebut, saya menerima nota ringkas ini:

———————————————————————

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِیُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمࣲ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ

Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, selama penduduknya Muslehun (orang-orang yang suka berbuat kebaikan. (Hud/11 : 117)

1. Ada perbezaan antara ( ٌصَالِح ) : Soleh dan ( ٌمُصْلِح ) : Musleh. Soleh : Orang baik untuk dirinya sendiri, sedangkan Musleh selain memperbaiki dirinya juga berusaha memperbaiki orang lain. Untuk menjadi orang Soleh lebih mudah, tetapi sukar untuk menjadi Musleh. Oleh itu, mari kita sama-sama berazam untuk menjadi insan-insan yang Muslehun.

2. Walaupun baik menjadi orang Soleh, tetapi lebih baik lagi jika berusaha menjadi Musleh. Orang Soleh biasanya disanjung dan dipuji, tetapi Musleh biasanya dimaki dan dicaci. Contoh mudah : Nabi Muhammad SAW dipuji sejak kecil lagi karena baik budi pekertinya sehingga dipanggil dengan “Muhammad Al-Amin” tetapi begitu Baginda diangkat menjadi Rasul Utusan Allah, Baginda mula dicaci dan dibenci karena Baginda cuba memperbaiki umat dari syirik, rasywah, zina dan lain-lain.

3. Musleh dapat menjadi penyebab Negara mendapat Redha Allah dan terselamat daripada bencana. Itulah rahasianya dalam ayat di atas Allah SWT menyebut “Selama penduduknya Muslehun”, dan Allah tidak menyebut “Solehun”. Itu sebabnya sungguh tepat kata-kata mutiara dari Ahli Hikmah : Satu orang Musleh adalah lebih baik daripada seribu orang Soleh.

———————————————————————

Pada pagi ini elok juga kita merenung kita ni termasuk di dalam golongan mana? Di dalam organisasi pun perlu ada ramai orang yang bersifat Musleh ini. Barulah organisasi menjadi teguh dan berprestasi tinggi serta mencapai matlamatnya.

Kalau mahu masyarakat dan negara selamat kena jadi Muslehun lah.

Tapi kena guna kayu ujur yang tepat (bukan berdasarkan nafsu sahaja) dan bersedia untuk buat kerja yang berat.

والله أعلم

Sumber : Nik Hasyudeen

Sekiranya kita dipihak yang benar sekalipun lalu apabila ada pihak lain menuduh kita dengan tomahan-tomahan yang tidak berasas maka tinggalkan perdebatan. Diam itu adalah hikmah. Dengan meninggalkan perdebatan itu, Allah SWT akan binakan sebuah rumah yang indah di dalam Syurga.

Demikianlah seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w di dalam sebuah hadith di dalam jaluran sanad yang baik.

Kata Nabi s.a.w,
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا، وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

“Aku menjamin rumah di Syurga di tepian, bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar dan rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan, sekalipun dusta itu untuk tujuan bergurau; serta rumah di Syurga bahagian atas bagi orang yang baik akhlaknya (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh Imam Al- Albani).

3 perkara yang kita jaga sebaiknya, maka Allah akan binakan sebuah rumah indah di Syurga dibahagian bawah(tepian), tengah dan atas iaitu orang yg meninggalkan perdebatan(persengketaan), meninggalkan dusta dan menjaga akhlak.

Sumber : MRJ

Hiasilah diri dengan adab dan akhlak mulia.

Islam meninggikan dan MENGUTAMAKAN orang-orang yang mahu menghiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia. Jika akidah hebat mana sekalipun tetapi akhlak buruk maka ia sama sekali tidak bermakna.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sebaik-baik kalian adalah yang paling mulia akhlaknya” (HR Bukhari dan Muslim)

Dan baginda s.a.w juga bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat tempat tinggalnya denganku pada hari kiamat adalah yang paling mulia akhlaknya” (HR. Tirmidzi, shahih)

Dengan adab dan akhlak mulia pulalah kelak pada hari kiamat timbangan kebaikan seseorang itu akan lebih berat daripada timbangan amalan yang lain sebagaimana sabda Nabi s.a.w, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat daripada akhlak yang mulia” (HR. Tirmidzi, shahih)

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI

Sumber :
~MRJ

Pahala kita lebih besar dari orang yang dermawan sekiranya kita ISTIQOMAH baca zikir ini selepas SOLAT FARDHU

1) Subhanallah 33X
2) Alhamdulillah 33X
3) Allahu Akbar 33X
4) Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir. (1X)

ASAR & ZIKIR PETANG

Sumber :

~MRJ

Di UiA dulu, saya ada seorang rakan. Memang jenis jujur dan telus orangnya. Tahun lalu, rakan saya ini kematian suaminya kerana kanser. Masih muda. Arwah mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan belum bersekolah.

Rakan saya ini menguruskan segala urusan yang sepatutnya dilakukan selepas kematiannya. Dia hubungi saya, apa perlu dia lakukan secara prosedur berkaitan hutang arwah?

Antara soalan yang dia tanya adakah dia patut menamatkan semua kad kredit arwah segera? Pada masa itu, dia sendiri masih bercuti beberapa bulan kerana menjaga arwah suaminya sejak sakit. Saya faham kekangan kewangan yang dihadapi. Anak dua, tidak bekerja.

Dia tanya lagi berkenaan bayaran terhutang dengan bank, cara penyelesaian. Kemudian berkenaan duit caruman KWSP. Banyak juga urusan yang perlu diselesaikan, terpaksalah dia turun naik ke sana dan sini.

Alhamdulillah, arwah pergi ada meninggalkan harta. Cara rakan saya ini betul-betul teliti. Dia pastikan hutang arwah selesai. Dia pastikan semua proses melibatkan urusan harta selesai. Begitulah sepatutnya, perlu disegerakan.

Ada kes yang dirujuk kepada saya selepas beberapa tahun masih tidak buat proses mentadbir pusaka, sehinggakan ada waris-waris sendiri meninggal dunia sebelum pembahagian. Ada kes bukan sahaja harta tidak dibahagikan hutang arwah langsung tidak berbayar.

Adalah 2 atau 3 kali rakan saya hubungi saya, kemudian dia tanya, “Beth, macam mana ya, dengan bahagian anak-anak akak ini. Kalau akak tersalah guna dan tersalah ambil bahagian mereka, sebab mereka anak yatim. Akak takut berdosa kerana tersalah guna bahagian mereka”.

Pertanyaan itu penuh dengan kejujuran, padanlah dia uruskan semuanya dengan teliti. Takut tersalah ambil bahagian tidak sepatutnya dan tidak dibayar hutang arwah itu dan ini.

Ya Allah, terkejut saya dengan ketelusannya itu. Betapa dia memikirkan setiap sudut sehingga bahagian anak-anak kandungnya juga dia teliti supaya dia tidak salah guna kuasa.

Zaman ini, banyak jenis manusia. Ramai yang saya jumpa jenis manusia hati kering yang tidak sedikit pun simpati mengambil harta anak yatim.

Saya juga pernah jumpa manusia yang tidak sedikit rasa simpati kepada waris si mati. Beberapa tahun dahulu, saya diminta oleh sekumpulan adik-beradik yang ingin melantik peguam untuk menjual rumah yang ditinggalkan si mati. Saya tolak untuk mengendalikan kes ini.

Si mati meninggalkan sebuah rumah untuk balunya yang telah tua. Tiada anak. Balu tidak mempunyai keluarga. Sebatang kara. Bahagian faraid diperolehi juga sebahagian kepada adik-beradik si mati, berdasarkan pengagihan. Mereka ingin halau si isteri keluar dari rumah, rumah dijualkan dan bahagi sama rata di antara semua.

Betapa harta boleh membutakan manusia. Tidak kasihankah kepada balu ini yang tiada anak dan tempat bergantung? Waktu arwah hidup adakah adik-beradik ada sewaktu susah dan senang sehinggakan layak mereka hendak menuntut hasil usahanya sewaktu hidup dan mengenepikan hak balu ini?

Tidakkah mereka mahu berlapang dada dengan melepaskan bahagian Faraid tersebut? Sekiranya waris bersetuju untuk melepaskan bahagian mereka, maka kiraan Faraid bahagian mereka tidak akan dikira. Tetapi berapa ramai manusia yang sanggup melepaskannya?

Kalau bercerita tentang harta si mati ini, macam-macam kisah, boleh jadi sampai berparang. Harta si mati adalah harta yang dibahagikan secara tiba-tiba hasil usaha si mati. Harta terpijak. Tambah pula kalau banyak, lagilah berisiko pembahagiannya. Pasti ada yang gelap mata dan tidak senang duduk.

Hidup ini hanya sekejap cuma. Kalau tidak ada belas, belum tentu kita bahagia dengan harta yang diwarisi dari penat jerih orang lain. Perlu ada pertimbangan dan perlu berlapang dada. Paling utama, jangan ambil hak anak yatim. Itu haram.

Sumber:
Oleh Nor Zabetha.

1. Jadikan melaksanakan solat diawal waktu itu sebagai satu perjuangan utama kita untuk mendapatkan Syurga. Solat adalah persoalan pertama ditanya yang akan ditanya diakhirat dan tidaklah bermaanfaat segunung kebaikan apabila kita tinggalkan solat.

2. Istiqomah zikir pagi petang. Lazimilah lisan kita dengan kata-kata yang bersih agar hati kita menjadi bersih. Ingatlah bahawa HANYA dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

3. Ambil lah seketika waktu dipenghujung asar untuk kita berdoa kerana ia adalah antara waktu yang mustajab doa. Mungkin akan ada masanya rezeki kita mendapatkan doa yang cepat dimakbulkan.

4. Melihat berita-berita semasa, kita lihat ada insan-insan yang menangis kerana mengamati@simpati terhadap orang lain yang kehilangan insan tersayang. Jadikan ia sebagai muhasabah agar kita dapat menjaga sebaiknya orang tersayang yang dekat dengan kita yg mana dia adalah milik kita.

5. Bagi yang masih memiliki ibu dan ayah dan dekat, maka baliklah menjenguk mereka kerana merekalah insan yang paling terbaik untuk kita berbuat kebaikan berbanding 1000 orang yang lain. Bagi yg jauh maka hubungilah mereka dan bagi yang sudah tidak ada maka kita panjatkan doa buat mereka.

6. Di dalam kita berukhwah@berkawan jagalah hubungan baik kita sesama muslim. Jika kita tidak mampu buat kebaikan kepadanya maka janganlah kita pula menyusahka dia. Memaafkan sebelum didatangi untuk memohon maaf adalah satu kemuliaan. Jangan kita cari musuh kerana hidup hanya seketika.

7. Jangan putus asa untuk sentiasa bertaubat kepada Allah meskipun kita merasa tidak ada dosa. Kerana dengan sering bertaubat itu ia adalah ibadah yang mengakrabkan hubungan kita dengan Tuhan dan membuatkan kita rasa kuat untuk istiqomah.

8. Ingatlah bahawa kesenangan juga adalah merupakan satu ujian. Justeru, sentiasalah mensyukuri nikmat Allah, redha dengan apa yang dimiliki serta jadikan akhirat sebagai matlamat yang kita perlu kejari. SEDARILAH apabila kita mati kelak, segala aset yang kita miliki tidak berguna lagi.

Sumber : MRJ

~MRJ

Apabila kita diuji dengan ujian yang berat, kehilangan orang tersayang sebagai tempat bergantung, kehilangan pekerjaan, terbeban dengan sesuatu yang tidak tertanggung maka ada TIGA PERKARA yang perlu kita lakukan agar ia dapat memberikan kita kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan.

Yang pertama, bangun untuk solat malam, pada ketika itu kita dekat dengan Tuhan dan itulah masa yang terbaik untuk kita meluah permasalahan kerana DIAlah yang menurunkan ujian dan DIA jua lah sahaja yang mampu untuk selesaikan. Janji Allah pada mereka yang bertahjud itu akan diiajabahkan permintaannya. Justeru gunakan ruang ini utk memohon pertolongan pada Tuhan. Jangan melayani perasaan dan membiar diri dalam kesedihan serta kemurungan.

Yang kedua, lihatlah keadaan orang yang lebih teruk diuji agar kita dapat merasa syukur atas ujian yang sedikit. Kita akan bertambah stress sekiranya kita merasakan bahawa hanya kita sahaja yg mengalami masalah yg paling besar sedang Allah SWT tidak menguji seseorang itu diluar kemampuan hambanya.

Yang ketiga, Nabi s.a.w mengajarkan satu zikir yang hebat, yang mana ia dapat mengobati perasaan stress yg kuat serta membukakan jalan2 penyelesaian kepada masalah. Zikir itu adalah

«لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَلِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ»

laa ilaaha illallohul ‘alimul halim, laa ilaaha illallohu robbul ‘arsy syil ‘adzim, laa ilaaha illallohu robbus samawati wa robbul ardhi wa robbul ‘arsy syil karim

“Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Pemilik ‘arsy yang agung. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah pemilik langit, pemilik bumi dan pemilik ‘arsy yang mulia.” (HR. Bukhari)

Perbanyakkan muhasabah diri atas ujian yang ditimpakan dan husnuzonlah (bersangka baik) pada Allah kerana pada setiap ujian yang diturunkan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sumber :

~MRJ

_*INGAT MATI menjadikan aku banyak DIAM dari berkata-kata*_

*_Mengingati mati adalah nasihat terbaik untuk kehidupan :’))_*

*Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini.*

*Dunia ini adalah tempat ’percaturan’ manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.*

*Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain.*

*Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.*

*Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud:*

*“Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang.*

*Jika pula ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”*

Sumber : Islamic Articles

#KUBUR_DAN_ZIARAH_KUBUR

Fekah di dalam membahaskan tentang perkara di atas ini ada di sebut di dalam beberapa hadith, namun saya menceritakan apa yang ada diceritakan di dalam dalil , mengikut cara pemahaman orang melayu agar mempermudahkan semua golongan yang membaca.

YANG PERTAMA – TENTANG KUBUR
1. Nabi s.a.w menyebut di dalam riwayat hadith yg shahih akan perkara yang tidak boleh dilakukan pada kubur.

a) Nabi larang membangunkan kubur dengan binaan seperti kepuk batu atau disemen atau ditinggikan dengan binaan batu
b) Diarang juga menulis kubur dengan ayat2 Al Quran.

Jadinya, sifat kubur itu tidak boleh dibuat apa2 pun binaan. Meninggikan tanah pada kubur agar tidak mendap maka ia tidak mengapa. Tidak salah meletak batu nisan sebagai tanda untuk mengenal ahli yg kematian. Menanam pokok ditepi nisan juga bukan yang di sunnahkan malah ia tidak memberi apa2 makna atau manfaat.

YANG KEDUA – ZIARAH KUBUR
Semua orang perlu hadam bahawa kubur bukan tempat untuk beribadah, namun mendatanginya dengan cara yang disunnahkan maka ia akan bernilai ibadah. Hakikat menziarahi kubur itu adalah untuk mengambil pengiktibaran, menginsafi diri dan mengingati kematian.

Justeru ada beberapa larangan yang Nabi s.a.w sebut ketika menziarah kubur iaitu

a) Nabi larang membaca Quran di kubur, hal ini jelas disebut di dalam dalil. Makanya, jangan kita bentang tikar, duduk berjamaah buat baca yasiin dan tahlil. Hal ini adalah perbuatan yg sangat ditegah oleh Agama tatkala Nabi s.a.w mengklasifikasikan perkara ini sebagai bid’ah. Jadi, apa yang perlu dilakukan? HANYA bertafakur mendoakan dan menginsafi diri.

b) Nabi s.a.w larang duduk di atas kubur, tidak kira di mana pun posisi kubur itu maka duduk diatasnya merupakan ancaman berat dari Agama . Nabi s.a.w tidak pernah duduk ketika menziarahi kubur dan tidak lama berziarah.

YANG KETIGA – AMALAN ADAT YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN AGAMA

a) Menyiram kubur dengan air mawar, hal ini tidak pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w dan ia tidak memberi apa2 pun manfaat kepada jenazah di dalam nya

b) Taburan bunga, ia adalah budaya Agama lain yg ditiru oleh masyarakat melayu. Zaman Nabi s.a.w , dipadang pasir mana ada pokok bunga.

Semoga dengan note ringkas ini menjadikan pedoman untuk kita sama-sama mengamalkan sunnah dan meninggalkan perkara-perkara yang bukan asalnya dari Agama.

Sumber :

~MRJ

Berehat seketika di R&R tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Sedikit tazkirah untuk dikongsi bersama, ketahuilah bahawa jodoh tidak pernah tersalah alamat. Ia adalah ketetapan yang telah ditakdirkan. Terimalah segala kekurangan, binalah ikatan kasih sayang dengan ikhlas dan pandulah kehidupan dengan mendekatkan diri dengan Agama.

Salah faham dan berselisih faham itu adalah pasti, namun ia perlu dikawal dengan tolerensi, kesabaran serta menahan marah. Tegurlah untuk memperbaiki dan bukan menyalahkan. Perbanyakkan ucapan sayang, berlembut di dalam berbicara dan bersikap give and take.

Usahakan untuk membahagiakan pasangan masing2. Ini adalah usaha bersama bukan hanya sebelah pihak. Sayangilah pasangan kita kerana Allah, laksanakan tanggungjawab kerana Allah dan tunaikan hak masing2 kerana Allah.

Semoga, kita diberikan kebahagian di dunia dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Saling memaafkan dan teluslah di dalam kepercayaan. Rindukan Syurga, dan buang semua perasaan negatif dan sandarkan tawakal kita kepada Allah, Insyaa Allah berkah.

Sumber : MRJ

~MRJ