Tunas Harapan Visi Misi Objektif

Tulip

TUNAS HARAPAN. KEPIMPINAN GENERASI MUDA (JAN 2015)

Visi

Pada tahun 2025, pada ketika itu kita boleh lihat, kita mempunyai anak bangsa yang cukup dari segi quantiti dan qualiti untuk jadi tokoh-tokoh kepemimpinan yang boleh membawa bangsa kita dan negara kita jadi terkemuka di Alam ini.  InshaAllah,  Amin.  Tahun 2025 di ambil kira sempena Pelan Pendidikan Pengajian Tinggi Negara 2015-2025.

Daripada Masyarakat Untuk Masyarakat.

Misi

Menanam dan membangunkan anak muda generasi kita dengan;

  • Hati yang bulat dengan khalimah syahadah “Lailahaillaallah” (Tiada Tuhan Melain Allah)
  • Sel pemikiran yang penuh dengan gema/dengungan suara khalimah Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
  • Denyut nadi aliran darah yang dialirkan oleh jantung yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SWT.

Generasi anak muda yang beginilah yang akan berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat dan negara dengan ketaatan dan keikhlasan. Taat dan Ikhlas kepada Allah tanpa sifat takabur, riak dan ujud.

Objectif

Melahirkan anak muda yang cakna/ambil kisah. Menyingkirkan sikap dan khalimah Ini bukan urusan saya dalam masyarakat. Sikap “Bukan Urusan Saya” akan menjadikan penyebab utama kemunduran sebuah masyarakat yang membawa masalah kepada setiap individu dalam masyarakat itu sendiri. Contoh; masalah ketagihan dadah dan lain-lain.

Oleh itu;   peserta-peserta dalam program dan aktiviti-aktiviti  tunas harapan dalam pelbagai nama, bentuk dan suasana akan mengutamakan penyertaan anak-anak miskin dan yatim seluruh Malaysia. Istilah anak-anak miskin di sini bukan sahaja miskin harta, tetapi miskin kefahaman agama dan miskin kasih sayang.

Anak-anak muda yang berjaya kita latih nanti, InshaAllah, anak-anak muda yang mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. Anak-anak muda yang menjadi tokoh-tokoh pemimpin yang berjaya mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan kepada kekayaan dengan gaya hidup yang sederhana dalam emosi, pemikiran dan tindak tanduk. Keyakinan yang tinggi kepada Allah ini dibina atas dasar dunia ini adalah tempat persinggahan dan akhirat lah adalah sebagai tempat tujuan.  Kualiti mereka  seorang  berbanding dengan 1000 orang. Arus  super  mega tsunami yang akan menghancurkan kebatilan di akhir zaman.

Pelan Bertindak/ Cara Pelaksanaan

Berusaha capai dan jaga, misi dan objectif untuk diri sendiri. Bergabung, bantu membantu, sokong menyokong individu, ibubapa, NGO dan organisasi  yang mempunyai misi dan objektif yang sama. Kesatuan hati yang Maha Pelindung adalah Penaungnya. Rasulullah dan para sahabat menjadi Penasihat  melalui sunnahnya dan cerita-cerita  perjuangan mereka sebagai suri tauladan dalam kehidupan. Insha Allah. Amin