Apabila kita diuji dengan ujian yang berat, kehilangan orang tersayang sebagai tempat bergantung, kehilangan pekerjaan, terbeban dengan sesuatu yang tidak tertanggung maka ada TIGA PERKARA yang perlu kita lakukan agar ia dapat memberikan kita kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan.

Yang pertama, bangun untuk solat malam, pada ketika itu kita dekat dengan Tuhan dan itulah masa yang terbaik untuk kita meluah permasalahan kerana DIAlah yang menurunkan ujian dan DIA jua lah sahaja yang mampu untuk selesaikan. Janji Allah pada mereka yang bertahjud itu akan diiajabahkan permintaannya. Justeru gunakan ruang ini utk memohon pertolongan pada Tuhan. Jangan melayani perasaan dan membiar diri dalam kesedihan serta kemurungan.

Yang kedua, lihatlah keadaan orang yang lebih teruk diuji agar kita dapat merasa syukur atas ujian yang sedikit. Kita akan bertambah stress sekiranya kita merasakan bahawa hanya kita sahaja yg mengalami masalah yg paling besar sedang Allah SWT tidak menguji seseorang itu diluar kemampuan hambanya.

Yang ketiga, Nabi s.a.w mengajarkan satu zikir yang hebat, yang mana ia dapat mengobati perasaan stress yg kuat serta membukakan jalan2 penyelesaian kepada masalah. Zikir itu adalah

«لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَلِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ»

laa ilaaha illallohul ‘alimul halim, laa ilaaha illallohu robbul ‘arsy syil ‘adzim, laa ilaaha illallohu robbus samawati wa robbul ardhi wa robbul ‘arsy syil karim

“Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Pemilik ‘arsy yang agung. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah pemilik langit, pemilik bumi dan pemilik ‘arsy yang mulia.” (HR. Bukhari)

Perbanyakkan muhasabah diri atas ujian yang ditimpakan dan husnuzonlah (bersangka baik) pada Allah kerana pada setiap ujian yang diturunkan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sumber :

~MRJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *