Awal Pagi Jumaat | 19 April 2024••••••••••••Usai solat subuh di Masjid Nabawi dapat berziarah Baqi’ al Gharqad @ Jannatul Baqi’ بقيع الغرقد / جنةالبقيع••Allahu Akbar … banyak manfaat dapat ditimba demi utk mengingatkan ttg erti kehidupan yang sebenarnya, kematian sesuatu yang pasti…••Ziarah bersama jamaah umrah Wira Saujana @wirasaujanatravel, diiringi oleh Ustaz Shakir dan Ustaz Umar.••Tanah al Baqi’ bersemadi didalam nya lebih 10,000 sahabat yang meninggal di Madinah…9 isteri Rasulullah saw bersemadi di al Baqi’Sayidina Othman Affan, Abdul Rahman Auf, al Abbas Abdul Mutalib, Fatimah binti Rasulullah dan anak-anak termasuk cucunda Rasulullah SAW juga bersemadi di al Baqi’…..••Wajar menelaah dan membaca ttg sejarah dan khabar al Baqi’ demi utk nengambil peringatan dan ilmu…••Sabda Rasulullah SAW:

  • كنتُ نهيتُكم عن زيارَةِ القبورِ ألا فزورُوها ، فإِنَّها تُرِقُّ القلْبَ ، و
    تُدْمِعُ العينَ ، وتُذَكِّرُ الآخرةَ
    Hadis dari Anas bin Malik : ( Aku melarang kamu dari ziarah kubur, maka sekarang ziarahilah kubur, ia akan melembutkan hati kamu, menitiskan air mata penyesalan, ingatkan kamu ttg akhirat )
    ••
    عن ابن عمر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من استطاع أن يموت بالمدينة فليمت بها، فإني أشفع لمن يموت بها”
    Dari Abdullah ibn Umar, Rasulullah bersabda: ( Sesiapa yang mampu utk meninggal di Madinah, maka meninggallah di sana. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat bagi sesiapa yang meninggal di Madinah )
    ••
    Benar, ziarahi kubur adalah titik utama dalam mencetak dan membina keinsafan dalam diri..
    Meninggal dunia di Madinah satu nikmat dan dikebumikan di al Baqi’ satu keistimewaan….

baqi’algharqad

madinahmunawwarah

Sumber Facebook : Ustaz Roslan Mohamed

Ibadah Umrah ni luarbiasa. Ia adalah rezeki daripada Allah, tidak kira siapa, tidak kaya atau miskin.

Sebab pengalaman teman, banyak yang teman jumpa jemaah Umrah yang tidak kaya, tetapi kerana keinginan dan sangkaannya baik dengan Allah SWT, akhirnya Allah jemput dia datang.

Dan ada juga yang teman jumpa orang yang kaya, di lisannya selalu sebut teringin nak pergi umrah, tapi kesungguhannya tidak ada, akhirnya sehingga meninggal dunia tidak sempat ke Tanah Suci, umrahpun tidak, hajipun tidak sempat. Sedangkan kemampuannya lebih daripada cukup.

Ada yang teman jumpa, bertahun-tahun rancang untuk ke Tanah Suci, namun sampai ke sudah tidak dijemput Allah untuk hadir.

Ada juga yang teman jumpa, dia plan nak ke Tanah Suci tak sampai sebulan, tup-tup dah sampai ke Tanah Suci.

Ini adalah soal rezeki. Allah beri rezeki pada hamba-hambaNya ikut pada kehendakNya, tidak lewat walau sesaat, dan tidak pernah salah alamat.

Sedikit tips yang teman nak kongsi, setelah mengenali beberapa orang yang pernah dijemput ke Tanah Suci ni:

  1. Perlu kuat sangkaan baik kita dengan Allah. Jangan ragu-ragu dengan rezeki Dia. Kalau Dia nak bagi, pasti Dia akan bagi, tidak siapa boleh menghalangnya.
  2. Perlu ada ikhtiar dan usaha. Jangan hanya berdoa sahaja. Allah nak tengok juga apa usaha kita. Bersungguh atau tidak.
  3. Banyak buat baik sesama manusia, termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kerana makhluk-makhluk Allah ni selalu mendoakan kebaikan yang kita lakukan.

in shaa Allah kita akan dikurniakan apa yang dihajati, dengan izinNya jua.

Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kita tidak ada pada alamat tersebut.

Wallahu a’lam

Sumber Facebook : Iman Muda Hassan Adli

jiwatenang

TAUHID: SETIAP YANG BERLAKU ITU KEHENDAK ALLAH

Kata Imam Manshur al-Maghribi, “Tauhid adalah melepaskan segala perantaraan dalam sebahagian besar keadaannnya dan kembali kepada perantaraan dalam masalah-masalah hukum. Sesungughnya kebaikan tidak mengubah celaka atau bahagian dalam takdirnya.”

Tauhid adalah tiada perantaraan melainkan terus dengan Allah

Kalaupun ada perantaraan berdasarkan hukum yang Allah tetapkan. Contoh: Doa yang Allah ajar sebagai ikhtiar. Allah ajar kita berubat, itu perantaraan. Yang menyembuhkan, Allah. Kita tidak ada perantaraan melainkan yang Allah suruh.

Misalnya, Rasul sebagai perantaraan untuk kita kenal Allah, Allah tetapkan.
Ikhtiar, sebagai perantaraan yang Allah tetapkan tapi hakikat, antara kita dengan Allah tidak ada perantaraan.

Begitu makna Tauhid.

Al-Junaid al-Baghdadi bila ditanyakan ciri-ciri Tauhid orang yang Istimewa –

Kita, Iman kita berbeza-beza.
Ada orang iman dia lebih kuat daripada orang lain.
Ada orang ini iman dia lebih lemah.

Di kalangan hamba-hamba Allah ini ada yang terpilih di kalangan Rasul-rasul, para Ulama, para Siddikin. Bagaimana iman, Tauhid mereka?

Kata Imam Junaid al-Baghdadi, keadaan tauhid mereka melihat diri dan keadaan mereka di hadapan Allah. Semuanya. Mereka tidak melihat diri mereka secara ikhtiar, kekuatan, kepandaian. Apa pun mereka hanya nampak Allah.

Mereka tak nampak pengkabulan doanya melainkan mereka nampak apa yang Allah tetapkan itu baik.

Orang-orang macam kita, iman orang macam kita, kita nak sesuatu dalam doa kita lalu kita pun berdoa biar kita dapat benda yang kita nak. Bila kita tak dapat benda kita nak, kita mula terganggu, goyang. Kita mula rasa tak untung kita, rasa macam tak bertuah sebab Tauhid kita lemah. Tapi orang-orang yang Istimewa, semua yang dia nampak ialah Allah dalam kehidupan dia, dia tak nampak kehebatan diri dia,

  • Pandai
  • Gagah
  • Lawa

Takda. Semuanya daripada Allah

قُلْ كُلٌّۭ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ ۖ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah.”

(Surah An-Nisa, 78)

Dia berdoa, Allah berikan macam dia nak, ataupun Allah beri bukan macam dia nak, maka itu pilihan dia. Dia tahu itu baik untuk dia.

Kita orang yang lemah iman, misal kita berdoa nak berjaya.
Tiba-tiba gagal, kita kata, “Doa tak mustajab..”
Orang macam kita, macam tulah.

Kita doa, minta penyakit sembuh. Tiba-tiba tak sembuh kita kata, “Doa tak mustajab..”

Sedangkan di sisi orang yang Tauhidnya Arif-Billah, dia tak kata doa dia tak mustajab kerana doa ini satu cara yang Allah suruh untuk dia mohon dalam masa yang sama, keyakinannya,

  • Apa yang Allah tetapkan itu lebih baik daripada apa yang dia mintak

Kehidupan kita, doa dah banyak. Umur masuk 50 tahun doa banyak, banyak mana doa yang kita doakan akhirnya kita sendiri tak setuju dengan apa yang kita mintak. Kita doa nak kerja, dapat kerja tu akhir kita berhenti.
Kita doa biar dijumpakan jodoh dengan yang ini, akhir kita yang bercerai.
Kita doa biar dapat anak-anak, tapi kita akhirnya buang anak-anak.

Bukankah kita lihat kehidupan manusia, sebab itu orang yang Tauhidnya peringkat Istimewa, dalam doanya dia melihat kepada takdirnya, bukan pada pengkabulan. Apa yang Allah takdirkan itu baik untuknya.

Kata Imam Junaid lagi, “kerja orang Tauhid (yang dekat / Istimewa) ini hanya nak mendekat kepada Allah.”

Inilah jiwa Tauhid yang betul, dia nak mendekatkan diri kepada Allah ketika ramai nak mendekatkan diri kepada makhluk. Tercipta Facebook dan sekian ini semua nak ajar kita dekat dengan makhluk, akhir kita cenderung dengan pujian manusia hatta kita ambil-kira apa yang manusia cakap.

Hatta kadang-kala kita ambil kira apa yang manusia sokong kita, walau membelakangi agama. Asalkan orang sokong, itu kita, watak kita. Watak orang-orang yang Tauhid-nya bermasalah. Tapi orang yang Tauhidnya jelas bahawa kerja, tugas dia untuk dekat dengan Allah, dengan apa cara sekalipun.

Kata Syeik Junaid al-Baghdadi, ‘dia akan seperti orang terakhir yang kembali ke awalnya sehingga dia menjadi seperti semua sebelum adanya.’

Bila kita melihat diri kita daripada awal hingga akhir perjalanan hidup, manusia bila dia memahami tentang perjalanan hidup dia, tahu dia bahawa istilah

  • Awal
  • Akhir

Hanya pada perkiraan kita, realiti manusia ini Allah telah tetapkan ciptaannya. Kita tengok kita datang tahun ini dan ini, tapi realitinya kita manusia diciptakan, dihimpunkan dalam satu tempat. Di alam ruh, lalu Allah berfirman:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

(Surah Al-A’raf, 172)

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ
Bukankah Aku Tuhan kamu?

Sebelum Allah menyusun manusia ini dalam tempoh bila dia akan keluar, realitinya kita berada pada satu zaman. Itu realitinya, ketikamana Allah menciptakan Adam a.s dan Adam a.s menziarahi semuanya dan salah-satu diziarahi ialah Nabi Daud a.s

Lalu Adam a.s bertanya, “Ya Allah ini siapa?”

Lalu dijawab, “Ini salah-satu keturunan kamu yang akan menjadi Nabi.”

“Siapa namanya?”

“Daud.”

“Berapa umurnya?”

“60 tahun.”

Kata Adam a.s, “Pendeknya umur, bolehkah dipanjangkan umurnya?”

Kata Allah, “Boleh dengan syarat, umur kamu diberi kepadanya. Umur kata wahai Adam, 1,000 tahun.”

Lalu Adam a.s sanggup berikan umurnya 40 tahun, sehingga umur Nabi Daud a.s 100 tahun.

Ketetapan umur kita telah ditetapkan, hidup – mati kita. Kita lihat manusia ini mula, akhir dan akhir sekali kita tahu kita daripada satu perkara yang sudah ditakdirkan semuanya, sebelum Allah ciptakan kita, Allah dah tetapkan semuanya.

Maka inilah dia Tauhid, kita mengetahuinya.

TOKKU PASIR GUDANG

LIMA (5) PERKARA PEROSAK HATI

Ulama kata rosak hati menyebabkan kita bertangguh dalam amal kebaikan, kata Ulama ada 5 perosak hati.

  1. Banyak bercampur dengan orang

Tapis kawan, boleh sebab terganggu hubungan dengan Allah. Nak buat baik kena mujahadah, nak buat jahat tak payah mujahadah. Buat baik bak panjat gunung, namun apabila berada di puncak terasa indahnya.

Bergaul banyak membahayakan hati. Kawan cuai, dia pandang rendah akhirat, bimbang kita terpengaruh

  1. Berangan kuat, bila berangan hal dunia akan kacau hati sehingga gopoh gapah

Ingat, rezeki tak didapati dengan gopoh. Gopoh tak menjadikan ia datang cepat atau lambat. Rezeki datang dalam sukatan Allah kehendaki.

  1. Bergantung selain Allah. Hidup bergantung pada makhluk habis, rosak hati. Allah sayang kita, Allah jadikan orang yang kita bergantung ini hilang maka bergantung pada Allah.
  2. Banyak makan merosakkan hati, malas ibadat. Sebab itu syariat puasa, berehat makan panjang sehingga 12 jam – 14 jam.
  3. Tidur banyak memendekkan usia, menghilangkan akal, meluputkan peluang, menghilangkan kesempatan. Tidur banyak menyebabkan malas.

Orang rajin dia tidur sikit, kadang tak sempat tidur.

Ini 5 perkara perosak hati.

TOKKU PASIR GUDANG

Pengajian Kesufian
Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 44. Kematian- Siri 8
Kitab: Risalah Qusyairiyah
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Terbitan: Pustaka Amani Jakarta
12 April 2024 | 3 Syawal 1445H

jomsebarluaskankebaikan

Pengajian ini juga boleh diikuti di saluran Youtube rasmi kami di Tokku Pasir Gudang Official.

Sahabat, seronok kan?? Sekali sekala dapat BALIK berkumpul dengan sanak saudara? Begitulah…. betapa seronoknya kelak bila kita “balik ke kampung abadi”. Pastikan ia menjadi kepulangan yang benar2 membahagiakan. Berkumpul tanpa ada pisah2nya lagi. Amiiin.

Hari ini, ada orang menangis gembira saat berjumpa. Menangis juga saat ingin berpisah. Entah tahun depan dapat bersama begini lagi atau sebaliknya. Sedarlah kita, semua perkara pun ada MASA dan FASAnya. Yang bertemu pasti berpisah. Yang muda kan jadi tua. Yang kini ada, bakal tiada. Itulah lumrah dan fitrah. Manusia mati. Dunia fana’.

Ayuh!! Dalam perkumpulan2 kita, sama2 selitkan satu peringatan. Tentang AKHIRAT. Ya, pastikan semua kesayangan kita punya matlamat; “nak jumpa lagi di akhirat”. Di dalam SYURGA, tempat istirahat terpaling nikmat. Amiiin..

Indah. Bila semua kita bermatlamat sama. Semua akan saling senyum, berlapang dada dan bertemu berpisah pun penuh kasih sayang. Syawal ini sahabat, usah mencetak marah, benci apatah lagi dendam. Sebaliknya, tahniah!! Yang berjaya menyatukan di kalangan saudara yang berpisah2. Islah!! Kalian pasti dimuliakan Allah.

Walau apapun terjadi, biar disakiti..usah kita yang menyakiti. Biar dibenci, usah kita yang membenci. Hidup ini hanya hilang erti bila kita terlupa matlamat dan asal usul diri. Berasal dari syurga, akan balik semula ke syurga. Ingat iblis yang sentiasa dengki! Ia berasal dr syurga, Allah campakkan kekal di neraka…gigih sungguh depa nak bawak kita bersama! NO!! Baiti, jannati. MyFamily wajib bersatu di Firdausi.

Boleh ye sahabat??
Hati2 yang nak balik dari kampung. Banyakkan zikrullah dengan senyuman; mengingatkan indahnya sebuah pertemuan. Maafkan setiap orang yang pernah menyakitkan. Selamat menempuh jalan2 KEBAHAGIAAN.

Salam sayang dari KULIM Kedah.

Sumber Facebook : Ustazah Muzayanah

5 PERHIASAN WANITA SELAIN DARI PAKAIAN.


Arwah ibu saya selalu mendidik dan berpesan kepada saya begini:

  1. Senyum adalah perhiasan terbaik wanita. Kata ibu, seorang wanita yang sederhana pun akan nampak sangat manis dan cantik jika selalu tersenyum. Dan seorang wanita yang cantik semulajadi akan hilang seri dan kurang digemari jika sering bermasam muka. Seperkara lagi, orang yang sering bermasam muka ini cepat tua, kata ibu.

  1. Jadi wanita yang berilmu. Ilmu adalah pakaian wanita. Orang yang miskin pun akan menjadi hebat jika berilmu. Orang berharta pun akan tetap tidak bernilai jika tiada ilmu. Pengertian ilmu ini sangatlah luas. Termasuk berilmu tentang agama, pengetahuan am, mestilah tahu serba sedikit hal semasa, perihal penjagaan diri, adab, cara bertutur dan banyak lagi. Sebab itulah, cari dan dalami ilmu setiap hari. Anda boleh baca 5 mukasurat buku setiap hari atau mendengar buku audio ketika bersiap setiap hari.

  1. Jauhi diri dari kesombongan. Orang yang paling rugi adalah orang yang suka menyombong diri. Kata arwah ibu, orang tidak suka kepada orang yang sombong. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan diri. Sebaliknya hendaklah selalu merendah diri. Contohnya, ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, meskipun kita mungkin tidak sependapat dengan mereka, belajar untuk diamkan diri sahaja. Agar kita dapat menjaga hati dan kerana menghormati mereka. Jangan sombong dengan orang miskin juga. Jangan menunjuk dengan orang yang tidak ada.

.

  1. Bersopan santun dan berbudi bahasa. Kata ibu, kebaikan akan dikenang sepanjang masa. Namun jika sekali kita buat tidak baik kepada orang, ianya akan dikenang sampai bila-bila. Sebab itu, ibu pesan untuk bersopan santun dan berbudi bahasalah selalu. Ini juga adalah pakaian buat wanita. Ianya juga akan melambangkan anda mendapat didikan yang baik dari orang tua.

.

  1. Keimanan. Tak tahu bagaimana untuk ditulis tentang ini. Namun orang dulu-dulu punya cara tersendiri untuk mendidik anak mereka tentang agama. Ianya sangat melekat di hati. Keimanan yang asas seperti bersolat, ingat pesan ibu walaupun jauh dari mata dan tanpa pantauan dari telefon (kerana kami tidak ada telefon bimbit waktu itu yang mana ibu kita boleh telefon selalu. Anda faham bukan?)…. Keimanan asas selain solat 5 waktu, berpuasa, mesti tahu mengaji, tidak berbohong, mentaati ibubapa, mentaati suami, menjaga ukhwah dan banyak lagi. Keimanan (biarpun sedikit) wajib ada pada wanita dan ianya juga adalah pakaian wanita.

Wanita jangan terlalu sedih jika tidak mampu membeli pakaian serta perhiasan yang cantik dan mahal seperti orang lain ya. Jika anda ada 5 perkara ini, anda adalah seorang yang sangat berharga. Semua ini adalah jauh bernilai dari segala perhiasan yang bersifat material.
.

Sumber Facebook : Dzuriasikim Dzulkefli

3 Syawal 1445 Hijrah (Jumaat)

TEMPOH SAKARAT SEKEJAPAN ATAU BERBULAN DILIHAT KEPADA AMAL SOLEHNYA

Kata Nabi SAW, ‘Setiap hamba akan melalui detik-detik kesakitan mati.”

  • Mesti, bagi orang beriman kesakitan mati ini kafarah kepada dosa-dosanya, penambah pahala dan pengangkat darjatnya
  • Bagi orang kafir, bermula azabnya.

Orang beriman, orang yang baik-baik sakit mati ini tujuannya untuk menghapuskan dosa-dosa berbaki, dan untuk beri pahala yang masih tersisa di dunia untuk dia dapat – pahala akhir dia dapat, dan untuk mengangkat darjat dia.

Sakarat ini juga dirasai para Nabi a.s, al-Imam al-Qurtubi menceritakan bagaimana kesakitan sakaratul maut Rasulullah SAW, sehingga Rasulullah SAW kesakitan yang membawa kepada kematian Baginda SAW, menyebutkan:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي على غمرَاتِ الموْتِ وَسَكَراتِ المَوْتِ

“Ya Allah bantulah aku untuk menghadapi kesakitan kematian ini.”

Dan Rasulullah SAW mencelup tangan ke dalam bejana air, dan menyapu wajah Baginda SAW.

Kata Imam al-Qurtubi, para Nabi a.s dan para Rasul juga melalui detik kesakitan mati. Kerana apa? Untuk mengangkat darjat, dan supaya kita tahu bahawa inilah hikmah ujian yang akan dilalui semua manusia.

Contoh: Kita dulu baru lahir, semua keluar menangis. Isteri, ibu melahirkan anak mesti sakit sebagai satu ujian. Sama ada operation atau beranak biasa, sakit. Dan anak-anak yang dilahirkan menangis.

Demikian kita nak tinggalkan dunia ini, kita akan melalui detik-detik sakaratul maut. Dan setiap orang mesti berusaha bagaimana menangani sakaratul maut, kerana sakaratul maut ini peringkat-peringkat berbeza antara satu sama lain.

Ada sakaratnya begitu berat sehingga memakan masa berbulan-bulan, ada yang begitu cepat dan ada sebaliknya dia menikmati proses itu. Maka semuanya bergantung kepada bagaimana amalan, ketaatan dilakukan.

TOKKU PASIR GUDANG

FITRAH ORANG PEREMPUAN TIDAK SESUAI MENGADAP KEMATIAN ORANG TERSAYANG

Mereka para Ulama berpesan, “Bila aku dekat nak mati jangan biarkan perempuan dekat dengan aku kerana mereka pasti menjerit, menangis, melolong. Biar para lelaki budiman yang berakal (bersama aku).”

Orang perempuan ni dia emosi, bila tengok suami sakit nak mati dia mula menangis. Dia mula menjerit, bahasa-bahasa emosi dia. Ini fitrah wanita, memang jenis menangis. Maka tidak sesuai waktu seorang lelaki nazak, perempuan mengelilinginya. Kerana perempuan dalam situasi itu terlalu emosi, kena orang dia sayang,

Dia menangis,
Dia menjerit.

Sebaik-baik di sisi lelaki, lelaki yang hebat yang kuat.
Lelaki ini duduk dekati orang yang nak mati dengan berkata perkataan yang baik, “Semoga Allah ampunkan kamu..
Semoga Allah mudahkan perjalanan kamu..
Allah masukkan kamu dalam Syurga. Jangan bimbang.. kamu akan bertemu Tuhan yang Maha Pemurah. Allah takkan sia-siakan amalan kamu..”

Tuan-tuan, sebut kata-kata ini.

Saya menziarahi seorang lelaki yang nazak, dalam keadaan dia dah tak perhati orang bercakap apa, tapi saya bercakap dengan dia dan saya yakin dia dengar.
“Rahmat Allah.. setiap kebaikan Allah beri pahala, dan setiap dosa dibuat semoga Allah ampunkan..”

Meleleh air mata dia, semangat dia akhirnya dia meninggal dunia.

Itu yang patut dilakukan oleh semua orang-orang yang berada di sekitar orang yang sakit, yang membawa kepada kematian. Elakkan orang-orang nazak ini dikelilingi wanita, khususnya cuma menjerit, menangis. Dan hal-hal yang menjadikan pesakit ini lagi sedih.

Dia (yang sakit) ini nak buat perjalanan bertemu Allah.
Tapi ini isteri menangis,
Adik perempuan menangis, menjadikan dia lebih sedih.

Sedangkan dia akan buat perjalanan, bukan perjalanan sedih tapi perjalanan agung bertemu dengan Allah. Pencipta.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG

KEMATIAN: HIDUP DALAM MENGINGATI ALLAH, MATI JUGA INGAT ALLAH

Tajuk ke-44, menceritakan tentang keadaan orang-orang beriman, orang-orang soleh, orang-orang yang baik ketikamana ruh mereka meninggalkan jasad (kematian).

Setiap manusia akan melalui fasa ini secara wajib.

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Ali-Imran, 185)

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ
Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.

Kematian yang dilalui manusia, Allah SWT akan tunjukkan detik-detik kematian itu bukan sekadar dialami oleh orang yang mati, tapi diperhatikan oleh orang yang hidup supaya mereka memilih untuk mati bagaimana –

  • Baik; atau
  • Sebaliknya.

Dalam tajuk ini dikisahkan kisah-kisah kematian yang baik, bagaimana mereka orang-orang soleh melalui detik-detik kematian dengan penuh kemuliaan. Sebagaimana hidup mereka mulia, mati mereka juga mulia. Bagaimana mereka menghadapi kematian dengan penuh mengharapkan pengampunan Allah dan takut akan azabNya.

Bagaimana mereka menghadapi kematian ini dengan segala kejadian-kejadian yang memuliakan mereka, dan memuliakan kehidupan mereka dan menunjukkan bahawa itulah kebiasaan kerana bila kita mati akan dizahirkan kebiasaan kita.

Jenis biasa menyanyi, dekat mati dia menyanyi
Jenis baca al-Quran, dekat dia mati dia akan baca al-Quran.

Kalau jenis biasa pemarah, dekat mati dia akan tunjuk pemarah dia,
Jenis solat, dekat mati dia akan melaksanakan solat.

Manusia akan menzahirkan dekat matinya, apa yang menjadi kebiasaan dia, kerana itulah kita diajar, diperintahkan membiasakan diri dalam ketaatan supaya nanti bila dekat kematian kita, ketaatan itu juga yang kita buat.

Dengan ketaatan itu kita dimuliakan oleh Allah SWT.

Kita lihat bilamana Allah menyebut dalam al-Quran,

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمُ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

“(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.”

(Surah An-Nahl, 32)

  • Orang-orang yang bila datang Malakul Maut kepada mereka, mengambil nyawa mereka, mereka berada dalam keadaan yang baik melakukan ketaatan kepada Allah, lalu Malaikat ini akan berkata kepada mereka,

“سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمُ..”
Salam Sejahtera ke atas kamu.

Salam Malaikat ini bagi menggambarkan perjalanan hidupnya ini selamat. Perjalanannya menuju ke alam barzakh itu dipelihara oleh Allah. Kerana itu Malaikat berkata sesudah itu,

ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan apa yang kamu lakukan.

Kita tengok bahawa Syurga ini tak boleh masuk melainkan selepas hisab, selepas Hari Kiamat di mana manusia dihimpunkan, diadili. Bagaimana ayat ini mengatakan dia itu mati, dan masuk Syurga?

  • Untuk menunjukkan kematiannya yang baik ini, menuju ke Syurga.

Seumpama kita lihat orang yang baca buku, dia peperiksaan dengan baik walau belum keluar keputusan kita kata, “Kamu akan berjaya. Kamu akan ke menara gading (universiti).” Dan ini kerana setiap hamba Allah bilamana dimasukkan ke kubur, diperlihatkan Syurga / Neraka.

Dikatakan kepadanya, “Inilah Neraka patut yang kamu akan masuk jika kamu lakukan maksiat kepada Kami, tapi Allah selamatkan kamu. Dan inilah Syurga yang disediakan di atas kebaikan kamu, maka bersyukurlah.”

Bahkan bahawa seorang manusia itu tidak akan mati melainkan dia melihat tempatnya di Syurga atau Neraka. Saya, kita nak mati, kita takkan pejamkan mata kita melainkan kita tengok di mana tempat kita (Syurga atau Neraka). Maka ini para Malaikat yang datang, Malakul Maut dia akan ucapkan tahniah, menyampaikan salam daripada Tuhan, kalau si mati orang yang baik.

Dan sebaliknya, dikeji orang-orang yang jahat,
Ditunjukkan tempat mereka di Neraka, yang menjadikan mereka ketakutan!

Walaupun belum dimasukkan ke dalam Neraka.

Dalam hadis Nabi SAW berkata,
“Sesungguhnya seorang hamba hendaknya mengubati kesusahan kematian dan sakaratul maut. Setiap anggota badan saling mengucapkan salam perpisahan satu sama lain dengan mengatakan, ‘Alaikassalam, kamu akan berpisah denganku dan saya akan berpisah denganmu sampai hari Kiamat.”

Sesungguhnya setiap hamba itu akan melalui detik-detik kesakitan mati –

Macam mana kita mati? Accident motor, kereta, terhempas kapal terbang, mati kerana penyakit, berperang?

Setiap mati ini akan melalui sakaratnya (nazaknya), melainkan apa yang disebutkan oleh Nabi SAW, beberapa mati yang dikecualikan seperti mati syahid, Allah mudahkan kematian dia. Namun secara umum semua orang akan menghadapi sakarat.

Kata Nabi SAW, ‘Setiap hamba akan melalui detik-detik kesakitan mati.”

  • Mesti, bagi orang beriman kesakitan mati ini kafarah kepada dosa-dosanya, penambah pahala dan pengangkat darjatnya
  • Bagi orang kafir, bermula azabnya.

Orang beriman, orang yang baik-baik sakit mati ini tujuannya untuk menghapuskan dosa-dosa berbaki, dan untuk beri pahala yang masih tersisa di dunia untuk dia dapat – pahala akhir dia dapat, dan untuk mengangkat darjat dia.

Sakarat ini juga dirasai para Nabi a.s, al-Imam al-Qurtubi menceritakan bagaimana kesakitan sakaratul maut Rasulullah SAW, sehingga Rasulullah SAW kesakitan yang membawa kepada kematian Baginda SAW, menyebutkan:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي على غمرَاتِ الموْتِ وَسَكَراتِ المَوْتِ

“Ya Allah bantulah aku untuk menghadapi kesakitan kematian ini.”

Dan Rasulullah SAW mencelup tangan ke dalam bejana air, dan menyapu wajah Baginda SAW.

Kata Imam al-Qurtubi, para Nabi a.s dan para Rasul juga melalui detik kesakitan mati. Kerana apa? Untuk mengangkat darjat, dan supaya kita tahu bahawa inilah hikmah ujian yang akan dilalui semua manusia.

Contoh: Kita dulu baru lahir, semua keluar menangis. Isteri, ibu melahirkan anak mesti sakit sebagai satu ujian. Sama ada operation atau beranak biasa, sakit. Dan anak-anak yang dilahirkan menangis.

Demikian kita nak tinggalkan dunia ini, kita akan melalui detik-detik sakaratul maut. Dan setiap orang mesti berusaha bagaimana menangani sakaratul maut, kerana sakaratul maut ini peringkat-peringkat berbeza antara satu sama lain.

Ada sakaratnya begitu berat sehingga memakan masa berbulan-bulan, ada yang begitu cepat dan ada sebaliknya dia menikmati proses itu. Maka semuanya bergantung kepada bagaimana amalan, ketaatan dilakukan.

Rasulullah SAW menyatakan bila datang sakaratul maut semua anggota badan mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain. Tangan kanan berkata kepada tangan kiri, “Wahai tangan kiri.. aku akan berpisah denganmu dan kamu akan berpisah denganku.”

Kaki kanan berkata kepada kaki kiri, “Wahai kaki kiri.. hari ini kita berpisahlah.”

Lalu gigi atas berkata kepada gigi bawah, “Kita berpisah hari ini..”

Bibir atas berkata kepada bibir bawah, dan seterusnya. Setiap anggota badan kita ini saling mengucapkan selamat tinggal. “Selamat tinggal.. kita akan berpisah.”

Seluruh anggota jasad ini akan mengalami proses penghancuran, satu-persatu. Kaki kita, lutut.. semua. Nabi SAW kata, “Rawatlah, hadapilah sakaratul maut dengan cara yang baik..”

Maka jasad-jasad, anggota badan ini bilamana melakukan ketaatan, kebaikan mereka akan bergembira dengan perpisahan itu kerana mereka selama bersama, dalam ketaatan kepada Allah.

  • Kaki kanan dan kiri, seiring ke masjid
  • Tangan kanan dan kiri seiring dalam melakukan infak
  • Bibir atas, bawah seiring berzikir, memuji, berdoa kepada Allah
  • Mata kanan kiri seiring dalam melihat kebaikan dan kebesaran Allah

Seluruh badan ini saling mengucapkan selamat tinggal, dan saling tahniah atas kebaikan yang dilakukan. Maka ini diajarkan oleh Nabi SAW supaya kita ini, setiap anggota badan kita ini ciptalah kebaikan supaya mereka kelak) berpisah dengan baik.

Sebab itu mana-mana antara anggota kita buat jahat, maka cepat-cepat gantikan kejahatan tadi dengan kebaikan. Kata Nabi SAW, “Ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan..”

Kata Imam Ibn Arabi, “Kami mengambil perjanjian di mana tempat kami berbuat maksiat tidak akan kami tinggalkan sehingga kami berbuat taat.”

  • Mana tempat kita ada buat maksiat, maka tempat ini jangan kita tinggalkan melainkan kita cepat-cepat buat ketaatan kepada Allah, sebab setiap tempat akan menjadi saksi di hadapan Allah atas perbuatan kita.

Tuan-tuan kena ingat, tempat-tempat percuma? Tak perdulikan kita? Semua jadi saksi, langit, bumi, kiri kanan, langit, bumi, pokok, batu batan. Sebab itu disebutkan dalam hadis,

“Jika kamu bersendirian hendaklah kamu melaungkan azan kerana suara azan didengari mana-mana makhluk Allah akan menjadi saksi Allah Akhirat kelak.”

Kita bukan sekadar sebagai satu amanah buat kebaikan, bahkan tempat-tempat kita duduk juga jangan pernah kotori ia dengan maksiat.

Suatu hari Rasulullah SAW menziarahi seorang pemuda yang sakit yang membawa kepada kematian, lalu kata Rasulullah SAW, “Bagaimana keadaan kamu?”

Kata pemuda itu,
“Saya rasa saya akan mati.”

“Ya Rasulullah.. saat-saat ini saya amat mengharapkan Allah. Dan saat ini saya sangat takutkan dosa-dosa saya..”

Lalu kata Nabi SAW, “Ada dua perkara yang bilamana berhimpun di dalam hati orang beriman pada tempat ini (detik kematian), melainkan Allah akan memberikan apa yang dia harap, dan mengamankan apa yang dia takut.”

Sunat bila dekat kematian, kita orang-orang yang masih segar ini pergi kepada orang yang akan melalui sakaratul maut, untuk mengajarkan dia bersangka baik kepada Allah. Dan pada masa yang sama, mengajarkan dia takut akan azab Allah.

Kata Rasulullah SAW, bila dia pada keadaan kematian ada dua perkara ini:
i) Harapkan sifat pemurah Allah kepada dia, penyayang Allah padanya, pengampun Allah padanya; dan
ii) Pada masa sama, bimbang dosa-dosanya itu akan dihukum Allah.

  • Allah akan berikan apa dia nak
  • Amankan apa dia takut.

Dengan dua ini kita membina sayap kehidupan. Ini dalam perbahasan Sufi, dinamakan Roja’ (harap) dan Khauf (takut).

Kita tak boleh meyakini kita ahli Syurga, kita tidak ada asas untuk kita yakin. “Saya dengan ini yakin 100 peratus saya ahli Syurga.”
BUKAN.

“Saya dengan ini mengharapkan Syurga Allah dengan 100 peratus pengharapan.”

Saya kita mesti takut dengan semua perkara maksiat yang kita lakukan walaupun kecil. Kita tak tau bagaimana kita dinilai oleh Allah Akhirat kelak.

Pada kita dosa kecil, kita bimbang itu besar dan ia tak diampunkan oleh Allah menjadi sebab diazab, maka jangan pernah pandang rendah dosa-dosa, dan jangan pernah kecewa dengan rahmat Allah, ia bergabung.

Ia bukan suatu yang datang satu-satu tapi gabungan.
Kita harap, bila tuan-tuan duduki peperiksaan harap cemerlang, tapi takut juga tersilap. Dua ini memang ada pada manusia.

Kita buat satu bentuk pekerjaan, kita harap akan berjaya tapi dalam masa yang sama kita takut, pekerjaan ini ada impak negatif. Keadaan ini lebih diperlukan apabila kita bakal tinggalkan dunia ini, ini watak orang beriman sebelum tinggalkan dunia.

Mereka para Ulama berpesan, “Bila aku dekat nak mati jangan biarkan perempuan dekat dengan aku kerana mereka pasti menjerit, menangis, melolong. Biar para lelaki budiman yang berakal (bersama aku).”

Orang perempuan ni dia emosi, bila tengok suami sakit nak mati dia mula menangis. Dia mula menjerit, bahasa-bahasa emosi dia. Ini fitrah wanita, memang jenis menangis. Maka tidak sesuai waktu seorang lelaki nazak, perempuan mengelilinginya. Kerana perempuan dalam situasi itu terlalu emosi, kena orang dia sayang,

Dia menangis,
Dia menjerit.

Sebaik-baik di sisi lelaki, lelaki yang hebat yang kuat.
Lelaki ini duduk dekati orang yang nak mati dengan berkata perkataan yang baik, “Semoga Allah ampunkan kamu..
Semoga Allah mudahkan perjalanan kamu..
Allah masukkan kamu dalam Syurga. Jangan bimbang.. kamu akan bertemu Tuhan yang Maha Pemurah. Allah takkan sia-siakan amalan kamu..”

Tuan-tuan, sebut kata-kata ini.

Saya menziarahi seorang lelaki yang nazak, dalam keadaan dia dah tak perhati orang bercakap apa, tapi saya bercakap dengan dia dan saya yakin dia dengar.
“Rahmat Allah.. setiap kebaikan Allah beri pahala, dan setiap dosa dibuat semoga Allah ampunkan..”

Meleleh air mata dia, semangat dia akhirnya dia meninggal dunia.

Itu yang patut dilakukan oleh semua orang-orang yang berada di sekitar orang yang sakit, yang membawa kepada kematian. Elakkan orang-orang nazak ini dikelilingi wanita, khususnya cuma menjerit, menangis. Dan hal-hal yang menjadikan pesakit ini lagi sedih.

Dia (yang sakit) ini nak buat perjalanan bertemu Allah.
Tapi ini isteri menangis,
Adik perempuan menangis, menjadikan dia lebih sedih.

Sedangkan dia akan buat perjalanan, bukan perjalanan sedih tapi perjalanan agung bertemu dengan Allah. Pencipta.

Sebab itu ketika Saidina Hasan nak meninggal dunia, ketika itu sekitar 47 tahun / 48 tahun, Saidina Hasan RA, cucu Rasulullah SAW diracun. Setiap hari dia diracun sehingga membawa kepada kematian Saidina Hasan. Maka bila dekat nazak, masuklah adiknya Saidina Hussain. Dia berkata,

“Wahai Abangku.. jangan bersedih.. Abang akan berjumpa Mak Ayah (Saidina Ali dan Saidatina Fatimah), dan Abang akan berjumpa datuk kita, Nabi Muhammad SAW.. dan bertemu bapa saudara kita Hamzah, Ja’far.. kenapa abang bersedih? Ini perjalanan bertemu orang yang kita sayang..”

Maka Saidina Hasan pun tersenyum, dia wafat.
Ini ucapan orang bijaksana.

Bila dekat nak mati, kita perlukan orang-orang bijak berada di sekeliling kita sebab itu penting kita berkawan dengan orang-orang soleh, orang berilmu semoga sebelum perjalanan kita meninggalkan dunia ini, datang dengan penuh bermakna, suasana yang mulia.

Ini nak diceritakan Imam Abul Qasim al-Qusyairi, orang-orang hebat ini bagaimana mereka berpisah, bagaimana mereka meninggalkan dunia ini dengan segala kemuliaan, segala wasangka baiknya kepada Allah.

Kata Syeikh Abul Qasim,
“Ketahuilah bahawa keadaan mereka di saat nazak berbeza-beza. Sebahagian mereka ada yang tenggelam dalam rasa takut terhadap dosanya, sebahagian ada yang tenggelam dalam pengharapannya kepada Allah dan sebahagian lagi ada yang dibukakan keadaannya sehingga ia merasa tenang dan penuh percaya diri.”

Kata Syeikh Abul Qasim, setiap orang akan nazak, dan setiap orang akan berbeza-beza keadaan nazaknya – ada dalam keadaan hanya memikirkan dosa (takut lebih kuat), ada yang wasangka baiknya kepada Allah kuat (meyakini Allah akan mengampunkan dosa), dan ada pula yang dekat dengan kematian, melihat keajaiban.

Sebagaimana kisah Mu’adah al-Adawiyah sewaktu dekat nak mati, dia melihat bagaimana suaminya Silah datang menemuinya. Dan dia cukup gembira, suaminya mati dulu daripada dia 20 tahun. Tiba-tiba dekat nak mati dia senyum, ketawa lalu orang bertanyakan,

“Mu’adah kenapa ketawa?”

Katanya, “Aku melihat suaminya dalam pakaian begitu indah, menanti menyambutku.”

Ertinya, ada orang berada dalam keadaan mulia (saat sakarat), seperti Umar bin Abdul Aziz, dia kata, “Telah datang kepadaku yang dia bukan manusia atau jin (Malaikat). Dia mendatangi aku.”

Ini kemuliaan orang-orang tertentu.

Ertinya ada orang dekat nak mati, dia bicara tentang dosanya. Ini baik juga kerana rasa takut antara sifat orang beriman. Dan ada pula orang dekat nak mati, dia harapkan kurniaan Allah kepadanya (Ar-Roja’), ini juga sifat orang beriman. Dan ada orang dekat nak mati Allah berikan segala keistimewaan kepadanya.

Ketiga-tiga kategori ini mati yang baik, semoga kita dapat salah-satu daripadanya, sama ada

  • Mati dalam takut kecuali dosa, Allah ampunkan kita
  • Wasangka baik kita pada Allah, Allah takkan sia-siakan kita. Setiap amalan kita buat Allah pasti beri pahala. Kita dah bersungguh-sungguh laksana perintah Allah

Wasangka baik ini, memberi satu kemuliaan kepada kita.

  • Lebih Istimewa lagi, orang yang dekat nak mati Allah tunjuk keistimewaan.

Kata Imam Ahmad Al-Jariri, ketikamana Junaid al-Baghdadi di ambang kematiannya, pada tahun 298 Hijriyah, pada usia 80 tahun lebih, antara Ulama diberikan umur panjang pada waktu nak meninggal dunia masih sempat khatam al-Quran.

Sehingga Imam Ahmad Jariri berkata, dalam keadaan orang ramai melihatnya sedang sakit (nazak), dia masih sempat baca al-Quran dan khatam. Lalu katanya,

“Aku lebih berharap melakukannya kerana waktu ini hampir tertutup buku catatanku. Biar ia tertutup dengan benda baik.”

Bahkan diriwayatkan Junaid al-Baghdadi dia melihat kaki-kakinya sudah bengkak. Maka dia masih menggagahi dirinya untuk solat. Dia nak solat sunat dengan kaki bengkak. Diriwayatkan juga ketikamana orang beri salam, dia diam. Lama, dia pun kata,

“Maaf aku sedang tenggelam dalam wiridku (zikirnya).”

Lihat orang-orang ini hidup dalam mengingati Allah, nak mati pun ingat Allah tak pernah berhenti buat baik dan ini jiwa orang beriman. Itu tanda mati yang baik. Bila dekat nak mati, Allah akan perlihatkan apa yang menjadi kebiasaan kita.

Suka kira duit?
Dekat nak mati, kira duit.

Kalau jenis kebiasaan bergaduh, dekat nak mati bergaduh.

Jenis kebiasaan suka tengok TV, mati depan TV.

Sebab itu tuan-tuan, buatlah kebaikan sehingga menjadi kebiasaan. Kita buat baik bukan sekadar macam melepaskan batuk di tangga, tapi buat baik sehingga jadi kebiasaan. Contoh: bulan Ramadan bulan al-Quran, kita biasakan baca al-Quran.

Biasa luar Ramadan kita baca satu, dua juzuk.
Nanti bulan Ramadan hampir meninggalkan kita, tinggal berapa hari peluang Ramadan penuh keberkatan ini, jangan berhenti kebiasaan kita buat pada bulan Ramadan kerana keberkatannya terus berselerakan, ia kesinambungan.

Kita mulakan bulan Ramadan, jangan berhenti sehingga Ramadan akan datang. Kesinambungan keberkatannya, ia ibadat kita perolehi bulan Ramadan.

  • Habis Ramadan al-Quran terus baca, witir – qiyam terus buat jangan berhenti, puasa (sunat) jangan berhenti, infaq jangan berhenti

Semua benda kita buat pada bulan Ramadan, jangan berhenti pada bulan berikutnya sehingga kita berjumpa Ramadan lagi.

Itu akan membina kebiasaan kita.

Sebab itu kita sentiasa lihat Rasulullah SAW ajarkan kita istiqamah,
Berjemaah solat biar istiqamah, walau pun dalam keadaan ada kekurangannya.

Sedekah, biar istiqamah.
Zikir-zikir biar istiqamah. Kalau zikir sekali buat 4,000 – 5,000 tapi tak istiqamah ia tak boleh lawan zikir yang berterusan. Apa yang berterusanlah yang akan tinggalkan kesan, yang (amalan) kita buat sekali takkan tinggalkan kesan yang berfaedah banyak kepada kita.

Apa pun dibuat secara kebiasaan, contoh: gym, angkat berat akhir terbentuk badan. Hari-hari baca buku 5 muka surat akhir terbentuk intelektual.
Baca al-Quran 5 – 6 ayat sehari, lama-lama khatam al-Quran.

Kita hafal 5 ayat sehari, tapi kita istiqamah. Jibril a.s menurunkan kepada Rasulullah SAW secara umumnya 5 ayat demi 5 ayat. Kita ambil sempena tadi, kita pun ambil 5 ayat, lama-lama habislah (hafalan al-Quran kita).

Istiqamah itu susah, bukan hafal itu susah.

Bulan Ramadan dengan lambakan peluang buat baik, dengan gandaan pahala yang sunat – wajib, dan pertolongan Allah berikan suasana (bi’ah) suasana amat kondusif, ditundukkan nafsu lapar, diwujudkan suasana ibadat ini semua untuk membentuk jiwa istiqamah selepas itu.

Sebab itu belajar daripada Junaid al-Baghdadi walau sedang nazak terus melakukan amal soleh.

Abu Muhammad Abdullah Al-Ibrahimi Al-Harawi ketika Dalf Asy-Syibli ketika hampir kematiannya dia berkata, “Saya tunggu dia satu malam penuh, sepanjang malam di disebutkan syair ini:

Setiap rumah Engkau ada di dalamnya
Tanpa memerlukan lampu-lampu
redhaMu selalu ku harapkan
yang menjadi hujah kami di hari
orang-orang yang berdatangan dengan hujah mereka

seorang Ulama, Dalf Asy-Syibli yang meninggal tahun 334 Hijriyah, salah-seorang anak muridnya berjaga sepanjang malam sehingga dia mati. Dia sentiasa lantunkan sajak ini,

‘rumah ini kalau ada Engkau di dalamnya’ maksud, hati yang sentiasa menyebut nama Allah sentiasa bercahaya. Tidak ada cahaya yang lain.

Hati yang sentiasa menyebut nama Allah itulah hujjah Akhirat kelak, ketika semua manusia membawa hujah. Makna, Dalf ini istiqamah mengingati Allah sehingga sampai kematian.

Bila Allah sebutkan, “Orang beriman ingatlah Allah banyak-banyak dan bertasbihlah kepada Allah pagi dan petang (berterusan).”
Sentiasa berzikir, semoga Allah ‘merawat’ sakaratul maut kita.

Setiap orang beriman akan merawat, berhadapan sakaratul maut dia. Bagaimana rawatan kita menghadapi sakarat?

  • Banyakkan zikir, taat, takutkan Allah, takutkan dosa

Supaya sakarat itu akan dapat dilalui dengan baik. Kita cepat atau lambat akan melalui benda ini, kalau kita tidak bersedia maka seburuk-buruk keadaan kita. Kalau kita dah bersedia, maka kita telah mencari, melalui jalan kebahagiaan kita.

Kita dah selalu sebut, ‘sediakan payung sebelum hujan’, yang paling patut kita beringat ialah hari kematian kita, di hari kita menghadapi sakaratul maut. Kita selalu bercakap tentang masa depan kita, pencen. Kita takut nanti susah..

Tuan-tuan takda benda lebih susah selain menghadapi sakaratul maut. Walau kita kaya berjuta itu pun susah, jangan kata takda duit. Sebab itu Rasulullah SAW kata, ‘rawat’lah sakaratul maut (hadapi).

Tak dapat tidak kita mesti hadapi, dengan kebiasaan berzikir, buat baik, berteman dengan orang-orang soleh. Kita dekat nak mati dan kita dikunjungi orang-orang soleh maka ini ‘bonus’ kita. Bukan sekadar doa, ucapan bahkan rahmat yang turun dengan sebab datangnya mereka.

Kalau orang-orang baik datang, dia bawa rahmat Allah.
Suka kita, untung kita.
Kita ni kalau kawan baik ni kita boleh beli dengan duit, kita akan beli. Sebagaimana kita beli kereta, rumah. Rumah yang kita tinggal ini akan ditinggalkan juga. Rumah tempat kita tinggal, kita akan meninggal.

Sebab itu kata para sahabat,
“Hari ini di dalam rumah,
Esok dalam kubur.”

  • Hari ini dalam rumah, esok dalam kubur.

Tapi semua kita sanggup bayar bulan-bulan rumah untuk selesa hidup. kita sanggup beli kereta ikat 7 – 8 tahun supaya selesa kita berjalan. Tapi tuan-tuan ini hanya perjalanan dunia, selesa dunia. Kita nak perjalanan Akhirat kita, antaranya kawan-kawan soleh.

Kawan-kawan soleh hatta kita dah mati pun dihantar doa. Ini kawan soleh. Itu saya katakan kawan soleh ini kalau boleh dibeli, saya beli. Sebagaimana saya beli rumah, kereta.

Kalau kawan-kawan soleh ini perlu dibayar ‘maintanence’ dia, saya bayar. Dengan syarat, dia soleh. Soleh betul. Saya sanggup kerana inilah keuntungan! Kalau ikat 40 tahun untuk dia jadi kawan soleh, maka saya ikat bayar 40 tahun. Sebagaimana saya bayar rumah, kereta kerana keberadaan kawan soleh ini bermanfaat dunia Akhirat sehingga ke Syurga kerana kawan soleh akan angkat darjat kawan dia.

Di dunia, kalau kawan tu ada kereta bagus sikit boleh tumpang?
Boleh.
Silap-silap dia beri kunci kereta, beri kita guna seminggu.

Akhirat kelak, kawan-kawan baik ini akan berada di satu darjat, dia akan angkat darjat kita. Dia boleh beri syafaat, antaranya mengangkat darjat ahli Syurga. Ini penting dalam kita merawat sakaratul maut.

Mukaddimahnya adalah, kita akan melalui sakaratul maut. Apa persiapan kita?

  • Zikir
  • Amal soleh
  • Wasangka baik pada Allah
  • Takutkan dosa
  • Kawan-kawan yang baik

Ada benda-benda ini maka ringanlah sakaratul maut kita, takda benda ni? Maka berat, menghadapi sakaratul maut.

TOKKU PASIR GUDANG

PERJALANAN KEMATIAN: SEMUA AKAN LALUINYA, TIDAK BOLEH BERPATAH BALIK

Perjalanan meninggalkan dunia ini, perjalanan yang kita takkan pulang lagi. Kita, saya, tuan-tuan akan melalui jalan ini, kita takkan berpatah balik. Dekat dunia kita contoh masuk hutan, takut. Boleh berpatah balik.

Pergi naik bot, sungai dan takut boleh berpatah balik.

Tuan-tuan, perjalanan kematian tak boleh berpatah balik. Akhirnya kita akan melihat Malakul Maut, kita akan melihat Malaikat Rahmat, kita akan lihat Syurga / Neraka. Kita akan lilhat segala perjalanan-perjalanan yang Allah dah sediakan trek. Maka kita bimbang, takut-takut kita bukan dalam pilihan Allah.

Sebab itu kebimbangan, tanda-tanda Allah pilih kita, kita ada kebimbangan. Allah Taala menyebut, “Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan kepada hambaKu.”

Kalau dia takut di dunia, Aku akan amankan Akhirat kelak. TAPI kalau di dunia tak takut apa-apa, Allah akan jadikan dia takut Akhirat kelak.

Takut ini perlu. “Saya bimbang pahala tak cukup..” Kita berjalan nanti sorang-sorang, takda teman. Walau dekat dunia kita ramai teman-teman, ramai anak-pinak tapi bila dah mati, berjalan sorang-sorang.

وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَٰدَىٰ كَمَا خَلَقْنَـٰكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَـٰكُمْ وَرَآءَ ظُهُورِكُمْ ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَـٰٓؤُا۟ ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).”

(Surah Al-An’am, 94)

Sesungguhnya kamu akan mendatangi Kami seorang diri, sebagaimana Kami ciptakan kamu seorang diri

Sebagaimana kita diciptakan tanpa membawa nama. Nama kita orang letakkan, seorang diri kita tak kenal sesiapa, walaupun itu Mak kita, kita tak kenal. Tiada bayi kenal Mak dia, datang seorang sehingga diberitahu itu Mak dia.

Lama untuk Ayah biasakan budak ini untuk dipanggil Ayah, daddy, walid, bertahun-tahun mungkin. Sehingga lekat budak ni panggil. Tapi realiti kita datang seorang dan pulang seorang. Kita datang tanpa nama, pulang juga tanpa nama.

Nama dipanggil hanya,
‘Arwah’
‘Almarhum’.

Dikatakan, ‘Kamu tak tahu siapa nama kamu siapa esok.’

Letak depan nama Tan Sri, panjang nama kita. Nisbah dengan keturunan, akhir nama kita ‘Jenazah’, ‘Arwah’. Takda apa.

Perjalanan ini kita tak berpatah balik, cucu Rasulullah SAW pun takut sementelah kita? Jasa (cucu Rasulullah SAW) banyak, ilmu banyak, kebaikan banyak. Mati pun tempat baik di Madinah. Dikuburkan bersebelahan Ibunya Fatimah, semua baik, semua mulia.

Kata Saidina Hasan, “Aku bimbang, memikirkan benda yang aku belum jumpa.”

Sebagaimana diceritakan bila datang adiknya Hussain, ditenangkan abangnya dan dikatakan bahawa abangnya itu akan bertemu Mak, Ayah, datuk mereka, pak sedara. Tak perlu sedih apa. Saidina Hasan pun tersenyum, ia pertemuan dengan Rasulullah SAW, pertemuan dengan Ibu Ayahnya.

Sepakat para Ulama, bilamana kita mati kita akan dihimpunkan bersama-sama orang yang sudah mati yang kita sayang, kita cinta yang sama haluan dengan kita. Tapi kalau orang itu dalam keadaan tak baik, dia akan berkumpul bersama yang tak baik.

Tapi kalau orang itu baik maka dia akan bertemu di alam ruh, sesama mereka.

Bilal bin Rabah ketika dekat nak mati, isterinya sedih. Kata isterinya, “Sedihnya..”

Tapi kata Bilal bin Rabah, “Senangnya aku.. seronoknya aku kerana esok aku akan berjumpa kekasihku, Nabi Muhammad SAW dan para sahabatku.”

Bilal bin Rabah, meninggal tahun 20 Hijrah di kota Syam. Kita tahu Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah SAW dan juga Panglima Perang, orang yang punya kelebihan, kemuliaan yang banyak. Bila Bilal pengsan banyak kali, dek kesakitan mati dia, maka isterinya tengok sedih.

Isterinya menjerit, “Sedihnya.. sedihnya!”

Sebab itu bila orang dekat nak mati, orang perempuan jangan duduk dekat sangat. Panggil lelaki-lelaki kerana perempuan akan menjerit-jerit. Tapi kalau kita wanita yang bijak, hebat. Tapi emosi wanita terlalu kuat walau pada waktu itu, bijak pun boleh hilang bila ada emosi. Itu secara umum, kita tak nafi ada wanita yang baik, bagus yang boleh kawal diri dia.

Tapi realiti tak boleh kawal.

Bilal bin Rabah dekat nak mati, isterinya bersedih. Tapi Bilal bergembira nak mati, kerana akan bertemu Rasulullah SAW dan para sahabat. Keadaan nazak dia berbeza.

Kisah para Ulama bagaimana nazak mereka, sebahagian mereka Allah jadikan nazak itu kegembiraan mereka, ia pertemuan dengan orang yang mereka sayang. Kita akan melalui perjalanan ini, cepat atau lambat. Mudah-mudahan kita menjadi salah-satu di antara tiga (3) keadaan kematian:

  1. Rasa takut
  2. Penuh harap
  3. Keistimewaan yang Allah berikan, sehingga kita mati dalam keadaan baik

Pulang ke kampung Akhirat dengan ampunan dan diredhai Allah Taala.

Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG