Kata Nabi SAW, ‘Setiap hamba akan melalui detik-detik kesakitan mati.”
- Mesti, bagi orang beriman kesakitan mati ini kafarah kepada dosa-dosanya, penambah pahala dan pengangkat darjatnya
- Bagi orang kafir, bermula azabnya.
Orang beriman, orang yang baik-baik sakit mati ini tujuannya untuk menghapuskan dosa-dosa berbaki, dan untuk beri pahala yang masih tersisa di dunia untuk dia dapat – pahala akhir dia dapat, dan untuk mengangkat darjat dia.
Sakarat ini juga dirasai para Nabi a.s, al-Imam al-Qurtubi menceritakan bagaimana kesakitan sakaratul maut Rasulullah SAW, sehingga Rasulullah SAW kesakitan yang membawa kepada kematian Baginda SAW, menyebutkan:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي على غمرَاتِ الموْتِ وَسَكَراتِ المَوْتِ
“Ya Allah bantulah aku untuk menghadapi kesakitan kematian ini.”
Dan Rasulullah SAW mencelup tangan ke dalam bejana air, dan menyapu wajah Baginda SAW.
Kata Imam al-Qurtubi, para Nabi a.s dan para Rasul juga melalui detik kesakitan mati. Kerana apa? Untuk mengangkat darjat, dan supaya kita tahu bahawa inilah hikmah ujian yang akan dilalui semua manusia.
Contoh: Kita dulu baru lahir, semua keluar menangis. Isteri, ibu melahirkan anak mesti sakit sebagai satu ujian. Sama ada operation atau beranak biasa, sakit. Dan anak-anak yang dilahirkan menangis.
Demikian kita nak tinggalkan dunia ini, kita akan melalui detik-detik sakaratul maut. Dan setiap orang mesti berusaha bagaimana menangani sakaratul maut, kerana sakaratul maut ini peringkat-peringkat berbeza antara satu sama lain.
Ada sakaratnya begitu berat sehingga memakan masa berbulan-bulan, ada yang begitu cepat dan ada sebaliknya dia menikmati proses itu. Maka semuanya bergantung kepada bagaimana amalan, ketaatan dilakukan.
TOKKU PASIR GUDANG