Restoran Sushi Terbaik Di Dunia Ini Mempunyai Tukang Masak Yang Sangat Cerewet.

Ginza, Tokyo (kredit: JaponMola)

Di daerah paling ramai di bandar Tokyo Jepun, ada sebuah Restoran sushi bernama Sukiyabashi Jiro yang tersembunyi di ruangan bawah tingkat sebuah bangunan pejabat.
Restoran yang sangat terkenal ini berada di Ginza, berhampiran dengan sebuah stesen keretapi bawah tanah di Tokyo, Jepun.

Sukiyabashi Jiro (kredit: Miner)

Sukiyabashi Jiro bukanlah sebuah Restoran yang mewah dan ianya tidak mempunyai ruangan besar yang boleh memuatkan puluhan pengunjung. Restoran ini berukuran sangat kecil hinggakan hanya boleh melayani 10 orang pelanggan saja dalam satu masa.

Walau begitu, Sudah 11 tahun Sukiyabashi Jiro terus-menerus mendapat tiga bintang Michelin Guide. Ini merupakan penghargaan tertinggi untuk Restoran-restoran yang membuat seseorang “layak” terbang dari negara lain hanya untuk makan di situ.

Jiro Ono (kredit: Curtamais)

Disebalik kejayaan Restoran kecil ini, berdiri seorang lelaki tua yang sudah berusia 92 tahun. Beliau adalah tukang masak dan juga pemilik Restoran Sukiyabashi Jiro. Jiro dilahirkan pada 27 Oktober 1925 di Tenryu, Shizuoka, Jepun.

Pada hari ini, beliau dikenali sebagai tukang masak sushi terbaik didunia. Walaupun terkenal dengan gelaran tersebut, namun Jiro Ono tidak pernah berasa puas. Beliau masih terus berusaha mengejar kesempurnaan dalam mencipta berbagai hidangan sushi.

Di Restorannya, beliau hanya menyajikan menu asli dan sederhana dengan menggunakan hasil laut yang segar. Hinggakan untuk menjaga keasliannya, cuka yang digunakan untuk “mendampingi” sushi juga adalah hasil buatan darinya sendiri.

Jiro sedang memerhati pekerjanya (Kredit: Ny.eater)

Selain itu, Jiro Ono juga mengukur nasi dalam hidangan sushi dengan sangat teliti. Beliau melarang para pekerjanya untuk membantunya membentuk nasi untuk sushi kerana tidak mahu ukurannya jadi berbeza.

Kesabaran dan ketelitiannya dalam membuat sushi menjadikan setiap hidangan yang disajikan nampak begitu tepat dan sempurna.
Dari menentukan jumlah suhu, jumlah nasi dan ukuran protein, hinggakan meletak sushi di atas piring telah menunjukkan kesabaran dan keterampilan yang tinggi yang dimiliki oleh Jiro Ono.

Setiap pelanggan yang datang tidak perlu memilih makanan dari menu. Penyajian makanan disini bergaya “omakase” bukan “à la carte”. Omakase adalah apabila tukang masak yang akan memilih sendiri sushi yang akan disajikan kepada pelanggan mulai dari makanan pembuka hingga ke sajian utama dan harga untuk satu hidangan sushi bernilai 300 dollar(untuk 15 potong sushi)

Jiro Ono seorang tukang masak yang sangat teliti (Kredit: Kkday)

Selain itu, Restoran Jiro hanya membeli bahan baku dari penjual yang memang mahir di bidangnya. Untuk ikan tuna, beliau membeli dari penjual yang hanya menjual tuna dan mahir tentang tuna. Membeli udang dari penjual yang hanya menjual udang dan mahir tentang udang. Membeli beras dari penjual yang menjual beras dan mahir tentang beras.

Beckham bersama anaknya Brooklyn Beckham (Kredit: Twitter)

Walaupun Jiro Ono dan para pekerjanya tidak ada seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris, namun itu tidak mengurangi minat pelanggan dari luar negara untuk menikmati hidangan buatan Jiro Ono.

Antara tokoh-tokoh dunia dan para selebriti yang sudah menikmati sushi disini adalah Tom Cruise, Arnold Schwarzenegger, David Beckham, Anne Hathawayd, leonardo DiCaprio, dan Hugh Jackman.

Obama bersama Shinzo Abe disebelahnya (Kredit: Japan Web Magazine)

Pada tahun 2014, Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe juga sempat makan malam di Sukiyabashi Jiro. Namun, bukan mudah untuk makan di situ. Selain dari harganya yang mahal, para pelanggan perlu menelefon untuk menempah sekurang-kurangnya tiga bulan awal. Jika terus pergi kesana, anda tidak akan mendapat tempat duduk.

Takashi Ono

Anak kedua Jiro, Takashi, juga membuka Restoran sushi sendiri di Roppongi Hils, Tokyo. Takashi membuka Restoran yang sama dengan Restoran ayahnya. Takashi mengatakan, saat ini tidak mungkin dia membuat sushi seenak ayahnya kerana ayahnya sudah membuat sushi jauh sebelum dia lahir.

Maka sebab itu Takashi mengenakan harga yang lebih murah dari Restoran ayahnya. Banyak yang mengatakan, Takashi menyajikan sushi yang sama dengan ayahnya tetapi dengan gaya yang lebih santai.

Jiro semasa dikunjungi Wolfvrine (Kredit: Funnyjunk)

Dalam satu temubual bersama Jiro, beliau pernah mengatakan

” Apabila anda sudah memastikan sebuah pekerjaan, maka anda harus sepenuh hati terjun ke dalam pe­kerjaan itu, anda harus mencintai pekerjaan anda sendiri, jangan sekali-kali mengeluh, anda harus menghabiskan masa seumur hidup anda untuk mengasah teknik. Ini­lah rahsia dari kejayaan juga merupakan kunci kehormatan orang lain terhadap anda”

Kisah jiro telah diadaptasi dalam sebuah filem dokumentari berjudul Jiro Dreams Of Sushi pada tahun 2011

Credit: Jasson King Fans Official

Speak Your Mind

*