Archives for October 2019

CHINA COVERS 3.7 MILLION SQUARE MILES AND IS HOME TO A VAST 1.3 BILLION PEOPLE, THE WORLD’S LARGEST POPULATION

Swimmers wrestle with colourful rubber rings at a pool in Daying county, Sichuan Province, this past August, in a situation that looks anything but relaxing. Between the late 1970s and January of this year, it controlled its fast rising numbers with a one-child policy. One-child policy China adopted in the 1970s that it claims has prevented 400million births, but demographers have called the claim into question.

 

More than 1,700 secondary school students in Yichuan, Shaanxi province, sat this exam in 2015, which had to take place in its open-air playground due to lack of space inside. A two-child policy has since replaced old laws, so its massive population is set to rise steeply once again.

 

Shanghai Hongqiao Railway Station, which sees an enormous number of travellers and commuters pass through its halls.

 

Outside Beijing’s International Airport, taxi drivers – one shirtless – line up to await passengers in the sweltering summer heat.

 

Amid a sea of wheels and handlebars in Beijing, a woman who has somehow located her own bike prepares to cycle away.

 

At a university is Wuhan, Hubei province, students sleep on mats laid out on an air-conditioned gym floor to escape the heat.

 

Thousands upon thousands of job-seekers collect eagerly around booths at a job fair in Chongqing, southwestern China.

 

This summer in Dalian, Liaoning Province, countless beaches were packed full of sunbathers and crowded with parasols.

 

College students queue up for a job fair in 2014, which roughly 50,000 people attended in Zhengzhou, Henan province.

 

People queue up before viewing the soaring tide near the bank of Qiantang River in Hangzhou, Zhejiang province in 2010.

 

Vehicles are seen on a snaking avenue during the evening rush hour at sunset in Beijing in 2014, surrounded by skyscrapers.

 

Credit: pelikaneh.blogspot.com

TEN FUN FACTS ?

RESIPI DIET KETIKA BEKERJA YANG MUDAH

Biasa kalau kita fikir nak diet, kita mesti fikir samada ia sesuai dengan kita yang sibuk bekerja. Tu yang kita fikir, nak diet time puasa lah, time cuti lah.. tapi jadi tak plan tu, atau terkandas di tengah bulan.. ?

Jadi lihat senarai resipi yang dikumpulkan di sini, yang dipilih berdasarkan persediaannya yang mudah (atau boleh buat selonggok terus untuk bekal seminggu) dan pastinya mengenyangkan ketika berdiet.

Alang-alang tengah sibuk, masa makan sumbat ja resipi ni, tak payah fikir nak makan lauk apa, lulus ke tak masa dekat food court/cafe nanti. Hanya masak dalam kuantiti 2,3x makan ketika di hujung minggu, dan simpan dalam bekas asing-asing. Capai berapa banyak korang nak, panaskan sebentar (masa korang tengah pakai baju dan mekap2 ke) dan siap dah.

*pastikan juga makanan yang dipilih sesuai dengan diet dan/atau isu kesihatan korang ya. Ada orang alergik sekian-sekian, jangan le korang makan karang mc pulak.

TELUR REBUS DENGAN SERBUK PAPRIKA
Resipi yang paling mudah untuk disediakan kerana korang hanya perlu rebus telur dalam 10 minit gitu ja. Dan kemudian boleh tambah perasa ikut suka, dengan paling asas ialah sedikit kicap. ?

Atau boleh cuba dengan serbuk paprika, seperti dalam gambar ini. Cuma telur rebus ini adalah resipi deviled eggs (jangan tanya kenapa nama dia begitu), namun prinsipnya sama ja: perencah atas tu boleh dipelbagaikan ikut selera korang.

Hari-hari makan telur rebus muak kot.

Sapa yang letak mashed avocado dekat telur rebus dia memang hipsturrr

RESIPI MUFIN TELUR
Yang ini pula resipi peberet Shai sebab ada perisa sikit, iaitu mufin telur. Hanya pukul telur secukupnya, tambah bahan yang korang nak (paling basic hirisan cili, bawang, dan tomato) dan bakar dalam acuan atau di oven sehingga masak. Mufin ni tahan disimpan 3-4 hari dalam peti sejuk bawah, jadi buat lah banyak sikit untuk mudahkan kerja korang.

*sama juga kalau korang nak buat dalma bentuk telur hancur. Maklumlah telur ni sangat versatil.

Kimchi pun boleh letak. Ada orang nak letak tempoyak pulak tak? Hehe

SAYUR YANG DI KUKUS DENGAN SEDIKIT MAYONIS
Sayur yang di kukus/ stim adalah antara hidangan sayuran yang paling sihat kerana kandungan nutrisi dalam sayur tu masih banyak lagi (berbanding stir fry). Pilih sayuran pilihan korang yang rangup seperti kacang buncis ke, brokoli, kacang botol, terung, kentang, dan lobak dan kukus.

Untuk mudahkan kerja korang, potong siap2 sayuran pilihan ini dan simpan dalam bekas di dalam peti. Masa nak kukus tu keluarkan sebanyak yang perlu dan kukus sementara korang bersiap. Ikuti rajah di bawah untuk bajet masa mengukus. Kalau dressing seperti mayonis, malah sekadar minyak zaitun boleh buat disiapkan lebih awal sebab ia lebih tahan lama.

Kredit: http://www.theproducemom.com/2016/04/07/how-to-steam-vegetables/

AYAM GORENG, IKAN GORENG
Lauk pauk bergoreng/bakar seperti ayam, ikan, dan daging pasti menjadi pilihan ketika berdiet. Dan sebagai rule umum, apa sahaja resipinya tak kira goreng, bakar, dalam bentuk lauk dan sup boleh ja korang makan sehingga kenyang sebab ia adalah sumber protein.

Hanya korang masak siap2 waktu weekend, asingkan ikut portion yang biasa korang makan dalam satu bekas, dan panaskan semula (dekat microwave/periuk). Setel satu kerja. ?

Tangkap leleh tengok ayam goreng ni. Kalau diet hanya ambil isinya ja ya. Kredit: http://www.lodgemfg.com/recipe/mother-s-favorite-fried-chicken

SANDWIC TUNA, AYAM, TELUR
Yang best, resipi sandwic ni paling mudah korang nak sediakan sebab boleh je gunakan bahan apa yang ada (melainkan korang nak canggih macam dekat Subway tu). Shai sendiri, ada lebihan isi ayam dari lauk sebelum ini, dihiris halus untuk dijadikan sebagai bahan untuk sandwic.

Tinggal hiris bawang, tomato, dan tuang mayonis sedikit, sebelum digaul.

Kalau nak rasa kick sikit, letak sedikit sos cili (ala-ala mexican gitu). Atau nak rasa Italian letak serbuk mixed herbs sedikit untuk rasa lemon dan tangy. Setel.

Buat satu bekas banyak, boleh tahan 3-4 hari. Macam biasa korang asingkan ikut portion satu hari korang makan. Rotinya pula beli satu letak dekat meja pejabat. Bila lapar makan ja, sambil buat kerja. Jimat kan?

*boleh guna dengan telur sekali, sebaiknya dalam bentuk telur hancur untuk tekstur yang lebih creamy. ?

KESIMPULAN
Resipi diet ketika bekerja ini akan di update ja kalau ada resipi terbaru yang sesuai dalam senarai ini. Semoga membantu korang untuk berdiet ya. Share di fb korang, supaya senang cari balik blog post ini. ?

Credit: mommysado.com

Secret Toadhead Agama

Berikut adalah beberapa gambar cicak yang dikenali sebagai Secret Toadhead Agama dari (famili agamidae), atau nama saintifiknya Phrynocephalus mystaceus.

Dalam 44 spesies yang tersenarai dalam genus Phrynocephalus, hanya P.mystaceus sahaja yang mempunyai ciri yang agak istimewa, iaitu lapisan kulit pada bahagian tepi mulutnya yang boleh dibuka. Saintis menggelar lapisan kulit tersebut sebagai “Labial flap”.

Bukan labia minora ya?.

Lapisan kulit tambahan tersebut digunakan cicak ini sebagai salah satu cara untuk ia mempertahankan diri.

Sekiranya cicak ini merasakan dirinya terancam, ia akan menggulung ekor, seterusnya membuka rahang seluas-luasnya. Pada masa yang sama, “labial flap” itu akan dibuka. Kemudian, cicak akan mendesis memberi amaran.

Selain daripada langkah mempertahankan diri, apabila bersaing dengan cicak lain, walaupun dari spesies yang sama, ia akan bertindak agresif, sama ada untuk melindungi kawasan atau hak untuk mengawan.

Mungkin ciri istimewa cicak ni menjadi sumber inspirasi kepada makhluk fiksyen “Predator”, di dalam filem Hollywood tu kan?

Credit: Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin

Kertas Saintifik Paling Pendek Dan Ringkas

Tahukah anda bahawa kertas saintifik paling pendek dan ringkas yang pernah diterbitkan tidak mempunyai sebarang isi pun?

Dan kertas saintifik tersebut “ditulis” oleh Dennis Upper. Beliau merupakan seorang ahli psikologi klinikal yang mengalami kesukaran untuk menulis, a.k.a ‘Writer’s Block’.

Bagi menghadapi permasalahan beliau itu, Upper kemudiannya bereksperimen, iaitu dengan mencuba untuk menulis kertas saintifik.

Eksperimen beliau bagaimanapun gagal (gagal untuk menulis). Tetapi umumnya di dalam bidang sains, jika eksperimen tersebut tiada hasil atau keputusan sekalipun, ia tetap dikira sebagai satu keputusan.

Kertas saintifik tersebut bagaimanapun tetap berjaya untuk diterbitkan di dalam “Journal of Applied Behavior Analysis” pada tahun 1974.

 

—-

References:

Upper, D. “The Unsuccessful Self-Treatment of a Case of Writer’s Block”. Journal of Applied Behavior Analysis. (1974) Fall; 7(3): 497
DOI: 10.1901/jaba.1974.7-497a

 

Credit: Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin

ABRAHAH: LALUAN YANG DITEMPUHI OLEH PASUKAN BERGAJAH MENYERANG KOTA MEKAH.

Peristiwa serangan tentera bergajah yang berlaku pada Tahun Gajah 570 M (mengikut sumber Islam) sudah diketahui meluas oleh majoriti umat Islam, khususnya pada tahun tersebut juga, lahirlah seorang utusan Allah swt yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.

Abrahah al-Asyram (Si Wajah Terbelah) merupakan salah seorang gabenor yang mewakili Raja Kaleb (Pemerintah Kerajaan Aksum di Habsyah) menguasai wilayah Yaman yang berpusat di kota Sana’a. Pada waktu ini, jajahan kerajaan Aksum meliputi wilayah Aksum, Adulis, Wiqro (Afrika) dan Najran, Sana’a, Zafar, Aden, Marib, Shibam, Qana, Samham (Arab). Sumber lain pula menyatakan yang Abrahah menghadapi beberapa siri peperangan dengan kerajaan Aksum setelah beliau merampas kuasa di Yaman. Setelah kemenangannya, beliau menjadi raja yang merdeka dengan gelaran Raja Abrahah al-Asyram.

Abrahah juga mempunyai misi besar untuk membangunkan geoekonomi wilayah Yaman dengan menciptakan bandar perdagangan yang besar di selatan Semenanjung Arab yang menghubungkannya dengan wilayah Syam yang berada di utara. Agama rasmi di kota Sana’a, Yaman pada waktu ini adalah agama Kristian sepertimana agama yang diamalkan oleh kerajaan Aksum di Habsyah (Ethiopia).

Tetapi untuk membangunkan misinya ini, Abrahah perlu menghapuskan penghalang utamanya, iaitu kota Mekah. Ada dua sebab mengapa Abrahah ingin menyapu habis kota Mekah dari bumi Arab.

Pertama, kerana kedudukan kota Mekah yang berada di tengah-tengah Semenanjung Arab ia tidak langsung menjadi sebagai sebuah tempat persinggahan rasmi para kafilah dagang dari Syam.

Kedua pula, di kota Mekah wujud sebuah binaan yang digunakan oleh masyarakat Arab pada waktu tersebut untuk beribadah iaitu Kaabah. Selain masyarakat kota Mekah dah disekitarnya, masyarakat Syam juga datang ke Mekah untuk beribadah di Kaabah. Dua hal ini memaksa Abrahah untuk melakukan dua hal, iaitu pertama membina sebuah gereja bernama al-Qullays (Ekklesia) di kota Sana’a (560 M). Kaedah ini digunakan oleh Abrahah untuk menciptakan sebuah simbol ibadah untuk menarik para penziarah dan kafilah dagang datang ke kota Sana’a tanpa perlu bermukim di kota Mekah. Abrahah menghantar utusannya ke empayar Rom Timur dan kerajaan Aksum untuk meminta bantuan menghantarkan bahan bekalan seperti emas, mozaik dan tenaga pekerja yang mahir dalam projek membina Gereja al-Qullays.

Gereja yang dibina oleh Abrahah dibina dengan sangat megah, dihiasai dengan pelbagai perhiasan sehinggakan Abrahah merasa, gereja indah miliknya mampu menyaingi binaan Kaabah.

Tetapi hasilnya tetap nihil. Impiannya menyimpang jauh seperti yang diharapkan. Tiada sesiapa yang berhasrat ingin mengunjungi gereja miliknya apatah lagi untuk memuji hasil jerih payah usahanya untuk membangunkan wajah kota Sanaa. Tatkala kota Yaman yang dihiasai dengan gereja indah sepi tanpa pengunjung, kota Mekah semakin sesak dipenuhi oleh manusia. Abrahah semakin dirasuki dengan hasad dengki. Beliau wajib melakukan langkah terakhirnya iaitu menakluk kota Mekah dan menghancurkan Kaabah buat selama-lamanya.

“Daun-daun yang dimakan ulat..”.

Maka, berlakulah sebuah peristiwa gempuran pasukan bergajah Abrahah menuju ke kota Mekah. Dan kisah ini berakhir dengan tragis yang dimana pasukan tentera bergajah pimpinan Abrahah dihancurkan oleh sekumpulan burung Ababil yang membawa batu dari neraka. Niat buruk Abrahah dilenyapkan oleh Allah swt tanpa jejak. Peristiwa ini diwahyukan Allah swt di dalam Quran, Surah al-Fil (Gajah).

Baik, daripada kisah ringkas di atas, kita sudah tahu bagaimana ia dikenali sebagai Tahun Gajah, mengapa Abrahah ingin menghancurkan Kaabah dan bagaimana pengakhiran riwayat hidup Abrahah. Tetapi bagaimana pula maklumat penting yang kita lewatkan tanpa sedar? Jalur apakah yang digunakan oleh Abrahah dan tentera bergajahnya menuju ke kota Mekah? Mengapa kita ingin mencari tahu jalur ini sedangkan ia tidak penting? Tidak, ia memang penting. Penemuan jalur dan jejak sejarah laluan yang digunakan oleh Abrahah mampu membuktikan lagi kebenaran kisah yang sudah dinyatakan di dalam kitab suci agama Islam, Quran. Kitab yang mengisahkan sebuah peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw. Bukan sebuah kitab karangan manusia, tetapi wahyu Allah swt.

Pada tahun 2014 yang lalu, sekumpulan penyelidik geologi dari Universiti Raja Saud menemukan beberapa rekod penting berkaitan jalur yang digunakan oleh Abrahah dari kota Yaman menuju ke kota Mekah.

1. Gabenor Abrahah memimpin pasukan tenteranya keluar daripada kota Sana’a, Yaman ke arah utara menuju ke Najran lalu menuju ke timur Asir.

2. Dari wilayah Asir, Abrahah menyambung perjalanan bersama pasukannya menuju ke timur Baha.

3. Setelah mencapai wilayah Baha, Abrahah tanpa lengah membawa pasukannya menuju ke kota Mekah.

Tiga jalur utama ini dikemukakan setelah ahli geologi tersebut menemui beberapa buah petunjuk penting iaitu inskripsi catatan lukisan gajah pada batu-batuan di sekitar gunung al-Qahr (Najran), penemuan perigi lama di daerah Hafaer (timur Asir) dan jalan berbatu yang tersusun kemas berhampiran Kara di daerah Aqeeq (negeri Baha). Pembaca boleh merujuk jalur yang digunakan oleh Abrahah pada gambar peta dibawah.

Ketua yang memimpin ekspedisi penyelidikan ini, Mohamed al-Amry menyatakan, mereka telah menemui beberapa buah jalur jalan berbatu di daerah Tathlih dan Baha. Selain itu, bukti ini dikukuhkan dengan penemuan tulisan Humairiya yang menyebutkan tentang sepasukan gajah. Selain digunakan sebagai jalan utama untuk para pedagang, selalunya jalan berbatu seperti ini dibina oleh sesebuah kerajaan untuk memudahkan perjalanan pasukan tenteranya menempuhi pelbagai daerah lain dalam waktu yang singkat.

Dengan penemuan ini, ia secara tidak langsung mampu mengukuhkan lagi kebenaran kisah yang disampaikan dari Quran.

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”.

(Surah Yusuf ayat 111).

Wallahu’alam.

Peta yang menunjukkan jalur perjalanan yang digunakan oleh Abrahah memimpin pasukan bergajah dari kota Sana’a menuju ke kota Mekah.

 

Jalan raya berbatu yang ditemui berdekatan Kara di daerah Aqeeq dalam negeri Baha, Arab Saudi.

Lukisan dan tulisan gajah-gajah pada batu-batuan yang ditemui di sekitar pergunungan al–Qahr dalam tulisan Humairiya.

 

Sumber rujukan:

1. History of at-Tabari, Vol. 5, Holders of Power After Ardashir bin Babak oleh At-Tabari.

2. Sacred Precincts: The Religious Architecture of Non-muslim Communities Across the Islamic World (Arts and Archaeology of the Islamic World) oleh Mohammad Gharipour.

3. Trans-arabian routes of the pre-Islamic period oleh Daniel D.Potts (1985-1986).

4. Saudis retrace route of Abraha’s army that came to destroy Kaaba, Arab News, 2014.

– TAMAT –

Credit: Yoo Mat

Botol Susu Zaman Prasejarah.

Ya tuan-tuan dan puan-puan yang sudah ada anak ataupun yang masih bujang/andalusia kesepian. Inilah bentuk botol susu yang dikenalpasti berasal dari zaman Gangsa yang berusia sekitar 5000 tahun.

Bekas-bekas tanah liat yang menyerupai macam kanggaru ini ditemui di tapak penggalian manusia zaman Gangsa di Jerman tepatnya, bekas ini ditemui terkubur bersama tulang rangka budak kecil. Selain Jerman, bekas tanah liat ini juga ditemui di tapak penggalian di Czech dan Austria.

Pada mulanya, bekas tanah liat ini disangkakan hanyalah sebagai sebuah perhiasan atau permainan anak-anak, sehinggalah beberapa orang saintis mengambil artifak ini untuk diselidiki. Setelah dikaji melalui beberapa analisis dan pengekstarakan, mereka menemui molekul ‘lipid’ yang berada di dalam bekas-bekas ini dan selalunya molekul seperti ini hanya wujud pada lemak dan minyak.

Kajian dilanjutkan dan keluarlah teori yang menyatakan bekas tanah liat yang kecil ini merupakan botol susu yang digunakan oleh ibu bapa untuk menyusukan anak mereka. Selain susu lembu, bekas ini juga diisi dengan susu kambing dan biri-biri.

Dengan penemuan seperti ini, dunia pengetahuan sekali lagi menemui jawapan bagaimana orang tua zaman dahulu memberikan susu kepada bayi atau anak-anak kecil mereka.

Selain digunakan oleh manusia Gangsa di Jerman, bekas seperti ini juga ditemui di dalam peradaban Yunani, Rom dan Sudan. Rupa-rupanya, botol susu tanah liat sudah ‘hype’ dan mendunia pada suatu ketika dahulu sehinggalah manusia modern menciptakan botol susu daripada plastik dan dibentuk dalam bentuk yang membosankan. Bentuk botol.

Yeah. Manusia zaman prasejarah lebih kreatif daripada manusia zaman modern. 1-0.

Tapi, yang peliknya, bentuk macam kanggaru itu, mana muncung puting susunya? Di mulut kanggaru tu atau di bontot kanggaru itukah?

Musykil. Okbai. Tamat.

Sumber:

1. CBC News (Incredibly cute’ ancient baby bottles discovered by archeologists).

2. CNN Health (Prehistoric baby bottles still have milk residue inside).

3. Phys Org (Discovery of prehistoric baby bottles shows infants were fed cow’s milk 5,000 years ago).

Credit: Yoo Mat

TINGGINYA ADAB MURID DAN GURU ALAM MELAYU

Oleh Hasanuddin Yusof

Dalam bahasa Melayu, selain pelajar, siswa dan santeri, istilah yang masyhur bagi penuntut ilmu ialah murid. Istilah ‘murid’ ini diambil dari bahasa Arab.

Persoalannya mengapa istilah murid ini diambil pakai bagi merujuk kepada penuntut ilmu sedangkan perkataan sebenar dalam bahasa Arab bagi penuntut ilmu (pelajar) ialah thalib (طالب) dan tilmiz (تلميذ)?

Istilah murid dalam dunia Arab digunakan khusus untuk para pelajar dalam dunia sufi atau tasawuf. Perkataan murid (مريد) dalam bahasa Arab bermaksud orang yang menginginkan atau menghendaki (iaitu menginginkan jalan taqarub kepada Allah).

Maka perkataan murid dirujuk kepada pelajar secara umum di Alam Melayu kerana golongan yang membawa Islam ke Alam Melayu dan seterusnya menubuhkan institusi pendidikan adalah golongan ulama sufi.

Prof Azyumardi Azra menyebut:-

“Para pelajar di surau (pondok atau pesantren di Tanah Minang) dipanggil ‘murid’. Ia mencerminkan sifat semulajadi surau, di mana istilah murid adalah istilah sufi yang merujuk kepada pelajar baru dalam dunia terekat.”

Disebabkan para ulama sufi yang mendominasi institusi pendidikan di Alam Melayu zaman dulu, maka adab sangat dititik beratkan. Adab adalah ‘mata pelajaran’ yang utama dan pertama diterapkan sebelum mempelajari ilmu-ilmu yang lain.

Maka pelajar yang tiada adab tidak layak dipanggil murid kerana mustahil orang yang tiada adab itu dapat menemui jalan taqarub ilallah (jalan mendekatkan diri dengan Allah). Bayangkan, Melayu yang secara adat sudah pun dididik dengan adab, apabila masuk sekolah atau tempat pengajian (pondok, pesantren, meunesah atau surau) ditekankan lagi dengan adab. Maka tidak hairanlah jika Tun Seri Lanang menukilkan bahawa Sultan Mahmud Syah berjalan kaki dan penuh adab apabila hendak berguru ke rumah Kadi Maulana Yusuf.

Hari ini ramai dari kalangan murid dan bekas murid sudah hilang adab terutamanya pada guru. Perkataan murid hanya tinggal sekadar perkataan sahaja. Maksud sebenar murid tidak lagi dihayati. Adakah silap pada sistem pendidikan?

 

Credit: The Patriots 2.0

BRA PALING TUA DI DUNIA

Oleh Jiji Azizan

Brassiere.

 

Ya, umumnya telah tahu fungsi utama pakaian dalam milik manusia ini, khususnya diciptakan untuk berjantina perempuan tulen dan bukannya untuk pondan jadian.

Kalau diteliti kembali sejarahnya, sebelum kemunculan bra modern, perempuan Yunani memakai selendang atau kain yang dililit rapi di dada mereka khususnya dalam acara sukan, berdasarkan dari lukisan mozek abad ke-4 M, yang terdapat di Villa Romana del Casale, Sicily. Pada zaman tersebut, ia tidak disebut sebagai bra, tetapi dikenali sebagai apodesmos, stethodesme, mastodesmos dan mastodeton (bahasa Yunani) yang mana semuanya membawa satu maksud. Gelang dada atau bungkusan dada. Maksud saya, bungkusan buah dada.

Pemakaian sebegini turut ditemui pada zaman Mesir purba dan tamadun lainnya. Bungkusan dada ini melalui pelbagai perubahan rekabentuknya dari zaman ke zaman seperti pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M.

Sehinggalah pada tahun 1914, seorang wanita dari New York, Mary Phelps Jacob, mencipta bra modern dan mematenkannya melalui inspirasi pakaian dalam wanita dari abad ke-18 M.

Bra mula dikenali sebagai pakaian dalam wajib bagi wanita dari sekitar tahun 1918 melalui perkembangan fesyen di negara Amerika Syarikat. Dari saat itu, ia mulai diterima di seluruh dunia.

Baik, kembali kepada tajuk utama.

Bra tertua didunia yang dianggarkan dibuat pada sekitar tahun 1390-1485 M ini ditemui oleh ahli arkeologi ketika membaikpulih istana Lengberg, Tyrol di Austria pada tahun 2008. Pentarikhan ini dilakukan melalui analisis radiokarbon dari Universiti Innsbruck ke atas bahan fiber yang terdapat pada bra tersebut.

Ia ditemui di dalam sebuah ruangan rahsia yang terletak di tingkat dua, yang dimana di dalam ruangan tersebut turut memuatkan 2,700 bahan tekstil lainnya, termasuk kayu yang diproses, bahan kulit dan kasut. Turut ditemui beberapa helai seluar dalam lelaki.

Beatrix Nutz, ahli arkeologi yang melakukan pentarikhan radiokarbon tersebut, mengemukakan teori yang perempuan pada zaman itu, menjahit dan membuat sendiri bra mereka tanpa bantuan tukang jahit lelaki. Dan mereka memanggilnya sebagai ‘breastbag’. Beliau mengeluarkan sebuah kertas kajian tesis berkenaan penemuan pakaian-pakaian di istana Lengberg pada tahun 2012.

Beatrix mengungkapkan:

“Ia sesuatu yang mustahil yang bra sudah diciptakan pada abad ke-15 M”.

Penemuan ini diibaratkan seperti ‘rewrite’ kembali sejarah pemakaian manusia pada zaman pertengahan.

Nota kaki: Penulis bukan peminat bra. Penulis seorang yang suci dan baik. Ini adalah sebuah penulisan pendek yang tidak mengandungi apa-apa niat yang buruk dan miang.

 

RUJUKAN

1. Medieval Fashion Statement oleh Jarret A. Lobel.

2. Medieval Lingerie Discovered, University Innsbruck oleh Beatrix Nutz.

 

Credit: The Patriots 2.0

EDISI KISAH BENAR: KISAH JENNIFER PAN

– Kisah Jennifer Pan-

“Penipuan Maut”

 

“Penipuan Maut”. Macam gempak je tajuknya? Haaa. Kisahnya pasal rompakan ke atas sebuah keluarga yang berakhir dengan satu kematian.

Ceritanya bermula pada malam 8 November 2010 di Kanada. Pihak talian kecemasan telah menerima satu panggilan daripada salah seorang mangsa rompakan yang bernama Jennifer Pan. Dalam perbualan tersebut, Jennifer memberitahu rumahnya telah diceroboh masuk oleh tiga orang lelaki berkulit hitam. Kata Jennifer lagi, dia menelefon dalam keadaan tangannya diikat.

Setibanya polis tiba di lokasi kejadian, Bich Ha (ibu Jennifer) disahkan mati, manakala Huei Hann (bapa Jennifer) yang cedera parah pula dibawa ke hospital dan kemudian disahkan koma. Kedua-dua mereka telah ditembak pada bahagian kepala dengan jarak yang dekat.

Maka, Jennifer yang terselamat pun ditahan untuk disoal siasat. Mengikut keterangan Jennifer, masa awal kejadian tu.. dia berada di dalam bilik sambil oncall. Masa oncall, tiba-tiba Jennifer ada terdengar bunyi derapan kaki. Apa yang dia pasti, bukan bunyi kaki kedua-dua ibu bapanya. Sebaik saja pintu bilik dibuka, muka Jennifer terus diacu dengan pistol.

Selepas perompak tu dah mendapatkan sejumlah wang, diaorang pun mengikat Jennifer dekat pagar tangga tingkat atas. Ibu dan bapa Jennifer seterusnya ditembak.

Pihak polis sebenarnya sangat ragu-ragu dengan cerita Jennifer. Something suspicious about her. Tahu sebab apa? Pertama, kan masa telefon operator tu, Jennifer ada memberitahu tangannya diikat. Okay, kalau betul… bagaimana dia menelefon dalam situasi sebegitu? Kedua, mengapa hanya Jennifer terselamat sedangkan ibu bapanya ditembak? Lagi tak masuk akal, kereta mewah Mercedes milik keluarga Jennifer tidak dilarikan pun oleh perompak. Begitu juga dengan tv, handphone dan sejumlah wang. Jadi…apa motif perompak? Nama pun perompak, tapi tak nampak macam merompak. WTF?

Masa pengkebumian ibu Jennifer, Jennifer langsung tidak menangis mahupun menunjukkan tanda riak sedih. Pihak polis yang ada sekali time tu rasa peliklah. Diaorang macam,

“Eh, menangis apa pun tak. Kau baru saja mengalami kejadian ngeri kot. Dirompak…mak kau pulak kena bunuh. Selamba dek je.”

Haaa. Bermula saat tu, polis pun mengorek maklumat yang lebih dalam.

Okay, nak fahamkan motif… kita berkenalan dengan keluarga Pan.

Ibu bapa Jennifer ni berasal dari Vietnam dan berhijrah ke Kanada pada tahun 1979. Mempunyai dua orang anak iaitu Jennifer (1986) dan Felix) 1989). Senang cerita, hasil kerja keras keluarga Pan, diaorang telah berjaya membina satu kehidupan yang baik. Kiranya menjadi golongan yang berkemampuan. Ada rumah besar, kereta mewah dan wang perbelanjaan yang kukuh.

Tapi… ibu bapa Jennifer ni mengamalkan “Tiger Parenting”. Term Tiger Parenting membawa maksud “strict / demanding parent”. Dalam erti kata mudah, setiap hala tuju anak adalah mengikut kehendak ibu bapa.

Jadi, kehidupan Jennifer memang dikawal sepenuhnya oleh ibu bapanya. Dari kecil lagi, Jennifer dipaksa untuk pergi ke kelas piano, meluncur ais dan fokus akademik. Melangkau pada usia remaja, dia tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana aktiviti hiburan di sekolah apatah lagi berparti atau pergi bercuti dengan kawan-kawan. Bercinta lagilah diharamkan…

Jadi, adakah Jennifer berjaya dengan hidup Tiger Parenting? Jawapannya, TIDAK. Jennifer tertekan. Disebabkan itu, dia belajar untuk menjadi penipu.

Jennifer memalsukan kad laporan sekolahnya dengan menulis A straight untuk semua subjek. Pada hakikatnya, dia tidaklah sebijak itu. Lagi.. Jennifer tidak pernah graduate daripada sekolah tingginya.

Sampai satu tahap sebab enggan mengecewakan ibu bapanya, Jennifer sanggup membuat surat palsu tawaran kemasukan ke Universiti. Jadi… ibu bapa Jennifer pun percaya bulat-bulatlah. Nak cover up tentang penipuannya, Jennifer siap membeli membeli buku teks, mencatat nota subjek dan berceritalah pasal Professor, pasal rakan sekelasnya dekat Universiti tu.

Pernah juga Jennifer memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia harus tinggal di kampus selama beberapa hari kerana mempunyai tugasan. Perkara yang sebaliknya berlaku. Jennifer tak pergi kampus pun tetapi tinggal bersama dengan teman lelakinya iaitu Daniel Chi-Kwong Wong, si kekasih lama yang juga merupakan seorang pengedar dadah.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Penipuan Jennifer terbongkar selepas ibu bapanya mengetahui Jennifer tidak bekerja di hospital seperti yang didakwanya. Rasa ragu-ragu diaorang timbul selepas Jennifer tidak pernah memakai tanda pengenalan hospital mahupun uniform.

Selepas kantoi tu, Jennifer terpaksa confess segala penipuan yang dibuatnya selama ni termasuklah percintaan dengan Daniel. Mengamuk teruk ibu bapa Jennifer. Diaorang tak boleh terima, lagi-lagi nak menantukan budak nakal macam si Daniel.

Padahnya, Jennifer dihukum. Dia dikurung di rumah, tak boleh drive kereta, tak boleh pakai phone dan hanya dibenarkan keluar untuk kelas piano. Jennifer makin rasa tertekan, lalu berkomplot dengan Daniel……..

Berbalik dengan siasatan kes.

Berlakulah sedikit keajaiban dalam kes ni. Bapa Jennifer sedar selepas koma selama tiga hari. Maka, dia pun ceritalah A sampai Z dekat pihak polis apa sebenarnya yang berlaku pada malam kejadian. Jennifer bukan mangsa, sebaliknya dalang kejadian.

Jennifer pada mula tak nak mengaku, tapi bila ditekan oleh pihak polis, akhirnya dia bersetuju untuk menceritakan segala-galanya. Pengakuan asal Jennifer, dia mengupah perompak @hitman tu bukan untuk membunuh ibu bapanya, tapi untuk membunuh Jennifer sendiri. Jadi malam kejadian tu… something gone wrong…ibu bapanya pula yang menjadi mangsa. Polis langsung tak percaya sebab Jennifer ni dah kantoi banyak kali menipu.

Jadi, polis kemudian menyoal siasat Daniel. Ternyata, kenyataan Daniel sangat berbeza daripada Jennifer. Siasatan demi siasatan termasuklah pemeriksaan para phone Jennifer, ternyata memang ada link up antara Jennifer dengan hitman tersebut untuk membunuh ibu bapanya sendiri.

Hasil perbicaraan mahkamah, Jennifer, Daniel dan dua daripada tiga hitman tersebut yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman seeumur. Baki lagi seorang hitman dijatuhkan penjara selama 18 tahun atas pengakuan awalnya terhadap pembunuhan ibu Jennifer. Selain tu, Jennifer turut dilarang untuk berhubungan lagi dengan mana-mana anggota keluarganya.

Sebelum Jennifer dihumban ke penjara, bapa Jennifer memberitahu :

“I hope my daughter Jennifer thinks about what happened to her family and can become a good honest person.”

Credit: Jack Laster