LIMA (5) KAEDAH MEMBINA RINDU KEPADA ALLAH

“Macam mana saya nak belajar rindu bertemu Allah?”

Siapa pun belajar untuk rindu bertemu dengan Allah, nescaya Allah akan berikan rasa rindu waktu dia nak mati sehingga hilang rasa sedih, dan ketakutan dia nak mati. Bila rindu itu datang pada rindu orang yang kita sayang, maka kita seperti lupakan apa pun masalah kita. Inikan pula Dzat Pencipta?

Macam mana nak hadirkan, besarkan rasa rindu pada Allah? Ulama sarankan kita membina rindu kepada Allah dengan lima (5) perkara:

  1. Doa kepada Allah
    “Ya Allah kurniakan aku cintaMu..” – Doa yang Nabi SAW ajarkan. Bila kita suburkan cinta kepada Allah nescaya detik-detik kematian kita ialah detik seorang bertemu kekasihnya. Kita ada pengalaman bertemu orang yang kita kasih, yang hari ini mungkin dah jadi isteri kita, hari ini anak-anak kita dah tunggu lama untuk hadir di dunia, apa perasaan bertemu kekasih ini?

Isteri, pasangan
Anak-anak. Kita seronok, lupa semua masalah.
Gembira, kita lupa semua dukacita.

Takda rindu paling agung melainkan rasa rindu kepada Allah. Maka caranya, doa.

  1. Buat amalan jangan pernah riak
    Jangan riak.

فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًۭا صَـٰلِحًۭا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”

(Surah Al-Kahfi, 110)

Siapa yang ingin bertemu Allah maka lakukanlah amal yang soleh. Jangan pernah menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Jangan riak, kalau benar kita nak rindu bertemu Allah.

  1. Siapa yang ingin rindu bertemu Allah, banyakkan zikir
    Zikir ini kita sedang puji Allah, kesan zikir itu kita akan rasa dekat kematian kita nanti.
    “Kamu selalu memujiKu, maka hari ini Aku tidak akan membiarkanmu.”

Dalam hadis Nabi SAW kata, “Siapa yang sibuk berzikir kepadaKu sehingga lupa berdoa kepadaKu, maka Aku akan berikannya yang lebih baik daripada orang yang meminta kepadaKu.”

Lidah ini sentiasa berzikir, inilah yang akan menterjemahkan rasa rindu (kepada Allah).

Bila rindu orang, kita sebut nama dia.
Takda orang bila rindu tak sebut nama orang tu.
Kadang tidur pun sebut nama tu, rindu.

Kita bila sebut nama dia, kita gembira.
Kita bila panggil orang kita sayang, kita rasa seronok.

Tuan-tuan ada anak disayang, kita panggil dia.
“Abang.. Kakak..”
Memanggil dia, hilang rindu.

Bagaimana orang yang memanggil Allah setiap hari? Dengan zikir, maka orang ini akan dikurniakan rindu kepada Allah.

Tuan-tuan, dalam semua tempat, zikir. Zikir ini biar jadi kebiasaan di mana pun zikir. Jangan tunggu ada tasbih baru nak zikir. Lama tak zikir? Lupa ‘charge’ tasbih.
Lama tak zikir? Putus (tasbih)!

Musibah besar kalau zikir kita berdasarkan benda-benda tu.

Tuan-tuan, zikir ini biar sampai peringkat nafas kita ialah zikir, bukan lagi kerana alat yang ada. Yang namanya ‘pentasbih’. Benda tu bagus untuk membantu kita, tapi kita kena jadikan tanpa benda-benda ini pun zikir auto dalam diri kita. Ada dalam diri kita.

Umpama makanan, kalau tak makan auto. Ia keluarkan tenaga dalam diri kita, kita puasa pun tak penat sebab ada tenaga dalam diri, keluar daripada diri kita. Zikir pun begitu, jangan sampai bateri tak charge, tasbih hilang. Zikir pun hilang? Ini musibah!

  1. Banyakkan baca al-Quran
    Siapa pun ahli al-Quran, Allah tak biarkan dia bersendirian ketika dia mati. Ini ahli al-Quran, Allah tak biarkan. Umar Abdul Aziz saat kematian, al-Quran dibacakan di depan dia.

Orang-orang yang sentiasa membaca al-Quran dia akan sering terngiang-ngiang bacaan di telinganya. Nampak mushaf di hadapannya, maka orang-orang macam ni pasti pada hari dia bertemu Allah datang rindunya (kepada Allah) yang luar biasa.

Sifat para perindu Allah, bagaimana watak mereka?
Mereka sentiasa berdoa pertemuan dengan Allah,
Orang yang tak pernah riak dalam amalan mereka,
Orang yang sentiasa berzikir,
Orang yang sentiasa membaca al-Quran.

  1. Orang yang sentiasa berselawat kepada Nabi SAW
    Rasulullah SAW-lah penyampai rindu kita kepada Allah, tanpa Rasulullah.. kita tak kenal Allah. Maka Baginda SAW, Allah muliakan hubungan kita dengan Baginda SAW dengan selawat.

Takda orang buat benda ini melainkan pada hari kematiannya, hari penuh kerinduan bertemu Penciptanya. Ini yang mengurangkan rasa sakit mati. Mati memang sakit, tapi rindu menghilangkan sakit.

Kita tunggu lama.. sakit hati.
Tapi kalau kerana rindu, takpa tunggu lama.
Kerana cinta takpalah ada masalah itu ini.

Maka kesakitan kematian itu tidaklah menjadi fokus para perindu.

Contoh: Kita nak musafir orang kita sayang, berjam-jam dalam kapal terbang, sakit tulang belakang kita, keluar duit banyak, perjalanan begitu mencabar. Semua itu kecil berbanding berjumpa orang yang kita sayang. Demikian perjalanan sakaratul maut, memang sakit.

Seperti dibakar dalam periuk, direbus, digoreng!

Disebutkan kalam para Ulama tentang sakit mati, sehingga Abbas bin Abdul Muthalib, selepas setahun Umar al-Khattab wafat dia berjumpa Umar al-Khattab (dalam mimpinya) dan Umar berkata,

“Sakit mati aku rasa lagi!”

Setahun dah masih rasa. Ini Umar al-Khattab, rasa sakit tu. Sakit itu menambah darjat kita. Tapi sakit itu kecil berbanding rasa rindu kita bertemu Allah.

Sumber Facebook: 5/5/2024

25Ramadhan 1445H

TOKKU PASIR GUDANG