Perjalanan meninggalkan dunia ini, perjalanan yang kita takkan pulang lagi. Kita, saya, tuan-tuan akan melalui jalan ini, kita takkan berpatah balik. Dekat dunia kita contoh masuk hutan, takut. Boleh berpatah balik.
Pergi naik bot, sungai dan takut boleh berpatah balik.
Tuan-tuan, perjalanan kematian tak boleh berpatah balik. Akhirnya kita akan melihat Malakul Maut, kita akan melihat Malaikat Rahmat, kita akan lihat Syurga / Neraka. Kita akan lilhat segala perjalanan-perjalanan yang Allah dah sediakan trek. Maka kita bimbang, takut-takut kita bukan dalam pilihan Allah.
Sebab itu kebimbangan, tanda-tanda Allah pilih kita, kita ada kebimbangan. Allah Taala menyebut, “Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan kepada hambaKu.”
Kalau dia takut di dunia, Aku akan amankan Akhirat kelak. TAPI kalau di dunia tak takut apa-apa, Allah akan jadikan dia takut Akhirat kelak.
Takut ini perlu. “Saya bimbang pahala tak cukup..” Kita berjalan nanti sorang-sorang, takda teman. Walau dekat dunia kita ramai teman-teman, ramai anak-pinak tapi bila dah mati, berjalan sorang-sorang.
وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَٰدَىٰ كَمَا خَلَقْنَـٰكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَـٰكُمْ وَرَآءَ ظُهُورِكُمْ ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَـٰٓؤُا۟ ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).”
(Surah Al-An’am, 94)
Sesungguhnya kamu akan mendatangi Kami seorang diri, sebagaimana Kami ciptakan kamu seorang diri
Sebagaimana kita diciptakan tanpa membawa nama. Nama kita orang letakkan, seorang diri kita tak kenal sesiapa, walaupun itu Mak kita, kita tak kenal. Tiada bayi kenal Mak dia, datang seorang sehingga diberitahu itu Mak dia.
Lama untuk Ayah biasakan budak ini untuk dipanggil Ayah, daddy, walid, bertahun-tahun mungkin. Sehingga lekat budak ni panggil. Tapi realiti kita datang seorang dan pulang seorang. Kita datang tanpa nama, pulang juga tanpa nama.
Nama dipanggil hanya,
‘Arwah’
‘Almarhum’.
Dikatakan, ‘Kamu tak tahu siapa nama kamu siapa esok.’
Letak depan nama Tan Sri, panjang nama kita. Nisbah dengan keturunan, akhir nama kita ‘Jenazah’, ‘Arwah’. Takda apa.
Perjalanan ini kita tak berpatah balik, cucu Rasulullah SAW pun takut sementelah kita? Jasa (cucu Rasulullah SAW) banyak, ilmu banyak, kebaikan banyak. Mati pun tempat baik di Madinah. Dikuburkan bersebelahan Ibunya Fatimah, semua baik, semua mulia.
Kata Saidina Hasan, “Aku bimbang, memikirkan benda yang aku belum jumpa.”
Sebagaimana diceritakan bila datang adiknya Hussain, ditenangkan abangnya dan dikatakan bahawa abangnya itu akan bertemu Mak, Ayah, datuk mereka, pak sedara. Tak perlu sedih apa. Saidina Hasan pun tersenyum, ia pertemuan dengan Rasulullah SAW, pertemuan dengan Ibu Ayahnya.
Sepakat para Ulama, bilamana kita mati kita akan dihimpunkan bersama-sama orang yang sudah mati yang kita sayang, kita cinta yang sama haluan dengan kita. Tapi kalau orang itu dalam keadaan tak baik, dia akan berkumpul bersama yang tak baik.
Tapi kalau orang itu baik maka dia akan bertemu di alam ruh, sesama mereka.
Bilal bin Rabah ketika dekat nak mati, isterinya sedih. Kata isterinya, “Sedihnya..”
Tapi kata Bilal bin Rabah, “Senangnya aku.. seronoknya aku kerana esok aku akan berjumpa kekasihku, Nabi Muhammad SAW dan para sahabatku.”
Bilal bin Rabah, meninggal tahun 20 Hijrah di kota Syam. Kita tahu Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah SAW dan juga Panglima Perang, orang yang punya kelebihan, kemuliaan yang banyak. Bila Bilal pengsan banyak kali, dek kesakitan mati dia, maka isterinya tengok sedih.
Isterinya menjerit, “Sedihnya.. sedihnya!”
Sebab itu bila orang dekat nak mati, orang perempuan jangan duduk dekat sangat. Panggil lelaki-lelaki kerana perempuan akan menjerit-jerit. Tapi kalau kita wanita yang bijak, hebat. Tapi emosi wanita terlalu kuat walau pada waktu itu, bijak pun boleh hilang bila ada emosi. Itu secara umum, kita tak nafi ada wanita yang baik, bagus yang boleh kawal diri dia.
Tapi realiti tak boleh kawal.
Bilal bin Rabah dekat nak mati, isterinya bersedih. Tapi Bilal bergembira nak mati, kerana akan bertemu Rasulullah SAW dan para sahabat. Keadaan nazak dia berbeza.
Kisah para Ulama bagaimana nazak mereka, sebahagian mereka Allah jadikan nazak itu kegembiraan mereka, ia pertemuan dengan orang yang mereka sayang. Kita akan melalui perjalanan ini, cepat atau lambat. Mudah-mudahan kita menjadi salah-satu di antara tiga (3) keadaan kematian:
- Rasa takut
- Penuh harap
- Keistimewaan yang Allah berikan, sehingga kita mati dalam keadaan baik
Pulang ke kampung Akhirat dengan ampunan dan diredhai Allah Taala.
Sumber Facebook : TOKKU PASIR GUDANG