Kawal marah dan baran dengan 6 sunnah Nabi Muhammad SAW

DALAM sebuah hadis masyhur, Nabi Muhammad SAW berulang kali pesan supaya kita jangan marah.

Sesungguhnya, ia bukan sekadar peringatan semata-mata, tetapi perlu disematkan dalam ingatan setiap masa.

Bukan apa, apabila seseorang dalam keadaan marah dan baran, apa sahaja boleh jadi. Malah, ada yang bertindak di luar kawalan.

Lihat sahaja contoh yang berlaku di sekeliling dan kejadian yang menggemparkan negara baru-baru ini. Ada nyawa yang melayang dek kerana diri dikuasai perasaan amarah tersebut.

Seorang pengguna akaun platform X, @Muzuzxck berkongsikan tip dari sunnah Nabi Muhammad SAW untuk kita mengawal perasaan marah dan baran.

Berikut perinciannya:

1. Duduk jika sedang berdiri, baring ketika sedang duduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Mengambil wuduk.

Ini kerana perasaan amarah itu sebenarnya daripada syaitan, sementelah makhluk tersebut dicipta pula dari api. Maka cara memadamkannya adalah juga dengan air.

‘Atiyyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan dari api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah, hendaklah berwuduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

3. Usah buat keputusan ketika dikuasai amarah.

Ia penting kerana kerasionalan seseorang mungkin terjejas akibat emosi dan amarah yang meluap-luap.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.” (Sahih Muslim)

4. Diam.

Apabila seseorang marah, perkataan yang meluncur keluar dari bibirnya boleh merugikan diri. Demikian kalam yang dinukilkan dari kitab al-Adab al-Mufrad karangan Imam al-Bukhari.

5. Kurangkan melayari media sosial.

Perkara itu kelihatan remeh, namun ketahuilah impaknya begitu dahsyat sekali. Masakan tidak, ia boleh menyemarakkan api kemarahan yang lebih membara jika kita banyak melihat kemarahan yang lain.

6. Banyakkan beristighfar dan berselawat.

Dengan cara itu, ia berupaya membantu menenangkan jiwa sedikit demi sedikit.

Dalam pada itu, Muzuza yang juga penulis buku kerohanian menegaskan, sikap panas baran boleh membunuh kita dari dalam.

“Maka tenangkanlah diri masing-masing,” coretnya dalam hantaran di akaun media sosialnya.

Sinar Harian

Benarkah penghuni syurga ramai orang miskin?

DILABEL miskin membuatkan diri terasa amat terhina dan serba kekurangan. Mengertilah, itu hanya pandangan kita dan sebilangan manusia sahaja. Miskin di dunia, tidak bererti kita juga daif di akhirat. Ketahuilah, penilaian di sisi ALLAH SWT … [Continue reading]

Aib orang sama mahalnya dengan air muka sendiri

JARI-JEMARI begitu laju menekan butang huruf di skrin telefon. Dek kerana tidak mahu dikatakan ketinggalan isu paling terkini, otak ligat memikirkan ayat paling hebat, berbaur sedikit sindiran dan kecaman tatkala membuat hantaran di media … [Continue reading]

Ramai ‘sangkut‘ di akhirat kerana dosa sesama manusia

RAMAI manusia ‘sangkut‘ di akhirat bukan disebabkan dosa dengan ALLAH SWT, tetapi melibatkan urusan dosa sesama manusia. Perbuatan itu termasuklah dosa menjaja aib orang lain yang boleh menjadikan seseorang tergolong dalam kelompok muflis … [Continue reading]

Sebut ungkapan yang baik dikira sedekah

JIKA semua sedar dan tahu bahawa ungkapan yang baik itu ditulis sebagai sedekah oleh ALLAH SWT, pasti ramai berbuat demikian. Tiada gunanya kita menggunakan perkataan kesat dan menyakitkan hati serta telinga kepada orang lain. Bukan sahaja … [Continue reading]

Amalkan 3 fiqh solat ini ketika ruang sesak dan ramai orang

MESKIPUN cuti sekolah hanya berbaki lima hari lagi, namun suasana lebuh raya masih sibuk dengan kenderaan bertali arus. Barangkali ada yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung mahupun pergi bercuti. Tambahan pula sudah hujung tahun, … [Continue reading]

‘Pandai siang ikan atau tidak, ketaatan kepada ALLAH dan rasul serta suami lebih utama’

PENUH garis masa (timeline) di media sosial bercerita perihal siang ikan dalam beberapa hari ini. Pelbagai komen-komen ditinggalkan oleh warga siber. Ada yang mengecam, tidak kurang juga yang memandangnya dari sudut positif dan … [Continue reading]

Refleksi hujung tahun 2023

BERBAKI dua hari untuk kita melangkah ke tahun 2024. Sudah sampai masanya kita sedar dan melakukan audit terhadap diri sendiri. Mungkin kedengaran agak klise lantaran ambang tahun baharu sering dikaitkan dengan pembaharuan azam. Namun sedar … [Continue reading]

Mencari ilmu yang benar

SECARA kasar, ilmu sekarang nampak banyak dan luas. Kolej dan universiti tumbuh di mana-mana. Perisian internet yang menyediakan segala macam maklumat juga wujud dengan banyaknya. Malah salah satu perisian internet canggih terkini, Chat-GPT … [Continue reading]

Hati keras, sukar terima nasihat jika terus berbuat dosa

BANYAK kajian menyaksikan pengabaian ketara terhadap solat dalam kalangan masyarakat. Antaranya penyelidikan dijalankan Norzila Ahmad (2019) dan Azhar Mohd Nawi (2021). Solat Subuh dan Asar didapati antara ibadah yang sering diremehkan. … [Continue reading]