Ulama kata rosak hati menyebabkan kita bertangguh dalam amal kebaikan, kata Ulama ada 5 perosak hati.
- Banyak bercampur dengan orang
Tapis kawan, boleh sebab terganggu hubungan dengan Allah. Nak buat baik kena mujahadah, nak buat jahat tak payah mujahadah. Buat baik bak panjat gunung, namun apabila berada di puncak terasa indahnya.
Bergaul banyak membahayakan hati. Kawan cuai, dia pandang rendah akhirat, bimbang kita terpengaruh
- Berangan kuat, bila berangan hal dunia akan kacau hati sehingga gopoh gapah
Ingat, rezeki tak didapati dengan gopoh. Gopoh tak menjadikan ia datang cepat atau lambat. Rezeki datang dalam sukatan Allah kehendaki.
- Bergantung selain Allah. Hidup bergantung pada makhluk habis, rosak hati. Allah sayang kita, Allah jadikan orang yang kita bergantung ini hilang maka bergantung pada Allah.
- Banyak makan merosakkan hati, malas ibadat. Sebab itu syariat puasa, berehat makan panjang sehingga 12 jam – 14 jam.
- Tidur banyak memendekkan usia, menghilangkan akal, meluputkan peluang, menghilangkan kesempatan. Tidur banyak menyebabkan malas.
Orang rajin dia tidur sikit, kadang tak sempat tidur.
Ini 5 perkara perosak hati.
TOKKU PASIR GUDANG
Pengajian Kesufian
Bab 3: Ulasan Tentang Maqam-Maqam atau Tingkatan Jalan Pendakian Para Salik/ 44. Kematian- Siri 8
Kitab: Risalah Qusyairiyah
(Abd Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi)
Terbitan: Pustaka Amani Jakarta
12 April 2024 | 3 Syawal 1445H
jomsebarluaskankebaikan
Pengajian ini juga boleh diikuti di saluran Youtube rasmi kami di Tokku Pasir Gudang Official.