Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia di pasar. Untuk sampai pasar, dia perlu naik kenderaan awam. Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui sawah padi.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual. Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang biasanya dagangannya biasanya habis dijual.
Satu hari tu, semasa dia melalui sawah nak menuju jalan raya bagi menaiki kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah. Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Oleh itu bukan tidak dapat untung tapi juga kerugian modalnya.
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan “menyalahkan” Tuhan, mengapa dia diberi ujian sebegini sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi. Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar berita, bahwa kenderaan yang disewanya setiap hari pada pagi itu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak dapat untuk berniaga pada hari tersebut dan membawa pulang semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan kemek.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari beliau dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya peternak itik itu mencari tauhu yangg rosak ataupun hancur kerana ianya hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Peniaga itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik tu…
PENGAJARAN.
Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadang-kadang ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Tuhan Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri. Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh juga, apalagi mengutuk!
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Allah menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya.
****Sumbangan daripada hamba Allah****