Secret Toadhead Agama

Berikut adalah beberapa gambar cicak yang dikenali sebagai Secret Toadhead Agama dari (famili agamidae), atau nama saintifiknya Phrynocephalus mystaceus.

Dalam 44 spesies yang tersenarai dalam genus Phrynocephalus, hanya P.mystaceus sahaja yang mempunyai ciri yang agak istimewa, iaitu lapisan kulit pada bahagian tepi mulutnya yang boleh dibuka. Saintis menggelar lapisan kulit tersebut sebagai “Labial flap”.

Bukan labia minora ya?.

Lapisan kulit tambahan tersebut digunakan cicak ini sebagai salah satu cara untuk ia mempertahankan diri.

Sekiranya cicak ini merasakan dirinya terancam, ia akan menggulung ekor, seterusnya membuka rahang seluas-luasnya. Pada masa yang sama, “labial flap” itu akan dibuka. Kemudian, cicak akan mendesis memberi amaran.

Selain daripada langkah mempertahankan diri, apabila bersaing dengan cicak lain, walaupun dari spesies yang sama, ia akan bertindak agresif, sama ada untuk melindungi kawasan atau hak untuk mengawan.

Mungkin ciri istimewa cicak ni menjadi sumber inspirasi kepada makhluk fiksyen “Predator”, di dalam filem Hollywood tu kan?

Credit: Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin