Fakta Menarik – Penghawa Dingin

Tahukah anda, teknologi Aircond (AC) zaman kuno sudah wujud sejak abad ke-14? Bagi pelancong yang ke Iran, mereka berpeluang untuk melihat teknik kuno penghawa dingin tersebut.

Pada musim panas, Kota Yazd yang berjarak 625 km dari Ibukota Teheran akan bersuhu 40 darjah Celcius. AC yang dimaksudkan itu adalah cerobong yang memiliki lubang-lubang penangkap angin.

Penangkap angin itu akan menarik suhu sejuk ke bahagian bawah rumah, baik ke ruang tamu atau ke ruang penyimpanan bawah tanah bagi menyejukkan makanan yang mudah rosak.

Menurut kajian, penangkap angin itu dapat mengurangkan suhu dalam sesuatu ruang sekitar 10 darjah. Dari Parsi kuno dan Mesir sampai ke Babylonia dan Arab, peradaban kuno telah menyesuaikan seni bina bangunan mereka dengan mengembangkan kaedah pengudaraan secara semulajadi.

Contoh penangkap angin ini dapat ditemui di Timur Tengah, Mesir, Pakistan dan India. Namun, oleh kerana penangkap angin ini terletak di titik tertinggi bangunan, ianya terdedah terhadap kerosakan.

Penangkap angin tertua di Iran dibuat pada abad ke-14. Rujukan mengenai penangkap angin itu sudah tertulis dalam karya penyair Parsi sejak abad ke-5, Nasir Khusraw.

Sebahagian besar penangkap angin yang terdapat di atap-atap rumah Kota Yazd berbentuk segi empat, Heksagon, atau Oktagon dengan masing-masing mempunyai lubang dari empat sudut untuk menangkap angin yang bertiup dari pelbagai arah.

Angin di bandar Yazd datang dari pelbagai arah, ia tidak seperti di Maybod, sebuah bandar kecil sekitar 55 km barat laut Yazd, di mana penangkap angin hanya memiliki satu saluran masuk untuk mencegah angin berdebu yakni dari angin gurun yang bertiup dari utara.

Namun di Yazd, ia dikelilingi oleh pegunungan yang menghalang hadirnya angin gurun. Di waktu tiada angin, penangkap angin itu akan bekerja sebagai cerobong cahaya yang mencipta tekanan dan mampu mendorong udara hangat ke atas dan keluar melalui menara sekaligus membuatkan rumah terasa lebih sejuk didalam berbanding diluar.

Penggunaan penangkap angin kini sudah tiada lagi berikutan munculnya AC moden. Kini, masyarakat di sana meninggalkan rumah tradisional mereka dan menghuni rumah-rumah yang lebih moden. Rumah-rumah menjadi kosong atau disewakan kepada pendatang dan pekerja.

Rumah disana juga telah dibeli oleh orang-orang kaya di Teheran atau Shiraz dan mereka mengubahnya menjadi Hotel. Kota Yazd telah menjadi Warisan Dunia Unesco pada tahun 2017 yang mendorong adanya pelestarian beberapa seni bina yang memiliki nilai sejarah.

 

Credit : Jasson King Fans Official

Speak Your Mind

*