Archives for December 21, 2018

Panduan Masuk Rumah Baru

 

Setiap orang yang membeli rumah baru sememangya suka dan teruja apabila mendapat kunci. Hari penerimaan kunci rumah baru adalah merupakan hari yang sangat bermakna kerana mungkin rumah yang dibeli adalah untuk diduduki bersama keluarga tercinta. Sudah pasti sentiasa fikir berkenaan kecantikan rumah tersebut sehingga lupa untuk membuat semakan yang mana boleh menyebabkan mereka menyesal seumur hidup mereka.

SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU

Bila kita terima kunci rumah dari pemaju, mohon semak dulu ruang ini.

Pemaju akan menanggung kecatatan rumah dalam tempoh 18 – 24 bulan kehadapan. Jangan ubah suai rumah dalam tempoh ini sebaiknya kawan.

1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.

2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.

3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.

4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.

5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.

6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.

7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.

8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.

9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!

10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.

11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.

12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.

13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.

14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.

15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata.

Semoga kalian semua mendapat manfaat, sila kongsikan tips ini untuk sahabat – sahabat anda sekalian.

 

Credit : mohdzaki.com

Tanda Anda Berjaya Dalam Temuduga

 

Credit : norizan sharif

Fakta Menarik – Bayi

Anda mungkin menyangka yang anda kenal dengan bayi anda. Tetapi jangan tak tahu, mereka sebenarnya lebih hebat dari yang anda sangka.

Tiada apa yang lebih comel melainkan bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada tahap kecomelan yang luar biasa, ada juga beberapa fakta menarik tentang bayi yang mungkin anda tidak pernah tahu.

Jom kita baca lebih lanjut apa agaknya yang istimewa tentang bayi – ia mungkin akan memeranjatkan anda!

#1: Bayi Boleh Menangis di dalam Rahim

Kali pertama keluar dari rahim ibu dan ditepuk punggungnya oleh doktor, bayi selalunya akan menangis. Tetapi, itu bukanlah kali pertama ia menangis.

Sebenarnya, menurut kajian, mereka sudah boleh menangis sejak di dalam rahim lagi – secara senyap. Ada satu kajian ultrasound telah dibuat oleh para pengkaji dan didapati fetus mampu menunjukkan tabiat menangis di dalam rahim iaitu dengan membuka mulut, menekan lidahnya, menggetarkan bibir bawah dan menarik nafas dengan laju.

#2: Bayi Tiada Kepala Lutut

Sebenarnya, mereka ada kepala lutut namun ia masih lembut dan digelar tulang rawan. Jika bayi yang baru dilahirkan diletakkan di dalam x-ray, tulang lutut mereka tidak akan kelihatan. Tulang rawan itu hanya akan mula terbentuk secara sempurna pada usia 10 hingga 12 tahun!

#3: Berat Kepala Bayi

Apabila bayi yang baru lahir ditimbang beratnya, hampir 25% daripada berat berkenaan datang daripada kepala bayi! Disebabkan peratusan berat kepala yang besar dan leher yang masih belum kuat terbentuk, amat penting untuk kita menyokong kepalanya apabila mendukung mereka.

#4: Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Orang Dewasa

Lagi satu fakta menarik tentang bayi yang mungkin akan membuat anda berkata ‘wow’ adalah jumlah tulang bayi yang baru lahir adalah lebih banyak daripada orang dewasa!

Mereka mempunyai 300 tulang dan orang dewasa hanya 206. Tulang-tulang ini kemudiannya akan bercantum semasa mereka membesar dan berakhir dengan jumlah biasa iaitu 206.

#5: Bayi Boleh Bernafas dan Menelan Pada Waktu Yang Sama

Cuba anda buat perkara ini: bernafas dan menelan air liur/makanan pada masa yang sama. Tidak boleh bukan?

Ini adalah kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda dikenali sebagai epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila anda menelan sesuatu.

Namun, bayi dikatakan mampu untuk bernafas dan menelan pada waktu yang sama! Ini adalah supaya mereka boleh menyusu dan bernafas serentak.

#6: Bayi yang Baru Lahir Tiada Air Mata

Apabila bayi yang baru lahir meraung atau merengek, mereka sebenarnya tidak mengeluarkan air mata – mereka hanya mengeluarkan bunyi sahaja. Ini adalah kerana ia masih belum terbentuk.

Pada usia yang sangat muda sebegitu, mata mereka hanya mampu menghasilkan cecair yang cukup untuk memastikan mata mereka lembap dan sihat – bukannya banyak untuk mengeluarkan air mata.

Selalunya, ia mula keluar pada usia 3 hingga ke 12 minggu.

#7: Penglihatan Bayi Adalah Sebaik Orang Dewasa

Ada orang menyatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak boleh nampak apa-apa. Namun, sains menyatakan bahawa mata mereka sudah pun mampu melihat dengan baik sejak lahir.

Namun, otak mereka masih belum mampu memproses dengan baik. Mata mereka juga belum mampu untuk memfokus dengan tepat.

Sebab itulah, pandangan mereka hanya terhad pada sekitar 8 ke 12 inci daripada mata mereka sahaja sebulan pertama selepas dilahirkan.

#8: Bayi Kenal Ibu Mereka Dahulu Sebelum Bapa

Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan boleh mengesan suara dan bau ibunya sebaik sahaja dilahirkan? Mereka juga hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mengenal rupa ibu dan membezakannya dengan orang dewasa yang lain. Suara dan keberadaan ibu yang hampir dapat menenangkan mereka berbanding orang lain. Sweet, bukan?

#9: Bayi Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa

Bayi sememangnya seorang superpower. Bukan sahaja mereka mempunyai tulang yang lebih banyak dan mampu bernafas dan menelan serentak, mereka juga bernafas dua kali lebih laju daripada orang dewasa – 130 hingga 160 kali seminit!

#10: Bayi Boleh Tahu Arah Arah Bunyi

Kan kami sudah beritahu anda, bayi adalah seorang superpower! Bayi boleh mengetahui dari mana bunyi datang hanya selepas 10 minit dilahirkan.

Sebab itulah mereka mudah terkejut dan bergerak apabila terdengar bunyi yang kuat. Pada usia 4 hingga ke 8 bulan pula, mereka sudah pandai untuk memusingkan kepala ke arah bunyi yang mereka dengar.

Menarik bukan ciptaan Tuhan? Semuanya telah direka dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Gunakan fakta menarik tentang bayi ini untuk mengenali si kecil anda dengan lebih baik. Kongsikan juga artikel ini jika anda rasa ianya menarik!

 

Credit. theAsianparent