WAHAI YANG BERUMUR 60, SEDIAKAN KAIN KAFANMU

Kerjanya menangguhkan kita, merasakan umur kita panjang. Cuba tuan-tuan rasa, akan mati sekarang? Kenapa? Syaitan memanjang angan-angan kita, kita rasa kita akan hidup lagi 10 tahun, 20 tahun. Kadang-kadang kita sudah berada di umur Rasulullah SAW, 60-an, tapi masih lalai.

Sedangkan setiap hari terdengar panggilan: “Hey orang-orang yang umur 60 tahun! Sediakan kain kafanmu.”

Orang yang umur 60 tahun macam kita ni, dah peringkat sediakan kain kafan. Bukan kita berfikir untuk bersenang, bermain. Ini bukan umur bermain kerana 60 tahun umur permulaan. Disebutkan oleh Baginda SAW: “Umur umatku antara 60 tahun – 70 tahun.”

Umur yang menjadi kebiasaan kematian berlaku, patut kita takut.

Saya dah masuk umur 60 tahun, saya dah melupakan perkara dunia yang melalaikan. Saya masuk 60 tahun saya buang segala sifat-sifat buruk yang merugikan. Akhirat saya, kita dah nak pergi!

‘Kapal’ kematian sudah membunyikan sirennya.
Sudah membunyikan amarannya, menunggu waktu untuk dinaiki oleh kita dan terus menuju kepada Pencipta.

Hey orang umur 60.. siapkan kafan untuk dirimu.
Kita umur 60 baru terfikir nak buat hal dunia ini dan ini, dilalaikan.

Tuan-tuan, apa yang ada pada dunia ini?

TOKKU PASIR GUDANG

Pengajian Kesufian
Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 44. Kematian- Siri 2 (m/s 453)
Kitab: Risalah Qusyairiyah
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Terbitan: Pustaka Amani Jakarta
4 April 2024 | 24 Ramadhan 1445H

jomsebarluaskankebaikan

Pengajian ini juga boleh diikuti di saluran Youtube rasmi kami di Tokku Pasir Gudang Official.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *