Ibadah Umrah ni luarbiasa. Ia adalah rezeki daripada Allah, tidak kira siapa, tidak kaya atau miskin.

Sebab pengalaman teman, banyak yang teman jumpa jemaah Umrah yang tidak kaya, tetapi kerana keinginan dan sangkaannya baik dengan Allah SWT, akhirnya Allah jemput dia datang.

Dan ada juga yang teman jumpa orang yang kaya, di lisannya selalu sebut teringin nak pergi umrah, tapi kesungguhannya tidak ada, akhirnya sehingga meninggal dunia tidak sempat ke Tanah Suci, umrahpun tidak, hajipun tidak sempat. Sedangkan kemampuannya lebih daripada cukup.

Ada yang teman jumpa, bertahun-tahun rancang untuk ke Tanah Suci, namun sampai ke sudah tidak dijemput Allah untuk hadir.

Ada juga yang teman jumpa, dia plan nak ke Tanah Suci tak sampai sebulan, tup-tup dah sampai ke Tanah Suci.

Ini adalah soal rezeki. Allah beri rezeki pada hamba-hambaNya ikut pada kehendakNya, tidak lewat walau sesaat, dan tidak pernah salah alamat.

Sedikit tips yang teman nak kongsi, setelah mengenali beberapa orang yang pernah dijemput ke Tanah Suci ni:

  1. Perlu kuat sangkaan baik kita dengan Allah. Jangan ragu-ragu dengan rezeki Dia. Kalau Dia nak bagi, pasti Dia akan bagi, tidak siapa boleh menghalangnya.
  2. Perlu ada ikhtiar dan usaha. Jangan hanya berdoa sahaja. Allah nak tengok juga apa usaha kita. Bersungguh atau tidak.
  3. Banyak buat baik sesama manusia, termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kerana makhluk-makhluk Allah ni selalu mendoakan kebaikan yang kita lakukan.

in shaa Allah kita akan dikurniakan apa yang dihajati, dengan izinNya jua.

Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kita tidak ada pada alamat tersebut.

Wallahu a’lam

Sumber Facebook : Iman Muda Hassan Adli

jiwatenang