Berhenti Kerja – Adakah Alasan Kamu Benar-Benar Kukuh?

Kamu termenung menunggu jam menginjak ke enam petang. Jasad kamu di pejabat tapi minda sudah berlegar-legar di tempat lain. Rasa nak ‘cabut’ tapi adakah kamu benar-benar sudah bersedia?

Berhenti Kerja - Adakah Alasan Kamu Benar-Benar Kukuh?

Foto: Depositphotos

1) Kamu tidak maju (atau dimajukan)

Jika kamu mula bekerja untuk mendaki mercu kejayaan dan kamu tidak berganjak ke mana-mana tapi daripada satu meja ke meja yang lain ketika coffee break, ia adalah petunjuk dan alasan paling kukuh untuk kamu tinggalkan pekerjaan kamu.

Apabila kamu berusaha keras dan bersikap vokal kepada majikan kamu perihal kemajuan tapi masih mendapat alasan yang sama untuk tidak dinaikkan pangkat (atau kenaikan gaji) setiap kali, sudah tiba masanya untuk kamu move on daripada pekerjaan tersebut. Tiada yang lebih mengecewakan jika kamu sudah bertungkus lumus memajukan diri kamu secara profesional tapi kebajikan kamu sebagai seorang pekerja tidak dijaga. Ia bukan saja membuat kamu terasa seperti diperlekeh dan dipergunakan, malah membuatkan diri dan pekerjaan kamu kurang produktif.

2) Kamu sudah terlalu selesa

Jika kamu bertahan dengan pekerjaan yang pada mulanya hanya bersifat sementara dan kini kamu sedar bahawa kamu sudah tujuh tahun bekerja di sana, tiba masanya untuk kamu berhenti. Ia mungkin menakutkan pada mulanya tapi kamu akan lebih gembira dalam jangka masa panjang. Oleh sebab itu mengapa kamu tidak boleh terlalu selesa dengan sesuatu pekerjaan. Terdapat beberapa ‘peraturan’ asas mengenai lonjakan pekerjaan.

Jika ia pekerjaan pertama kamu, secara idealnya adalah untuk bertahan dua ke tiga tahun agar kamu dapat biasakan diri kamu dengan dunia pekerjaan, build contacts dan memahami industri pekerjaan kamu. Dan untuk pekerjaan kedua kamu, lima ke lapan tahun adalah tempoh yang kamu perlu laburkan supaya kamu boleh mencapai ke sesuatu peringkat atau tahap dalam kerjaya kamu (pangkat dan pendapatan yang lebih tinggi dan reputasi). Lonjakan ketiga adalah di mana kamu benar-benar mahu laburkan kehidupan kamu untuk kukuhkan kerjaya dan bina empayar kamu. Kerana pada peringkat ini, kamu perlukan pekerjaan yang stabil selari dengan kehidupan peribadi dan gaya hidup kamu.

3) Ia beri kesan pada diri kamu

Apabila kamu baru bermula dulu, kamu seolah sudah jangka bahawa kamu akan mempunyai pekerjaan yang rumit, bekerja dengan crazy bosses dan dilayan dengan teruk. Jika kamu dapati diri kamu mempunyai persamaan yang banyak dengan watak Andy daripada filem The Devil Wears Prada dan berkorban kehidupan kamu dengan harapan kamu akan dimajukan, this is definitely not a good thing (or sign!).

Melainkan terdapat kontrak mengatakan bahawa kamu akan miliki pekerjaan impian kamu dalam tempoh masa tertentu, jangan korbankan kewarasan kamu pada harapan yang tidak akan jadi kenyataan. Kamu perlu bijak seimbangkan keperibadian kamu dengan sisi profesional kamu. Jika pekerjaan kamu sudah memberi kesan terhadap keperibadian kamu, tiba masa untuk kamu cari jalan keluar sebelum terlambat (stress kronik, depresi, burnout).

4) Kamu sudah capai tahap maksimum

Kamu sudah lakukan segalanya dengan betul dan menurut arahan yang diberikan. Kamu bekerja bersungguh-sungguh dan kamu sudah hampir capai mercu kejayaan. Tapi satu saja masalah yang timbul – kamu dihalang atau dihentikan. Jika kamu sudah capai tahap maksimum kamu dalam sesebuah syarikat, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu bawa etika kerja dan bakat kamu ke syarikat lain yang boleh menghargainya.

5) Kamu mahu perubahan kerjaya

Sama ada kamu sudah bersedia untuk sambung belajar atau kamu mahu cuba sesuatu yang baru, tiba masa untuk kamu lakukannya. Berhenti beri alasan! Tiada masa yang lebih sempurna daripada sekarang dan lebih cepat kamu ubah situasi tersebut, lebih pantas kamu akan sampai ke destinasi yang kamu benar-benar mahukan.

Jika kamu sering mahu lakukan sesuatu selain daripada apa yang kamu lakukan sekarang, kajian adalah cara terbaik untuk kamu mula. Jadi sebelum kamu jerit, “I quit!” sekuat-kuatnya, pastikan kamu lakukan kajian kamu sendiri terlebih dahulu supaya perubahan daripada satu pekerjaan kepada yang lain boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Not one riddled with fear or doubts.

Speak Your Mind

*