AIR YANG MEMADAMKAN API

Insha Allah. Amin. Semuga kita adalah golongan ilmuan yang bukan sekadar tahu dan faham tetapi beramal dengan ilmunya. Amal lah dahulu sehingga kita memperolehi kesannya sebelum menyampaikan.  Apabila kita sudah mengamalkannya berkali-kali, kita akan lebih memahami selok belok ilmu tersebut untuk dikongsi bagi membolehkan orang lain mendapat nikmati hasil yang sama daripada amalan tersebut.

Apabila mereka tiada, hanya ALLAH yang ADA. Walaupun mereka ini dilihat biasa-biasa sahaja. Mereka ini, tidak sangat mempunyai apa-apa kelebihan tetapi cetusan tindakan mereka-mereka ini selalunya luarbiasa. Kehadirannya memberikan kebahagian dalam masa yang sama mengerunkan keangkuhan, kesombongan dan mengecilkan perasaan kebatilan. Kenapa terjadi begini?  Apabila sifat keakuan dan kekitaan tiada. Hanya Allah semata yang wujud maka yang berada di sisinya adalah Allah Yang Menguasai Segala-galanya, lagi Yang  Berkuasa Melakukan SekehendakNya. Ini rahsia “La illaha illa Allah, Muhammadu Rasulullah”. Tiada yang lain melainkan Allah.

Nabi Muhammad Rasul Pesuruh Allah.  Rasulullah menyampaikan ilmu melalui akhlaknya yang takut dan sangat rapat hubungannya dengan Allah.  Sifatnya seperti taman-taman syurga yang indah yang boleh dinikmati oleh pengunjungnya.  Sifat mata air suci bersih yang membuak-buak mengalir melimpah yang tak boleh dimakan api dan memadam segala api yang berada didalam sekam. Memandangkan api sudah terpadam walaupun sekam masih berguna untuk dibuat makanan haiwan dan baja kepada tumbuh-tumbahan. Sekam pun masih berguna.

Sifat air ini lah yang ingin kita capai dan jaga pada diri kita. Air yang jika dilautan akan disuling dengan pancaran mentari yang terang menyegarkan jiwa di pinggiran pantai. Jika air ini di daratan, ia akan ditapis oleh mekanisma tanah liat yang halus dan ketat bagi membuktikan kesucian dan kebenaranya untuk mengubat dahaga. Air ini ibarat jiwa yang sanggup redha diuji, dididik dan dilatih lebih daripada ribuan kali bagi membuktikan keutuhannya (seorang berbanding seribu orang) bagi tujuan memadamkan api yang sedang marak membakar simpanan padi di tanahair alam kita ini.

***Normal Mat Jusoh****