Strategi Pertahanan Menghadapi Tipu-daya Iblis Syaitan

 

Syukur Alhamdullilah, Allah yang Maha Pengampun dan Maha PenyayangInsha Allah, ini adalah apa saya mampu cerap dan reflek daripada Seminar Sirah Nabi Adam penyampaian oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, 5 Mac 2016. Sebarang kesilapan mohon Ustaz perbetulkan. Semuga pengkongsian ini, sekurang2nya akan dapat memberikan sedikit manufaat bagi semua Ahli Keluarga Ibrah ToT yang tidak berkesempatan untuk hadir seminar ini.

Bagaimana cara nak buat strategi pertahanan dan teknik persenjataan bagi menghadapi tipu-daya iblis syaitan?

Ini adalah antara senarai strategi pertahanan dan teknik persenjataan untuk menghadapi tipu-daya iblis syaitan:

1.Sujud kepada Allah: 

Sujud semasa solat secara fizikal adalah amalan untuk mengatasi dan mengelak sifat kesombongan iblis syaitan. Sujud dengan hati yang redha akan memperolehi rasa kemanisan iman yang gagal diperolehi oleh iblis syaitan. Sujud dengan perbuatan, melakukan ketaatan terhadap segala perintah Allah akan memperolehi  ketenangan, kepuasan, kejayaan dan keselamatan dunia akhirat.

2.Ikhlas kepada Allah:

Setiap apa yang ingin kita lakukan semak keikhlasan hati kita, pastikan ianya hanya kepada Allah bukan kepada makhluk2nya. Jaminan Allah untuk melindungi umat manusia yang ikhlas kepadaNya daripada tipudaya iblis  syaitan.

3.Takwa kepada Allah:

Pengantungan diri yang sepenuhnya kepada Allah bukan makhluk2Nya. Tiada kuasa yang boleh mengatasi kekuasaan Allah. Pada saat kita mula bergantung kepada makhlukNya, iblis syaitan lah yang akan jadi ketua tungangannya.

4.Istigfar kepada Allah:

Sentiasa beristigfar kepada Allah semasa kita sedar ataupun tidak sedar tentang kesalahan kita kepada Allah. Allah Maha Pengampun. Seandainya kita terlalai dan terlupa dengan godaan tipu daya iblis syaitan dan membuat kesilapan, Allah Maha Pengampun dan Penyayang akan mengampun kan kita.

5. Puasa kerana Allah:

Amalan puasa sekurang2nya bulan Ramadhan dan berusaha untuk puasa sunat Isnin Khamis. Puasa bukan sekadar tahan daripada makan dan minum tetapi pengawalan terhadap percakapan, pendengaran dan penglihatan kepada pekara-pekara yang melalaikan daripada ingatan kita kepada Allah. Ia adalah strategi menutup ruang dan rongga-rongga yang menjadi potensi iblis syaitan masuk untuk mengoda dan menghasut kita .

6. Zakat dan Sedekah kerana Allah:

Zakat dan sedekah  Insha Allah , adalah process peningkatan kuasa kasih sayang dalam diri umat manusia. Sifat kasih sayang adalah sifat yang menentang dengan sifat kesombongan iblis syaitan. Semakin tinggi kuasa cinta dan kasih sayang dalam diri umat manusia semakin kurang kemusnahan dan kerosakan dimuka bumi Allah. Oleh itu,apabila kita berzakat dan bersedekah kerana Allah Ta’ala, kita bukan sahaja menolong orang lain tetapi kita menolong diri kita sendiri.

7.Suci hati (Mujahadah kerana Allah):  

Hati kita hanya satu, samada kita kita sediakan ruang sepenuhnya untuk Allah yang Maha Besar ataupun untuk makhluk2Nya.  Apabila kita letak makhluk2Nya di hati kita, kita sudah memberi ruang kepada iblis syaitan bertahta dihati kita.

8.Doa kepada Allah:

Kita adalah hamba Allah yang lemah, berdoalah kepada yang Maha Pelindung dan Maha Penerima doa untuk melindungi kita. Jadikan lah Allah teman sahabat karib kita untuk tempat mengadu, ketika kita solat ataupun di luar solat. Dengan pelindungan Allah tiada maklukNya yang boleh membawa pekara-pekara buruk kepada kita termasuk iblis syaitan. Kita tidak akan rasa sedih dan dukacita.

9.Bersyukur kepada Allah.

Bersyukurlah kepada Allah diatas segala pekara. Allah lebih Maha Mengetahui apa yang lebih baik bagi kita. Oleh itu, kita tidak sibuk untuk menyalahkan orang, situasi dan keadaan semasa. Sabarlah, masa akan membuktikan kebenaran Allah. Dengan kita betul2 yakin dengan Allah  Maha Pengampun dan Maha Penyayang, ia mengelakkan diri kita jadi manusia yang derhaka seperti iblis syaitan.

 

Adat dalam ilmu seni mempertahankan diri seperti persilatan dan taekwando, ia memerlukan praktik dan latihan mengaplikasikan segala tip dan teknik supaya sebati dengan tindakan pantas ketika proses mempertahanankan diri.  Sekiranya hanya sekadar berpengetahuan, kebarangkalian untuk gagal dalam mempertahankan diri adalah sangat tinggi. Jatuh bangun ataupun kalah masih dianggap menang kerana menang dari segi peningkatan kemahiran diri.

 

Semuga Allah yang Maha Penlindung melindungi kita semua daripada iblis syaitan yang direjam.

                          ***Dr Normal Mat Jusoh****

Save