10 Ramalan Dijangka Berlaku 10 Tahun Akan Datang

Kita digembar-gemburkan dengan pelbagai revolusi yang akan dikecapi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Sama ada kereta terbang, dron menghantar makanan, dron menabur baja dalam sektor pertanian serta banyak lagi isu lain yang mengagumi diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Kesemua isu ini adalah kerana teknologi yang semakin canggih di mana ia tidak memerlukan tenaga kerja manusia lagi dalam menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik.

Namun teknologi ini tidak akan terhenti begitu sahaja kerana ia akan terus menjadi canggih pada tahun berikutnya sehingga merasakan yang kewujudan teknologi itu seperti tidak masuk akal pun sebenarnya.

Berikut antara 10 ramalan teknologi canggih yang diwujudkan pada 2030.

10. Penghasilan mesin membaca otak

Mesin yang boleh membaca minda atau otak kedengaran seperti sesuatu yang mustahil dan fantasi, tetapi jika ahli sains memenuhi jadual yang dirancang, kita bakal melihat mesin telepati pertama akan diumumkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ia adalah tarikh akhir yang ditetapkan sekumpulan saintis Jepun pada 2010 apabila mereka mula mengumumkan rancangan untuk melancarkan mesin yang boleh membaca minda dan mengubah pemikiran anda menjadi mesej teks.

Sejak itu, saintis telah membuat beberapa penemuan luar biasa.

Satu pasukan saintis Jepun telah membangunkan teknologi yang dapat memecahkan aktiviti otak untuk mencipta imej kasar dari pemikiran orang.

Sementara itu, ahli sains di Universiti Carnegie Mellon telah mencipta mesin yang dapat melihat isyarat otak dan menggunakannya untuk membaca pemikiran dalam fikiran anda. Mereka mendakwa ia mampu mencapai ketepatan 87%.

9. Pengeluaran kereta pandu sendiri secara besar-besaran bermula 2021

Kereta tanpa pemandu telah berada di pasaran, tetapi ia sukar untuk ditemui di mana-mana.

Ini kerana ia hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan dilimpahi wang yang banyak dan semua ini akan berubah pada 2021.

Tahun ini syarikat China merancang untuk melancarkan kereta tanpa pemandu untuk memenuhi jalan-jalan di Beijing dan Shanghai.

Dan jika kita menggunakan kejayaan kereta elektrik China sebagai bukti, maka kita boleh melihat teknologi ini digunapakai di China lebih pantas dari di Barat.

8. Pesawat komersial kuasa solar – 2022

Pada tahun 2022, “Aviation Aircraft” merancang untuk melancarkan pesawat komersial berkuasakan elektrik sepenuhnya pertama di dunia sekaligus menjadikan ini bukan satu idea sains fiksyen.

Pesawat Aviation telah diumumkan dan sepasukan juruterbang telah mengelilingi dunia menaiki pesawat elektrik.

Tetapi pada tahun 2022, kita akan mula melihat kapal terbang elektrik dengan panel solar menjadi pilihan untuk setiap penerbangan yang dinaiki.

7. Krisis ekonomi global – 2023

Kini kita berada di tengah-tengah perkembangan ekonomi terpanjang dalam sejarah Amerika, namun ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Lambat-laun, ia pasti akan berlaku kemelesetan dan jika ramalan Majlis Dasar Perniagaan Global adalah benar, hari-hari yang paling sukar adalah pada tahun 2023.

Mereka telah meramalkan bahawa kita akan mula melihat pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan ia tidak akan kembali naik sehinggalah selepas 2023.

Ketika ini berlaku, hutang negara yang semakin meningkat akan berhadapan dengan risiko yang lebih besar dan risiko yang lebih besar untuk ekonomi global.

Kemudian, kita akan mula melihat negara-negara dengan pasaran baru muncul tidak membayar hutang mereka.

Walaubagaimanapun, kemelesetan ini bukan sahaja menjadi perlahan secara global, tetapi juga satu penstrukturan semula.

6. Misi manusia pertama ke planet Marikh – 2024

Tahun 2024 adalah tahun yang kita mungkin berjaya menghantar manusia ke planet Marikh. Ia tahun di mana program Space X oleh Elon Musk merancang untuk menghantar roket pertamanya ke Marikh.

Dan sudah tentu jika Elon Musk tidak berjaya mencapai matlamat ini, pastinya ia akan direalisasikan oleh orang lain.

Semua ini hanya bergantung kepada jarak. Pada tahun 2024, orbit Bumi dan Marikh akan diselaraskan dengan cara yang membolehkan pelayaran antara planet berlaku dengan paling mudah.

Misi yang paling berani yang telah diumumkan oleh NASA untuk tahun 2024 adalah misi yang dikendalikan manusia untuk ke bulan.

5. Saintis berupaya membetulkan otak manusia – 2025

Pada tahun 2013, kerajaan Amerika Syarikat mengumukan Inisiatif “Brain” iaitu satu rancangan untuk memahami aktiviti di dalam otak manusia menjelang 2025.

Apabila projek itu memasuki tahun terakhir, saintis yang terlibat sudah berada jauh di hadapan daripada tahap analisis dan akan melakukan sentuhan terakhir terhadap aplikasi mengenai minda manusia.

4. Doktor terbalikkan penuaan jantung manusia – 2026

Penyakit kardiovaskular masih menjadi antara punca utama kematian di seluruh dunia. Tak kiralah betapa banyak perkara malang yang kita berjaya elak, kita tetap tidak dapat mengelak daripada jantung kita daripada penuaan.

Namun, ramalan menyatakan yang ia boleh dilakukan menjelang tahun 2026. Ini adalah tahun di mana “Harvard Stem Cell Institute” menjangkakan akan menyiapkan ujian klinikal ke atas penyelidikan dalam menterbalikkan penuaan hati manusia.

3. Negara membangun mengatasi ekonomi Amerika Syarikat – 2027

Ketika ini, dunia sedang melalui perubahan luar biasa.

Terdapat negara-negara membangun yang berkembang pada kadar yang mengejutkan sehinggakan kita bakal melihat perubahan besar dalam keseimbangan kuasa global.

Menurut Goldman Sachs iaitu syarikat pelaburan bank multinasional dan perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat, perkara ini tidak dapat dielakkan dan ia berlaku di antara 2026 dan 2027.

Menjelang tahun 2026, mereka meramalkan bahawa China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia.

2. Saintis mula menghidupkan semula spesis pupus – 2028

“Jurassic Park” mungkin tidak akan kekal sebagai sains fiksyen selama-lamanya. Menjelang tahun 2028, para saintis percaya bahawa mereka akan mempunyai keupayaan untuk menghidupkan semula spesis haiwan yang telah pupus.

Menurut kajian in, kita mungkin perlu menunggu lebih lama selepas tahun 2028 untuk menghidupkan kembali dinosaur seperti “velociraptors” dan “tyrannosaurus rexes”, tetapi dengan kecanggihan dalam kejuruteraan pengklonan dan genetik, kita mungkin berjaya menghidupkan kembali haiwan seperti burung dodo.

1. Krisis populasi global – 2029

Menjelang akhir tahun 2029, populasi manusia dijangka akan mencecah 8.5 bilion orang dan apabila ini berlaku, kita akan mempunyai masalah baru.

Para saintis percaya bahawa penghujung tahun 2020 akan menjadi penanda kepada perubahan baru dalam keutamaan manusia.

Pada masa itu, kita akan memerlukan 50% lebih banyak makanan dan tenaga daripada yang kita lakukan hari ini, serta 30% lebih banyak air tawar.

Dan apabila sumber paling penting ini semakin berkurangan, ia akan membawa manusia ke tahap krisis kemanusiaan.

Kehabisan makanan dan air akan menjadi masalah yang sangat nyata dan pada tahun 2029, barulah manusia akan mula menyedari betapa besar masalah yang dihadapi.

Menurut Penasihat Saintifik United Kingdom iaitu John Beddington, jika masalah ini tidak ditangani, dekad seterusnya akan membawa kepada sebuah konflik global era baru di mana negara-negara akan mula berperang untuk mendapatkan tanah dan air.